IPO UWC Berhad Boleh Dibeli Pada Harga RM0.82

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 70 juta saham baru akan dijual pada harga RM0.82 seunit. Tarikh tutup permohonan IPO adalah pada hari Jumaat, 28 Jun 2019.

UWC Berhad dijangka akan mula disenaraikan pada hari Rabu, 10 Julai 2019.

Siapa UWC Berhad ni?

UWC Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1990 dan kini berkembang maju sehinggalah hari ini. Mereka terlibat dalam industri fabrikasi logam lembaran (sheet metal fabrication)

Perkhidmatan Yang Ditawarkan UWC Berhad

Sumber: Laman Web UWC Berhad

Nampak macam ringkas industri fabrikasi logam lembaran, tapi kita dapat lihat berapa banyak perkhidmatan yang ditawarkan UWC Berhad ni.

Prestasi Kewangan UWC Berhad

Sumber: Prospectus UWC Berhad

Kita dapat lihat peningkatan pendapatan syarikat, keuntungan syarikat dan margin keuntungan kasar.

UWC Berhad Nak Guna Duit IPO Untuk Tujuan Apa?

Sumber: Prospectus UWC Berhad

31.3% atau RM18 juta hasil daripada penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk membayar hutang, banyak juga tu.

Status Patuh Syariah UWC Berhad

Dear all,Kindly be informed that the Shariah status of UWC Berhad is Shariah-Compliant by the Shariah Advisory Council…

Posted by BIMB Securities Sdn Bhd on Selasa, 18 Jun 2019

Alhamdulillah, menurut Bank Islam, UWC Berhad ini adalah saham patuh Syariah. Jadi kita sebagai orang Islam pastinya berasa lega dengan pengumuman ini.

Jemput Beli IPO UWC Berhad Secara Online

1. Melalui Maybank2U

Modal minima RM82 untuk beli 1 lot saham UWC Berhad ni.

Nak tahu secara terperinci, sila rujuk Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI).

2. Melalui CIMB Clicks

Nak tahu secara terperinci, sila rujuk Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks.

Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO

Kejap, takkan nak beli 1 lot je kan? Peratusan untuk gagal adalah sangat tinggi. Nak tahu rahsia mudah lulus IPO ni? Habis tu nak beli 50 lot? 100 lot? 200 lot baru senang nak lulus?

Bacakan kupasannya di sini: Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia. Semoga berjaya!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend