Anak muda jangan melabur saham jika tiada 3 asas ini

Simpan baru melabur

“Aku dah baca 10 ebook cara melabur dekat Bursa Malaysia. Tak sabar nak mula jual beli saham ni!” 

Bawak bersabar. Baca dulu pesanan ini.

Petua pertama perlu diikut adalah sebaik-baiknya mulakan pelaburan dengan menggunakan lebihan duit simpanan. (Bukan simpanan bagi tujuan untuk digunakan – seperti untuk tunaikan umrah, haji)

Jangan simpanan pun tidak ada, kita mahu terus melabur.

Orang yang gagal untuk konsisten dalam menyimpan, pasti akan gagal juga apabila melabur nanti.

Jadi ingat, jangan mula melabur saham jika kita :

1. Tiada disiplin menyimpan
2. Tiada disiplin menyimpan
3. Tiada disiplin menyimpan

Maksudnya, langkah betul untuk menjadi pelabur yang berjaya ialah kita mesti ada disiplin menyimpan yang kuat terlebih dahulu.

 

Bagaimana Nak Mula Menyimpan?

Buatlah satu Tabung Pelaburan. Selepas dapat gaji, buat potongan RM 500 sebulan. (Kena belajar berjimat dan kurangkan keinganan untuk bergaya)

Jika sudah berkahwin si suami simpan RM 250 dan si isteri simpan RM 250

Selepas setahun kita telah ada RM 6,000 dalam tabung tersebut. Janji kita berjaya membina tabiat menyimpan secara konsisten!

Lebih cepat kita belajar menyimpan, lebih cepat kita boleh mula melabur.

 

Tidak Cukup Duit Untuk Melabur Saham?

Siapa yang kata perlukan puluhan ribu?
Siapa yang kata perlukan ratusan ribu?

Jika 1 harga saham itu RM 0.90 (realiti memang ada harga saham bawah RM 1), dan jumlah minima yang perlu dibeli adalah 100 unit.

Maka, RM 0.90 x 100 unit = RM 90.

RM 90 adalah jumlah sebelum masuk kos broker dan kos lain-lain (sangat minima).

Ingatlah, jika kita ada modal RM1 juta sekalipun tetapi tiada ILMU belum tentu kita dapat gandakan modal tersebut.

Kalau simpanan pun tiada, maka lebih baik jangan melabur di pasaran saham.

Sebab dalam pasaran saham, money makes money.
Bukannya no money, want to make money!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend