Apa Itu ‘January Effect’ Dalam Dunia Saham?

January Effect dalam pasaran saham merujuk kepada kenaikan bermusim harga saham yang berlaku antara hari perdagangan terakhir pada bulan Disember tahun sebelumnya sehingga ke minggu pertama dalam bulan Januari.

Terdapat beberapa teori bagi menerangkan kejadian ini. Antaranya ialah jerung akan memulakan aktiviti membeli saham bagi tujuan window dressing. Langkah ini diguna pakai oleh fund manager bagi mencantikkan report card mereka sebelum membentangkannya kepada klien atau pemegang saham.

Keluar Poket Kanan, Masuk Poket Kiri

Kita ambil contoh dana portfolio yang diuruskan mereka, Saham A dan B telah mencatatkan kenaikan harga yang banyak tetapi mempunyai pegangan yang sedikit untuk kedua-dua saham ini.  Sebaliknya Saham C dan D berlebihan dalam dana tetapi ia tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Untuk menjadikannya kelihatan seperti pengurus dana melabur dalam saham A dan B sepanjang masa, pengurus portfolio akan menjual saham C dan D, menggantikannya dengan saham A dan B.

Jika di Amerika, faktor cukai menyebabkan kebanyakan pelabur akan menjual pegangan saham yang sedang mengalami kerugian agar kerugian modal yang mereka alami dapat digunakan untuk offset keuntungan capital gain dalam pelaburan mereka yang lain. Selain daripada itu, terdapat juga trader yang membuat keputusan untuk segera cut loss semua pegangan mereka yang merugikan agar dapat bermula semula bersempena tahun baru.

Jual Yang Rugi, Beli Yang Berpotensi

Dapat dilihat disini bahawa hasil yang diperoleh daripada penjualan saham yang tidak menguntungkan tersebut akan digunakan semula untuk dilaburkan dalam kaunter yang dilihat berpotensi untuk mendatangkan keuntungan. Jadi ini sedikit sebanyak akan meningkatkan tekanan belian seterusnya mendorong kenaikan harga saham.

Selain daripada itu, faktor psikologi turut memainkan peranan. Bagi kebanyakan orang, bulan Januari merupakan masa yang sesuai untuk melabur memandangkan ada antara mereka yang menerima bonus akhir tahun dan kemudian bertindak untuk melaburkannya dalam pasaran saham. Juga ada di antara mereka yang menjadikan azam tahun baru untuk berjimat dalam perbelanjaan dan pada masa yang sama memulakan aktiviti pelaburan.

Contoh Kaunter Yang Membuat Window Dressing

Mesti nak tahu kan contoh saham yang ada membuat window dressing ini? Sila tengok sendiri seperti berikut:

Sime Darby Property

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Khamis 28 Disember 2017: RM1.45

Harga Jumaat 29 Disember 2017: RM1.78

Kenaikan: RM0.33 atau 22.76%

Harga Selasa 2 Januari 2018: RM1.46

Pada hari terakhir dagangan bagi tahun 2017, kaunter Sime Darby Property mengalami kenaikan yang ketara. Mungkin tak berapa nampak sebab ia seolah-olah pergerakan turun naik saham yang biasa berlaku.

Tapi kalau kita zoom untuk tengok carta 15 minit, kita akan nampak pergerakan harga yang tinggi dengan volume yang sangat banyak. Untuk ini, kami gunakan aplikasi web daripada RHB Invest.

Jam 4:30 – 4:45 petang Jumaat 29 Disember 2017

Di saat-saat akhir sebelum pasaran berehat sebentar pada jam 4.45 petang, dengan pantas ia bergerak. Dengan volume sebanyak 4.1juta unit, harga saham naik daripada RM1.45 ke RM1.69 dalam tempoh 15 minit.

Jam 4:50 – 5:00 petang Jumaat 29 Disember 2017

Sepuluh minit terakhir dagangan bagi tahun 2017, saham Sime Darby Property selagi lagi buat kenaikan yang luar biasa dengan jumlah volume lebih banyak iaitu 7.13juta unit untuk tutup pada harga RM1.78. Nampak tak tiba-tiba ada satu line tiba-tiba berada di puncak? Ia telah membuat ‘gap up’, maka inilah yang dinamakan window dressing.

Ternyata ada tangan-tangan ajaib melakukan sesuatu di sini. Nampak ke nampak?

Ada banyak lagi sebenarnya kaunter yang terlibat dalam window dressing ini, sama seperti yang telah berlaku kepada Sime Darby Property. Hari terakhir dagangan 2017 naik mendadak, hari pertama dagangan 2018 turun semula ke paras asal.

Bursa Malaysia Dalam Keadaan Baik Sepanjang Januari

Untuk pasaran tempatan bagi awal tahun ini, Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan semula pada 27 Disember setelah hampir dua bulan melalui penurunan sehingga mencecah paras sokongan 1700 mata. Selain itu, kenaikan harga minyak dunia serta pengukuhan ringgit turut menguatkan semula sentimen saham tempatan.

Sumber Rujukan: Investopedia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend