Jenis-Jenis Pelabur Saham. Anda yang Mana Satu?

jenis-jenis pelabur saham

Kita manusia dilahirkan berbeza-beza. Ada yang penyabar orangnya, ada pula yang tak suka tunggu lama-lama. Disebabkan inilah wujudnya pelbagai jenis dan ragam pelabur saham di Bursa Malaysia. Jom kita berkenalan dengan mereka:

1. Pelabur / Investor

  • Seorang yang konservatif, kurang mengambil risiko, beli saham dan peram untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.
  • Mereka ini kurang aktif di dalam pasaran saham dan lebih suka untuk pilih saham berkualiti yang beri dividen.
  • Berpandangan jauh dan sangat berhati-hati.
  • Tidak mengapa untuk melabur untuk tempoh yang sedikit lama, asalkan dapat pulangan lebih daripada biasa seperti 6-8% setahun yang biasa dapat dari ASB, Tabung Haji, KWSP dan yang seangkatan dengannya.
  • Mereka sangat menitikberatkan saham-saham yang mempunyai Fundamental Analysis (FA) yang kukuh.

Tak tahu apa itu FA, boleh rujuk kepada artikel Apa itu Fundamental Analysis yang selalu sifu saham sebut tu. Juga tengok contoh Syarikat-syarikat yang mempunyai FA yang sangat kukuh di dalam Bursa Malaysia.

2. Pedagang / Trader

Jenis jenis pelabur

Pedagang ni pula sangat menekankan kepada Technical Analysis (TA) dan banyak mengkaji carta sesebuah saham selama berhari dan berbulan lamanya. Apa itu Technical Analysis? Boleh rujuk artikel Jika tiada asas Teknikal Analisis, jangan gatal beli saham.

Pedagang ini ada banyak ‘spesis’. Anda dilarang menjadi seorang trader sekiranya ‘jantung tak kuat’. Berikut adalah jenis-jenis trader:

i) Scalper / Momentum Trader

Pernah dengar istilah rempit dalam pelaburan saham? Mereka yang dikenali sebagai Scalper ini sangat licik, suka kona baring dan sangat suka ambil risiko. Mereka merupakan pedagang yang memegang saham untuk jangka masa yang sangat pendek. Beli pukul 10, jual 10.30. Beli tengahari, jual petang. Kalau nak belajar ilmu ni kena berguru dengan yang pakar. Selanjutnya di sini.

ii) Day Trader

Golongan ini pula berdagang untuk sehari lamanya, sebab itu mereka digelar Day Trader. Samada beli pagi dan jual pada sebelah petangnya; atau pun beli petang dan jual pada keesokan harinya.

iii) Swing Trader

Seorang Swing Trader pula beli ikut trend. Mereka beli dan simpan untuk beberapa hari, biasanya setelah mencapai sasaran mereka atau jika saham bergerak agak perlahan; mereka akan jual dan tukar kepada saham lain yang boleh memberikan pulangan yang lebih cepat.

iv) Position Trader

Bagi Position Trader pula, mereka beli untuk berbulan lamanya – kebiasaannya 3-6 bulan dan kurang daripada setahun. Mereka kurang mengambil risiko berbanding pedagang-pedagang yang lain, dan tidak kisah jika modal ‘tersangkut’ di dalam sesebuah saham untuk jangka masa panjang.

Dah tahu jenis mana yang sesuai dengan anda? Tak kisah anda tergolong dalam kategori pelabur yang mana satu, asalkan happy dan berjaya mencapai sasaran pulangan masing-masing.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend