Jenis-jenis Saham Pelaburan

Dalam pasaran Bursa Malaysia, terdapat lebih daripada seribu kaunter yang tersenarai bermula dari harga serendah setengah sen dan yang tertinggi setakat ini ialah saham Nestle, hampir mencecah RM147 seunit. Minimum belian saham pula adalah 1 lot atau 100 unit.

Jika anda ingin membeli saham semasa Nestle, anda memerlukan modal sekurang-kurangnya RM14,700.

Tidak semua mampu membeli saham ini, tetapi jangan risau. Terdapat banyak lagi kategori saham lain yang boleh dibeli untuk permulaan jika anda tidak memiliki modal yang banyak.

Jom tengok kategori-kategori saham yang boleh dipilih:

1. Saham Mewah

Saham mewah atau lebih dikenali sebagai blue chip merujuk kepada saham syarikat-syarikat besar yang mempunyai rekod pencapaian perniagaan yang cemerlang. Saham ini melambangkan mutu dan nilainya walaupun ia tidak semestinya mahal.

Perkataan blue chip berasal daripada permainan poker, di mana cip berwarna biru mempunyai nilai yang sangat tinggi. Oleh itu, secara simboliknya saham yang dipanggil blue chip adalah disebabkan syarikat tersebut berpengaruh dan kukuh dalam pasaran dianggap sebagai selamat, dan mempunyai kewangan yang kukuh dan kuat.

Kriteria asas saham dalam ketegori blue chips seperti berikut:

  • Rekod perniagaan cemerlang – prestasi sangat baik
  • Mencatat keuntungan yang semakin meningkat setiap tahun
  • Tidak dibebani hutang yang besar
  • Harga saham yang stabil. Contoh seperti Nestle, Sime Darby, Malayan Banking (Maybank) dan Tenaga Nasional (TNB)

Di Malaysia, terdapat 30 buah syarikat yang dikumpulkan menjadi indeks FBMKLCI. Senang cerita, FBMKLCI terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca mengenainya di Hartalega, Dialog & MAHB Diterima Masuk Dalam Top 30 KLCI.

2. Saham Pertumbuhan

Saham pertumbuhan merujuk kepada saham yang mempunyai potensi peningkatan nilai. Syarikat seperti ini berkembang pesat dalam jualan dan keuntungan. Biasanya kadar perkembangannya adalah lebih cepat daripada kadar perkembangan ekonomi.

Harga sahamnya terus meningkat dan syarikat berdagang dalam kegiatan yang tinggi permintaan serta pertumbuhan yang amat baik. Bagaimanapun, syarikat seperti ini mungkin ada yang tidak membayar dividen yang baik, dan kemungkinan untung pelaburan kebanyakannya akan datang daripada keuntungan modal.

Sebagai contoh, industri sarung tangan, semikonduktor dan yang berkaitan teknologi berkembang pesat saban tahun. Bolehlah tengok saham-saham yang terdapat dalam industri ni.

3. Saham Bertahan

Saham bertahan adalah saham syarikat yang dijangka dapat bertahan daripada kesan kemelesetan atau sebarang kesan negatif kitaran ekonomi. Syarikat yang tergolong sebagai saham bertahan ialah yang berasaskan kepada makanan dan miuman seperti syarikat Nestle, Ajinomoto dan Dutch Lady.

Maklumlah, ekonomi baik ke tak baik – kita masih kena makan dan minum betul tak?

4. Saham Berkitar

Saham berkitar merujuk kepada saham syarikat yang harganya turun naik mengikut keadaan ekonomi semasa sama ada ekonomi dalaman atau luar negeri. Biasanya saham berkaitan hartanah, pembinaan dan automobil termasuk dalam katehori saham berkitar. Contohnya seperti YTL dan UMW.

Sama juga halnya dengan saham yang bergantung kepada harga bahan mentah, contohnya harga minyak. Bila harga minyak dunia naik, saham-saham yang berkaitan dengan Oil & Gas turut naik sama. Sebaliknya apabila harga minyak dunia jatuh, saham-saham ini juga turut jatuh sama.

Jemput baca Nak Beli Saham Syarikat Oil & Gas? Kenali Industri Ini Dengan Lebih Dekat.

5. Saham Spekulatif

Saham spekulatif pula adalah saham pula ialah saham yang tidak menunjukkan arah yang teratur. Turun naik saham ini dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan kegiatan stockist yang membuat permintaan palsu ke atasnya.  Harga saham ini akan naik dan turun berasaskan berita yang disebar di pasaran.

Dan kebanyakan penny stock dengan harga bawah RM1 atau super penny tergolong dalam saham spekulatif.

Sebab itu kalau kita tengok, tiap-tiap bulan saham yang beri keuntungan yang tinggi dan juga kerugian yang banyak adalah saham di bawah RM1:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dumb Money Vs Smart Money Dalam Pelaburan Saham

“Nak melabur saham mestilah tunggu Buy Call, baru boleh untung!”

Anda yang sedang melabur saham secara individu atau runcit, apa anda rasa jika anda sebenarnya dilabel sebagai ‘bodoh’ dalam dunia pelaburan saham ini? 

Jika anda ‘bodoh’, jadi siapa yang pandai sangat dalam pelaburan saham ini? Yang ‘cerdik’ ini ialah mereka yang datangnya dari industri atau lebih dikenali sebagai pelabur institusi. 

Marah dengan label yang diberikan? Bertenang, kerana label ini diberikan oleh pihak media kewangan di Wall Street yang menggambarkan perbezaan aliran tunai kedalam pasaran saham daripada pelabur individu dan aliran tunai daripada pelabur institusi. 

Kenapa Pelabur Runcit Dilabel ‘Dumb‘?

Jangan kecil hati, istilah ini diberikan hanya kerana pelabur runcit tidak mempunyai masa, akses kepada maklumat pasaran yang terhad dan juga kurang kesungguhan mengkaji laporan kewangan syarikat ketika membuat keputusan pelaburan.  

Pelabur runcit juga membuat kajian tentang saham syarikat secara individu dan tidak memiliki kumpulan penyelidik yang dedikasi memuat kajian dan mendapatkan maklumat. 

Oleh sebab ini, aliran tunai daripada pelabur runcit ke dalam pelaburan saham dilabel sebagai aliran tunai ‘bodoh’.

Tetapi mari kita semak semula, sampai hari ini kita masih jumpa pelabur-pelabur runcit yang membeli dan menjual saham dengan mengharapkan ‘buy call’. Malah ‘group‘ yang menawarkan perkhidmatan ‘buy call’ ini laris dilanggan. 

Banyak juga kisah pelabur rugi besar sebab beli saham yang naik ketika di puncak dan akhirnya menangis di bucu katil akibat kerugian. 

Belum cerita mereka yang ditipu (scam) dengan pelaburan yang tidak wujud. 

Jumlahnya bukan sedikit, ramai sebenarnya. Jadi cuba jawab soalan ini, adakah pelaburan seperti ini bijak? 

Pelabur Institusi Pula Bijak Sangat Ke?

Sumber: Investopedia

Pelabur institusi yang dilabel ‘Smart Money’ bijak sangat ke? Boleh buat keuntungan beratus peratus ke?

Jawapannya tidak juga, pernah sahaja pelabur institusi dan pengurus dana membuat keputusan yang salah yang mengakibatkan kerugian kepada organisasi mereka. Yang sampai melingkup pun ada!

Tetapi apa yang mereka ada dan pelabur runcit tiada, ialah mereka ada kelebihan (unfair advantage) untuk mendapatkan maklumat pasaran, kumpulan penganalisis pasaran berdedikasi dan berpengalaman yang cakna tentang apa yang terjadi dalam pasaran. Ini menjadikan mereka membuat keputusan pelaburan yang maklum.

Pelabur Runcit Hari Ini Semakin Bijak

Dengan usaha yang berterusan daripada pihak yang terlibat, banyak kelas dan sesi pembelajaran saham yang diadakan khas untuk pelabur runcit supaya melabur dengan ilmu

Walaupun mungkin pelabur runcit tidak mendapat maklumat sehebat pelabur institusi, tetapi kajian yang dibuat memadai untuk mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham ini.

Nak berjaya dalam pelaburan saham ini tiada jalan mudah. Pengalaman dan usaha yang tidak putus di samping ketekunan menuntut serta menambah ilmu pelaburan akan menjadikan anda pelabur yang berjaya. 

Semoga berjaya!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!