Jerung Antarabangsa Confirm Kembali, Market Makin Meriah Lepas Ni

Perasan tak pasaran saham di Malaysia semakin ceria sejak dua menjak ni? Salah satu puncanya adalah disebabkan aliran masuk dana asing ke dalam Bursa Malaysia.

Kalau diikutkan, dah hampir tiga bulan jerung-jerung asing membawa keluar pelaburan mereka dari Malaysia. Di antara sebab utama adalah kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Kalau nak tahu siapa jerung asing ni, boleh rujuk Siapa Jerung Antarabangsa Dan Di Mana Mereka Suka Melabur?

Disebabkan pemerintahan yang baru, kebanyakan daripada Fund Manager antarabangsa ini mengambil keputusan untuk membawa keluar cepat-cepat wang pelaburan mereka terlebih dahulu – di samping menunggu untuk sebarang petunjuk baru.

Yalah kan, kerajaan baru mesti ada ideologi baru, arah tuju baru, serba-serbinya baru.

Tengok saja data untuk bulan Julai 2018 di bawah:

Sumber: Bursa MalaysiaTrading Participation by Category of Investors (fail pdf)

Jerung Asing Lari, Market Jatuh

Memang tidak dinafikan bahawa Jerung Asing Bawa Keluar Duit, Bursa Malaysia Merudum. Kita dapat lihat bagaimana Indeks FBMKLCI telah jatuh ke paras 1-Year-Low pada 28 Jun 2018 pada paras 1,657.80 mata.

Begitu juga sebaliknya, Jerung Asing Kembali Beraksi, Pasaran Saham Malaysia Kembali Seksi? Seolah-olah market sedang membuat reversal semula.

Melihat kepada prestasi semasa, Bursa Malaysia takdelah seteruk mana yang dijangka. Tengok saja perbandingan dengan pasaran-pasaran lain:

Sumber: MIDF Equity Strategy Reports 2018Weekly Fund Flow 6 August 2018 Week Ended August 3, 2018 – fail PDF

Dan nampak gayanya, jerung asing semakin tertarik dengan Bursa Malaysia. Tengok saja statistik mingguan:

Sumber: MIDF Equity Strategy Reports 2018Weekly Fund Flow 6 August 2018 Week Ended August 3, 2018 – fail PDF

Dan statistuk untuk seminggu yang lepas pula:

Sumber: MalaysiaStockBiz

Dan yang terkini untuk 7 Ogos 2018:

Indeks FBMKLCI Ke Arah 1800 Mata?

Sumber: Trading View

Itulah yang kita harapkan, apabila pasaran saham semakin pulih – ramai orang akan memperolehi keuntungan.

Rasa macam lama je kisah kejatuhan Bursa Malaysia pada Jun yang lalu…

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend