Jerung Asing Kembali Beraksi, Pasaran Saham Malaysia Kembali Seksi?

Semalam kita menyaksikan bagaimana aliran masuk dana asing atau foreign fund secara besar-besaran ke dalam pasaran saham Malaysia. Sebanyak RM343 juta wang asing masuk pada hari semalam, Selasa 31 Julai 2018.

Hasil daripada itu, kita dapat lihat bagaimana pasaran saham melonjak naik dengan banyaknya.

Sumber: iSaham

Dah Lama Market Lemau

Bagi mereka yang tak kenal siapakah yang dimaksudkan dengan pelabur asing ini, boleh baca Siapa Jerung Antarabangsa Dan Di Mana Mereka Suka Melabur? Dan kalau diikutkan, pasaran saham Malaysia telah mengalami kemerosotan sejak kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan Mei lalu. Tiap-tiap minggu kita dapat lihat bagaimana dana asing membuat jualan berterusan yang mengakibatkan harga saham banyak yang jatuh teruk.

Sumber: Laman Web MIDFWeekly Fund Flow 30 July 2018 Week Ended July 27, 2018 – fail PDF

Petunjuk Positif Setelah Sekian Lama

Bak kata sifu kita Dato’ Dr Nazri Khan dalam Hadam 50 poin penting ini untuk berdepan dengan Ekonomi Baru, bahawa pasaran saham sedang membuat jualan Hari Raya Haji, siapa yang beli di bawah pasti tersenyum lebar. Bayangkan apabila Bursa Malaysia berada pada paras terendah iaitu 1,657.80 mata pada 28 Jun 2018 yang lalu, sekaligus mencatatkan 1-Year Low yang baru. Siapa yang berani sauk kan?

Tapi siapa sangka, pasaran saham kita dapat pulih dengan cepat sekali. Pastinya, dengan sekembalinya dana asing ke dalam Bursa Malaysia – ia akan kembali rancak dan menyaksikan lebih ramai orang mendapat nikmatnya.

Berikut pula merupakan saham-saham syarikat yang dibeli mereka:

Sumber: Laman Web MIDFWeekly Fund Flow 30 July 2018 Week Ended July 27, 2018 – fail PDF

Dan saham-saham syarikat yang paling banyak dijual:

Sumber: Laman Web MIDFWeekly Fund Flow 30 July 2018 Week Ended July 27, 2018 – fail PDF

Boleh dikatakan semua saham-saham Blue Chip, yang jarang disentuh oleh pelabur runcit macam kita. Senang cerita, apa yang dibeli pelabur asing, harga saham akan naik; sebaliknya apa yang dijual pelabur asing, harga saham akan turun.

Kerajaan Baru Mula Mendapat Sokongan Kembali?

Adakah ini juga bermakna kerajaan baru mula mendapat sokongan dan kepercayaan pelabur asing? Atau adakah ianya bersifat sementara? Kita tunggu dan lihat.

Tapi jangan lepaskan peluang yang ada di depan mata ini, nikmatilah ia sementara uptrend ini berkekalan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend