Jika Tiada Asas Teknikal Analisis, Jangan Gatal Beli Saham

Apa itu technical analysis?

Asas Technical Analysis Pelaburan Saham

Kalau sebelum ini, kita tahu ada 2 jenis ilmu yang kena tahu sebelum boleh mula jual beli saham.

  1. Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?)
  2. Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

Untuk menentukan saham apa yang bagus untuk dibeli (what to buy?), kita kena tengok kepada Fundemantal Analysis (FA) sesebuah syarikat tersebut. Kalau anda terlepas ilmu FA ini, boleh rujuk kepada artikel Apa itu Fundamental Analysis yang selalu sifu saham sebut tu?

Dah tahu saham apa yang bagus untuk dibeli, tibalah masanya untuk beli saham tersebut. Tapi bila masa yang sesuai nak beli saham ni? Salah timing, memang ke laut jawabnya. Jadi untuk bantu menjawab soalan ini, kita kena dalami ilmu Technical Analysis (TA).

Apa Itu Technical Analysis?

Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Trend pula bermaksud hala tuju saham, dan ada 3 trend iaitu Uptrend (pergerakan menaik saham), Downtrend (pergerakan menurun saham) dan Sideways (pergerakan mendatar saham). Kebiasaannya ia akan bergerak secara zig-zag.

Dalam mana-mana trend sekalipun; akan ada dua elemen utama yang kita kena tahu iaitu:

1. Support (Harga Sokongan)

Harga saham bergerak secara zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun. Support ini berguna tatkala harga sedang menurun.

Setiap saham anda kena kaji di mana nak letak Support, kerana anda perlu set alert jika ianya cecah harga tersebut; maka anda dah boleh bersedia untuk menjual. Ini penting supaya anda tidak alami kerugian yang melampau. (juga dikenali sebagai stop loss)

2. Resistance (Harga Rintangan)

Ianya adalah berlawanan dengan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.

Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah capai target harga yang anda nak. Jika harga saham menurun dan gagal memecah harga rintangan, sila jual. Jika ia berjaya melepasi harga rintangan, boleh beli lebih banyak dan ikut saja trend tersebut.

Support & Resistance Umpama Rumah Bertingkat

Bayangkan anda sedang duduk di dalam rumah botingkek-tingkek dan kini berada di tingkat bawah. Lantai di mana anda sedang pijak tersebut adalah Support atau harga sokongan yang sangat kukuh. Kalau harga saham memecah Support, maka anda jatuh ke dalam tanah, silap-silap rumah anda sekali runtuh. Seterusnya, untuk harga saham anda naik, ia perlu memecah Resistance atau harga rintangan. Ia memerlukan daya yang kuat untuk menujah naik atau erti kata lain, saham tersebut memerlukan volume yang banyak baru boleh pecah Resistance tersebut.

Apa Jadi Bila Resistance Pecah?

Kini anda telah berjaya naik ke tingkat 1 rumah tersebut, akibat daripada kombinasi harga + volume yang telah memecahkan resistance tadi. Sepertimana anda berada di tingkat bawah tadi, kini Support anda berada di lantai tingkat 1, manakala resistance pula berada di siling tingkat 1. Kalau pecah Support, anda jatuh ke tingkat bawah. Pecah resistance pula, anda naik tingkat 2.

Begitulah keadaannya berulang-ulang!

Kaji Chart + Asas Candlestick

Tadi kita ada maklumkan yang ilmu TA ini melibatkan aktiviti mengkaji chart, dan untuk itu kita juga perlu tahu apa itu candlestick. Jom kita tengok contoh-contoh chart:

Uptrend

saham uptrend

10 tahun tu saham Nestle dalam pergerakan Uptrend. Dah beli belum saham Nestle? Hehe…

Downtrend

saham downtrend

Saham UMW membuat downtrend sejak setahun yang lalu, tiba-tiba menjadi uptrend!

Sideways

saham sideways lama

Kita tengok pula saham Notion-WB, lama dia membuat sideways. Tapi apabila volume mula masuk, mulalah saham tersebut naik turun dengan aktif.

Setiap saham samada ianya sedang uptrend, downtrend atau sideways ke, akan menghasilkan candlestick. Oleh itu, kita juga perlu melihat kepada candlestick bagi memberi petunjuk arah pergerakan saham pada masa akan datang.

Asas Candlestick

asas candlestick

Biasa tengok candlestick ini? Ia terdiri daripada sumbu dan badan. Dengan berpandukan kepada candlestick tersebut, kita boleh menjangka samada saham tersebut akan bergerak naik atau sebaliknya pada keesokan harinya.

Nak cerita banyak-banyak pasal candlestick ni akan mengambil masa yang panjang. Ada jodoh nanti kita sambung lagi pasal candlestick ni.

 

Jika anda ingin belajar terus dari Technical Analyst yang bertauliah, tidak perlu mencari sampai ke Amerika, di Malaysia sendiri kita ada 100 orang lebih pakar dalam bidang ini. Antara mereka yang telah lulus Certified Financial Technician (CFTe) adalah Tuan Hj Mohd Asri, Cik Adibah Musa, Tuan Nik Mohd Ihsan (Presiden Malaysian Association of Technical Analysts – MATA), Tuan Muhamad Firdaus (Oppa) dan ramai lagi. Kelas coaching mereka biasanya amat terhad, jadi baik tempah awal. Daftar di Traders Lounge, Shah Alam.

Komen

komen