Jom Belajar Saham Online Dengan Video-Video Termantap

Umum mengetahui bahawa pemilikan saham Bumiputra adalah hanya sebanyak 4% pada tahun 2017. Walaupun ada peningkatan di dalam pembukaan akaun CDS di kalangan bumiputera, bilangan ini masih kecil dan belum mencapai tahap yang kita patut banggakan.

Alhamdulillah, dengan adanya inisiatif-inisiatif yang dijalankan pihak berautoriti, sifu-sifu yang tak jemu-jemu mendidik masyarakat dan pengaruh media sosial yang meluas; kesedaran mengenai pelaburan saham kian meningkat di kalangan masyarakat khususnya Bumiputera.

Namun, melabur dalam saham tidaklah semudah yang disangka. Ia perlukan ilmu dan kawalan emosi. Di atas sebab ini, ramai pelabur yang tersungkur di pertengahan jalan.

Belajar Saham Online Melalui Video

Dalam usaha mendalami ilmu saham, kebanyakan pelabur mempunyai kekangan masa untuk menghadiri kelas atau pun seminar. Selain daripada itu, faktor lokasi juga menjadi penghalang untuk menghadiri kelas saham kerana kebanyakan kelas dianjurkan di kawasan Lembah Klang.

Disebabkan inilah, Mahersaham telah mengambil inisiatif dalam menyediakan platform pembelajaran “Online” yang sesuai untuk semua golongan masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu pelaburan saham.

Lebih menarik lagi, apabila platform ini boleh diaccess menggunakan PC, laptop mahu pun telefon pintar anda untuk menonton video-video pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

Video-video ini direkodkan sendiri oleh Tuan Maher Alias, remisier Malacca Securities Sdn Bhd yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan berkelulusan Member of the Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

Silibus terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu Starterpack, Advanced dan Annual Report.

1. Starterpack

Bahagian ini membincangkan topik-topik asas merangkumi jenis-jenis akaun CDS, cara buka akaun CDS, cara mencari saham berpotensi, cara monitor portfolio dan cara jual beli saham.

Selain itu terdapat juga topik asas Fundamental Analysis dan Technical Analysis sebagai persediaan pembelajaran topik yang lebih advanced.

2. Advanced

Silibus Advanced adalah silibus terpenting yang dianggap sebagai senjata utama untuk berjaya dalam pelaburan saham.

Pepatah Inggeris berbunyi, “Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime!”

Dengan mendalami ilmu-ilmu di dalam silibus Advanced ini, pelabur tidak perlu lagi mengharapkan pandangan pihak lain dalam membuat keputusan untuk jual beli saham. Be your own fund manager!

Topik-topik yang dibincangkan dalam silibus ini adalah:

  • Volume Price Analysis
  • Guide for Trading Platfotm (M+ Online)
  • Fundamental Analysis
  • Dividen Income Investing
  • Candlestick Analysis
  • Magic Formula Investing
  • Technical Analysis
  • Market Capitalisation
  • Orderflow Analysis
  • Trading Setup : Box Trading, T+4 Theory and Risk Management
  • Trading Setup : Buy Today Sell Tomorrow (BTST)
  • Trading Setup : Superstocks

Annual Report Analysis

Panduan Annual Report adalah silibus terbaru yang dimasukkan di dalam kursus online ini. Ia amat sesuai bagi pelabur jangka masa panjang yang melabur berdasarkan kekuatan Fundamental sesebuah syarikat.

Ianya merangkumi 18 bahagian kesemuanya, dan di antara topik-topik yang penting adalah “Directors Profile”, “Financial Statements” dan “Independent Auditors Report”.

Tiga Cara Kursus Online Ini Memberi Manfaat Kepada Anda

Kebanyakan orang terpaksa pergi ke kelas berulang kali kerana mereka tak berapa nak faham apa yang diajarkan. Maklumlah, ada yang dapat tangkap cepat, tapi ada juga yang merangkak-rangkak.

Dengan pakej Online ini, anda boleh menonton video coaching berulang-ulang kali sampai anda faham!

Selain daripada video coaching ini, anda juga akan dimasukkan ke dalam Support Group Premium. Di sinilah berkumpulnya traders-traders berpengalaman, investors, newbie, jerung dan anda boleh korek rahsia mereka mencipta keuntungan di dalam pelaburan saham.

Market teruk atau tengah buat sideway? Tiada masalah kerana silibus pembelajaran termasuklah tiga teknik khas untuk tiga timeframe berbeza. Di sini anda akan belajar bagaimana untuk jana keuntungan dalam jangka masa yang berbeza.

Nak short term boleh, nak mid term boleh, nak long term pun boleh. Terpulang kepada objektif pelaburan anda, tak perlu nak ikut-ikut orang.

Daftar Cepat, Sementara Ada Promosi

Katanya sekarang tengah ada promosi yang menarik menanti anda. Ada diskaun early bird bagi mereka yang mendaftar awal.

Apa tunggu lagi, daftar kursus Premium Online Coaching Mahersaham sekarang juga.

Jumpa anda di sana!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend