Jom Berkenalan Dengan IPO

Pasaran sekuriti terbahagi kepada dua iaitu pasaran peringkat pertama yang dikenali sebagai tawaran awam permulaan atau Initial Public Offering (IPO) dan pasaran peringkat kedua yang dikendalikan oleh Bursa Malaysia dan didagangkan melalui Papan Utama (Main market) dan Papan Kedua (ACE market). Untuk artikel kali ini, kami ingin mengupas lebih lanjut mengenai IPO.

Apa Itu IPO?

Ia merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Terbitan Modal (CIC).

Tujuan syer baru diwujudkan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membayar hutang, menambah modal kerja atau menampung pembiayaan projek pelaburan syarikat.

Tujuan kedua tawaran awal permulaan pula ialah untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebelum sesuatu saham boleh dijual beli secara terbuka kepada umum, syarikat tersebut perlu terlebih dahulu menawarkan terbitan awam atau tawaran untuk jualan

Lazimnya ketika tawaran awam diumumkan, ia turut disertai dengan pengeluaran prospektus yang mengandungi maklumat tentang tawaran dan profil syarikat yang membuat tawaran.

Dalam prospektus ini ada menyatakan aktiviti syarikat, prestasi kewangan dan pengurusannya. Semua maklumat ini disertakan bagi membolehkan para pelabur membuat kajian awal sebelum membuat keputusan sama ada untuk melanggan IPO atau tidak.

Kajian Kes – Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB)

Sebagai contoh, kami sertakan IPO untuk syarikat Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) yang baru sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia pada 17 November lepas untuk tujuan pembelajaran.

 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat-syarikat penyenaraian IPO, boleh rujuk laman web Bursa Malaysia. http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/initial-public-offerings/ipo-summary

Untuk pengetahuan anda ketika IPO dilancarkan, saham itu belum lagi diputuskan status halalnya. Pihak penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hanya akan mengemaskini status syariah semua saham dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November.

Walaubagaimanapun BIMB Securities akan memberi status awal sebelun pelancaran IPO. Jadi bagi mereka yang mementingkan tentang status syariah sesuatu saham, anda boleh rujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh BIMB terlebih dahulu.

Boleh Beli IPO Melalui MITI  Dan Broker

Di Malaysia, para pelabur yang ingin melanggan IPO boleh memohon secara online melalui MITI (Ministry of International Trade and Industry) atau bank pelaburan masing-masing.

Kelebihan permohonan saham khas bumiputera melalui MITI ialah, anda mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk berjaya mendapatkan peruntukan saham IPO. Selain itu, pembayaran awal juga tidak diperlukan semasa proses permohonan saham. Setelah anda menghantar borang permohonan kepada pihak MITI, mereka akan menilai permohonan berdasarkan penyata kewangan anda.

Berlainan dengan permohonan saham IPO melalui terbitan awam, anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu semasa memohon dan sekiranya permohonan anda tidak berjaya, barulah duit anda akan dikembalikan semula.

Nak tahu lebih lanjut pasal IPO, silakan baca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend