Kalau Takut Kena Penjara Dan Denda RM1 Juta, Jauhkan Daripada Insider Trading

Baru-baru ini, suasana menjadi kecoh seketika apabila dikatakan Tan Sri Vincent Tan telah membeli saham syarikat T7 Global ketika harganya murah, dan menjualnya apabila harganya telah naik.

Tapi bukankah itu objektif pelaburan saham pun kan? Beli murah jual mahal atau Buy Low Sell High.

Tak Salah Nak Untung, Insider Trading Tu Yang Salah

Sebelum ini, kami ada huraikan dengan panjang lebar berkenaan Insider Trading. Boleh baca Kali Ini Kami Huraikan Maksud Kesalahan Insider Trading kalau nak tahu dengan lebih mendalam.

Secara ringkasnya:

  • Insider Trading merujuk kepada urusniaga saham yang berlaku apabila seseorang melalui kedudukannya atau pun melalui orang lain yang memiliki maklumat berkenaan sesebuah syarikat yang boleh mendatangkan kesan kepada harga saham syarikat tersebut
  • Boleh berlaku sama ada melalui pembelian atau penjualan saham syarikat yang boleh mendatangkan keuntungan atau dengan tujuan untuk mengurangkan kerugian
  • Biasanya dilakukan oleh seseorang yang berkepentingan seperti memiliki jumlah saham yang banyak dalam syarikat tersebut. Dengan adanya maklumat awal, beliau bertindak untuk menambah bilangan saham atau menjual sebilangan besar atau semua saham pegangannya

Hukuman Penjara Tak Lebih 10 Tahun, Denda Tak Kurang RM1 Juta

Kesalahan Insider Trading ini merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 188 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang boleh membawa kepada hukuman mandatori penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

2 Kes Berprofail Tinggi Insider Trading Di Malaysia

1. APL Industries Berhad

CEO APL Industries Datuk Stanley Thai Kim Seng telah memberitahu kepada seorang remisier bernama Tiong Kiong Choon bahawa APL Industries sebenarnya mengalami kerugian yang lebih besar pada tahun kewangan berakhir Jun 2007. Tiong kemudiannya menjual 6.2 juta saham APL Industries sebelum laporan audit tersebut keluar.

Datuk Stanley Thai didakwa di atas kesalahan membocorkan maklumat negative tersebut kepada Tiong. Manakala Tiong pula didakwa di atas penjualan saham APL Industries sebelum pengumuman dilakukan kepada Bursa Malaysia.

Biasanya kalau Quarter Report atau Annual Report syarikat teruk, harga saham akan turun atau gap down, jadi mereka kelihatan seperti mahu ‘selamatkan’ diri daripada rugi teruk.

Kes masih dalam perbicaraan.

2. Repco Holdings Berhad

Low Thiam Hock atau lebih dikenali sebagai Repco Low, didapati bersalah memanipulasi saham Repco Holdings pada tahun 1997. Harga saham Repco pada ketika itu, naik daripada RM108.40 kepada RM113 walaupun pasaran saham tengah ‘crash’ pada ketika itu.

Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda RM5 juta, dan Repco Low sedang membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Bagaimana Pula Dengan T7 Global?

Jom kita tengok pula T7 Global sebagai kajian kes untuk kali ini:

Harga Saham Sepanjang 2017

Sumber: iSaham

Nampak seperti nak melengkapkan double bottom. Andai kata harga saham memecah resistance pada harga RM0.49, boleh pergi jauh.

Harga Saham 2018 Sehingga 27 Jun 2018

Sumber: iSaham

Ia berjaya membuat breakout juga pada awal tahun, tetapi telah menemui Strong Resistance pada harga RM0.665, dan sejak daripada itu ia telah membuat downtrend.

T7 Global Dan Projek ECRL

Sepertimana catalyst yang lain, apabila T7 Global dikatakan akan terlibat sama menjayakan projek East Coast Railway Link (ECRL) harga saham akan menunjukkan reaksi.

Untuk memudahkan pemahaman, apa kata kita buat sedikit kronologi seperti berikut:

Tarikh Perkara Harga Saham Naik/Turun
2 Jan 2018 Harga Awal Tahun RM0.42 Baseline / Penanda Aras

Sumber: Bursa Malaysia

14 Mac 2018 MoU untuk berkolaborasi bagi menjayakan projek ECRL dengan kerajaan Terengganu RM0.59 Naik RM0.17 atau 40.5%
8 Mei 2018 Sehari sebelum PRU-14 RM0.465 Turun RM0.125 atau -21.2%
14 Mei 2018 Selepas PRU-14, projek ECRL katanya akan dibatalkan RM0.365 Turun RM0.1 atau -21.5%

Sumber: Bursa Malaysia

16 Mei 2018 Tan Sri Vincent Tan beli 21 juta unit RM0.45 Naik RM0.085 atau 23.3%
 

Sumber: Bursa Malaysia

17 Mei 2018 Tan Sri Vincent Tan beli 1.08 juta unit RM0.495 Naik RM0.045 atau 10%
18 Mei 2018 Tan Sri Vincent Tan beli 120 ribu unit RM0.475 Turun RM0.02 atau -4%

Sumber: BH Online

23 Jun 2018 (Sabtu) Projek ECRL diteruskan RM0.42 (Harga Hari Jumaat) Turun RM0.055 atau -11.6%
25 Jun 2018 (Isnin) Gap Up RM0.50 Naik RM0.08 atau 19.0%

Sumber: The Star Online

25 Jun 2018 (Isnin) Tan Sri Vincent Tan jual 3.68 juta unit RM0.50

Sumber: Bursa Malaysia

27 Jun 2018 (Rabu) Penjualan saham tersebut dilaporkan kepada Bursa Malaysia RM0.425 Turun RM0.75 atau -15%
27 Jun 2018 (Rabu) T7 Global dikatakan belum terima apa-apa kontrak berhubung projek ECRL

T7 Global Tampil Buat Penjelasan

Pada tarikh 27 Jun 2018 juga, T7 Global telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi menerangkan situasi sebenar berkenaan syarikat dan juga Tan Sri Vincent Tan.

Sumber: Bursa Malaysia

Jauhilah Daripada Insider Trading

Kami rakyat marhaen sudah pastinya tidak berpeluang untuk mendapatkan maklumat ‘bocor’ berkenaan mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kerana kebanyakan yang terlibat adalah mereka yang memegang jawatan tinggi dalam syarikat, mahu pun yang terlibat secara langsung dengan syarikat tersebut.

Mereka juga mungkin tidak takut dengan denda setakat RM1 juta, tapi kalau kena penjara 10 tahun – goyang juga kot.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend