Kaya, Kaya…Kalaulah Aku Beli 6 Tahun Lepas

Biasa dengar FAANG tak? Bagi mereka yang tak biasa, FAANG merupakan gagasan 5 syarikat gergasi teknologi dunia yang didagangkan di Amerika Syarikat. Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) adalah singkatan bagi akronim FAANG tersebut.

Siapa yang tak kenal kelima-lima syarikat tersebut kan? Dan saham-saham FAANG ini telah pun mencatatkan paras tertinggi mereka pada awal Jun 2018. Boleh baca selanjutnya di Saham FAANG Di Amerika Syarikat Ditutup Pada Paras Tertinggi.

Labur $100 US Dolar Dalam Setiap Syarikat FAANG

Jom kita tengok berapa saham syarikat yang dapat dibeli dengan bermodalkan $500 US Dolar untuk membeli saham-saham FAANG tersebut pada tahun 2012:

  • Facebook: $100 @ $38.23 seunit saham = 2.61 unit
  • Apple: $100 @ $75.77 seunit saham = 1.32 unit
  • Amazon: $100 @ $213.85 seunit saham = 0.47 unit
  • Netflix: $100 @ $9.99 seunit saham = 10.01 unit
  • Google: $100 @ $300.50 seunit saham = 0.33 unit

Kenapa tahun 2012? Kerana itulah detik bersejarah saham Facebook mula diapungkan atau melalui proses IPO – pertama kali ianya dijual kepada orang awam. Tak tahu apa itu IPO? Boleh baca lebih lanjut di Jom Berkenalan Dengan IPO.

Dan kalau diikutkan, minima pembelian saham di Amerika Syarikat adalah 1 unit, bukan 100 unit atau 1 lot macam di Malaysia.

Simpan Dan Peram Selama 6 Tahun

Saham-saham blue chip ini, memang sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. Sebab apa? Kerana mereka ini mencatat keuntungan yang meningkat saban tahun, dan merupakan leader dalam industri masing-masing.

Dan hasilnya amat mengagumkan.

Jika anda masih pegang saham-saham yang dibeli pada 18 Mei 2012 (tarikh IPO Facebook) yang bermodalkan $500 US Dolar tadi, pada 18 Mei 2018, portfolio anda kini bernilai $5,059.62peningkatan 911.12% dalam masa 6 tahun! Convert ke RM dah berapa tu?

Tak Mampu Nak Beli Saham FAANG?

Setakat 25 Jun 2018:

  • 1 unit saham Facebook berharga $201.74 US Dolar
  • 1 unit saham Apple berharga $184.92 US Dolar
  • 1 unit saham Amazon berharga $1,715.67 US Dolar
  • 1 unit saham Netflix berharga $411.09 US Dolar
  • 1 unit saham Amazon berharga $1,169.29 US Dolar

Hari ini dah tak boleh nak bermodalkan $500 US Dolar macam 6 tahun lepas. Sekurang-kurangnya nak kena ada modal $5,000 US Dolar baru ‘sedap’.

Tapi mana pula nak cari modal $5,000 US Dolar tu? Kalau convert, dalam RM20,000 jugalah.

Kita masih ada pilihan. Kita ada instrumen pelaburan yang dipanggil ETF atau Exchange-Traded Funds. Biasa dengar unit trust kan?

Unit Trust

Unit Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah.

Unit Trust adalah salah satu instrumen pelaburan yang boleh dijadikan pilihan jika anda tidak berani menanggung risiko yang tinggi.

ETF ini pula sama macam unit trust, tetapi ianya disenaraikan di Bursa Malaysia. Nak beli MyETF-US50 juga perlu ada akaun CDS. Baca lagi cara buka akaun CDS di sini.

Kita mungkin tiada ETF untuk saham FAANG ni, tapi kita ada MyETF-US50 yang akan dilaburkan ke dalam Indeks Dow Jones Islamic Market U.S. Titans 50. Maknanya, top 50 saham-saham blue chip atau saham-saham mahal di pasaran Amerika Syarikat kini boleh jadi milik anda.

Sumber: MyETF

Unit Trust vs ETF vs Saham

Sumber: MyETF

Nak tahu lebih lanjut mengenai dana MyETF-US50, indeks Dow Jones Islamic Market U.S. Titans 50, yuran-yuran yang terlibat dan selebihnya boleh ke laman web MyETF.

Sumber Rujukan: Time.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend