Kejatuhan Utusan Melayu Malaysia Berhad – Case Study

Baru-baru ni kecoh tentang Utusan Malaysia yang mengalami masalah keewangan sehingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja. Lepas tu di media social pula ramai yang memberi komen negative terhadap Utusan yg dikatakan jatuh sebab selalu menulis berita yang lebih condong kepada sesetengah parti politik di Malaysia.

Sebelum kita nak join bash kat Facebook, korang kena baca ni dulu.

Utusan Malaysia adalah salah satu syarikat yang didagangkan di pasaran Bursa Malaysia sejak awal tahun 2000 lagi dengan nama Utusan Melayu Malaysia Berhad. Kalau tak silap Stallion, harga IPO Utusan adalah dalam lingkungan RM1.00 dan UMNO adalah pemegang saham utama.

Sejak tahun 2008 saham Utusan telah mula jatuh dengan mendadak dan mula mengalami krisis keewangan pada tahun 2012. Masalah kewangan Utusan ni sebenarnya bukan satu benda yang baru.

Apa punca utama?? Pada pendapat Stallion, punca utama kejatuhan saham Utusan adalah disebabkan oleh kegagalan pentadbiran syarikat untuk mengubah product mengikut trend semasa iaitu digital publication.

Kalau ikutkan time-line kajatuhan syarikat, memang selari dengan perkembangan rangkaian jalur lebar di Malaysia, kemunculan smart-phone mampu milik dan package internet yang semakin murah.

Kemunculan smart-phone dan rangkaian internet yang meluas telah memaksa banyak local publications beralih ke penerbitan digital dengan memperkenalkan Apps yang di pautkan pada laman Twitter dan Facebook dengan penyampaian yang lebih ringkas.

Publication house yang lain telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mengubah konsep penyampaian berita, tetapi Utusan pada masa itu, masih focus kepada konsep Old-School.

Utusan adalah salah satu mangsa dari perkembangan dunia digital sebab meraka gagal untuk berada selari dengan perkembangan arus semasa. Kes memang hampir sama macam cerita syarikat KODAK yang jatuh merudum dan bankrupt selepas management syarikat tidak ambil peduli tentang kepentingan dunia digital.

Nak tahu lebih lanjut kes KODAK, sila lah Google ye. Ada banyak benda yang kita boleh belajar dan ambil ikhtibar dari kes Utusan dan Kodak ni.

Kerugian yang dialami oleh Utusan Malaysia memang tidak ada kena mengena dengan keadaan politik semasa atau berkait dengan kejatuhan UMNO. Stallion rasa, dalam kes ni, ia disebabkan oleh pentadbiran syarikat yang mempunyai vision yang kurang mantap dan takut dengan perubahan.

Sumber: Stallion Brothers

Peluang Belajar Saham Global Dengan Mereka Yang Pakar

Di kala pasaran saham Malaysia suram, ambil peluang untuk belajar pasaran saham global dengan Stallion Brothers. Kini kita boleh menjadi pemegang saham-saham global seperti McDonalds, Starbucks, Facebook, Apple, Google, Adidas, Li-Ning dan bermacam-macam lagi.

Hadir Ke Seminar Kuasai Pasaran Global (SKPG) Seluruh Malaysia

JOHOR BAHRU
HOTEL GRAND PARAGON
SABTU, 14 SEPTEMBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

KUALA LUMPUR
MENARA PGRM, CHERAS
SABTU, 21 SEPTEMBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

PULAU PINANG
PEARL VIEW HOTEL, PERAI
SABTU, 28 SEPTEMBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

SHAH ALAM
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
SABTU, 5 OKTOBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

Untuk maklumat lanjut mengenai Seminar Kuasai Pasaran Global (SKPG), boleh klik sini.

Nak belajar dengan Stallion Brothers dengan lebih mendalam? Dapatkan promosi terbaik daripada mereka sekarang. Klik gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend