Sub Topik
Ada ke yang masih tertanya-tanya dekat mana nak buka akaun CDS ni? Ada ke yang berhampiran dengan lokasi saya? Sabah dan Sarawak pun ada?
Nama penuh CDS ialah Central Depository System. Akaun CDS ini macam seperti akaun simpanan kita tetapi kita bukan simpan duit, tetapi kita simpan saham.
Baru-baru ini, Bursa Malaysia telah melancarkan kempen Pemilikan Saham yang akan berlangsung dari 1 September ke 31 Disember bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur di dalam pasaran saham.
Dengan bertemakan “Invest Bursa, Invest In You”, (eh, macam tagline Majalah Labur pula “Invest in Yourself”) sangat mudah untuk kita memulakan langkah pertama dalam pelaburan saham ini.
Semudah 3 Langkah Sahaja
1. Layari laman web Bursa MarketPlace dan isi borang untuk membuka akaun CDS
2. Broker pilihan anda akan hubungi anda dalam masa 3 hari bekerja dan menetapkan temujanji selewat-lewatnya dalam 7 hari bekerja
3. Setelah akaun CDS dibuka, broker pilihan anda akan bersama-sama dan memberi panduan sehingga anda berjaya membeli saham pertama anda
12 Broker Yang Anda Boleh Pilih
Untuk maklumat, ada 12 broker yang anda boleh pilih seperti berikut:
- Affin Hwang
- Alliance
- AmInvestment
- CIMB
- Hong Leong
- Inter-Pacific
- Kenanga
- Malacca Securities
- Maybank
- Public
- RHB
- UOB Kay Hian
Mereka komited untuk berikan perkhidmatan dan layanan terbaik dalam masa 3 hari bekerja dan menetapkan temujanji selewat-lewatnya dalam 7 hari bekerja.
Anda hanya perlu isi borang dengan mengisi broker pilihan anda, dan isi negeri dan bandar di mana anda berada. Cukup mudah!
Tak tahu nak pilih yang mana? Boleh tengok panduan di bawah: