Kenali 7 Jerung Yang Paling Banyak Melabur di Bursa Malaysia

Di mana jerung berenang, di situ kita tumpang

jerung di Bursa Malaysia

Tahukah anda bahawa lebih daripada 40% jumlah (RM) saham yang didagangkan di Bursa Malaysia adalah dana dari syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan (GLC)? Jom kita rujuk gambar di bawah untuk analisa selanjutnya:

Gambar Rujukan: Bursa Malaysia

No. Pelabur Nilai Dagangan (RM66.9 billion) Jumlah Dagangan (84.2 billion unit)
1 Institusi Tempatan 44.49% 24.14%
2 Runcit Tempatan 35.29% 29.19%
3 Syarikat Asing 20.22% 46.67%

Berdasarkan statistik sehingga bulan Mac 2017, nilai terkumpul yang didagangkan oleh institusi tempatan (juga dikenali sebagai ‘jerung’ di kalangan pelabur), adalah sebanyak 44.49%; manakala jumlah yang didagangkan hanyalah 24.14%.

Ini menunjukkan bahawa jerung-jerung ini kebanyakannya melabur di saham-saham syarikat blue chip sahaja. Mereka ini tiada masalah untuk melabur ke dalam saham-saham syarikat yang berharga RM10 dan ke atas, dan sanggup untuk memegang jumlah unit saham yang besar.

Siapa Jerung Institusi Tempatan Ni?

Memetik sumber Focus Malaysia, berikut disenaraikan 7 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbesar di Bursa Malaysia:

  1. Khazanah Nasional Berhad – RM265.1 Billion
  2. Permodalan Nasional Berhad – RM186.3 Billion
  3. Petronas – RM172.6 Billion
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – RM31.2 Billion
  5. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – RM15.7 Billion
  6. Lembaga Tabung Haji – RM11.8 Billion
  7. Dimilki Kerajaan Negeri – RM7.7 Billion

Kesemua entiti ini melabur sehingga 44.49% daripada jumlah dagangan di Bursa Malaysia.

Ikut Si ‘Jerung’?

Bunyi-bunyi pilihanraya (PRU) di Malaysia semakin kuat kedengaran, betul tak? Di antara petanda utama bila dah nak masuk pilihanraya umum, jerung-jerung ini akan menunjukkan minat dengan saham-saham syarikat terkemuka tanahair dan seterusnya membelinya. Bila permintaan tinggi daripada jerung, harga saham-saham ini berpotensi untuk naik lebih tinggi.

Tanda awal jerung-jerung sudah memasuki sesuatu saham adalah apabila jumlah volume naik mendadak dan konsisten selama beberapa hari. Kalau dapat lihat tanda-tanda ini di mana-mana saham yang berada dalam watchlist anda, memang inilah peluang yang ditunggu-tunggu.

Sebelum ini kami ada berkongsi sebuah artikel bertajuk, Dekat Mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) Labur RM260 Billion? Dan ianya boleh disimpulkan dengan gambar di bawah:


35.9% Dagangan Oleh Pelabur Runcit Tempatan

Senang cerita, kebanyakan daripada kita yang membaca artikel ini tergolong di dalam kategori pelabur runcit tempatan. Mereka ini boleh dikelaskan kepada:

  • Syarikat Pengurusan Aset
  • Pengurus Dana
  • Syarikat Pegangan
  • Individu (Jutawan Kaya-Raya)
  • Individu (Proksi)
  • Individu (Pelabur/Pedagang) seperti kita

Selebihnya, 20.22% Adalah Pelabur Asing

Jangan ambil ringan perihal pelabur asing yang melabur di Bursa Malaysia ini, kerana mereka ini banyak melabur di saham-saham murah berharga bawah RM1. Dengan jumlah dagangan sebanyak 46.67%, semestinya banyak mempengaruhi harga-harga saham yang di bawah nilai.

Jadilah Pelabur Bijak Dan Anda Boleh Jadikan Mereka Sebagai Indikator

Jangan ikut semborono; tetapi pasti ada sebab yang kukuh jika jerung tiba-tiba menunjukkan minat untuk membeli saham-saham sesebuah syarikat. Jadilah pelabur yang bijak. Buat analisa fundamental dan teknikal sebelum mengikut jejak langkah mereka. Fokus kita untuk berenang bersama jerung. Hati-hati jangan sampai dimakannya!

Saya anggap anda sudah mempunyai akaun CDS saham, kalau tidak boleh baca artikel ini untuk cara buka akaun saham.

Komen

komen