Kenali Mahaguru Pelaburan Saham Benjamin Graham

Kredit Gambar: warosu.org

Ada yang tak kenal dengan Benjamin Graham tak? Kalau ada yang tak kenal tu, barangkali pernah dengar buku bertajuk ‘The Intelligent Investor’ yang ditulis beliau. Warren Buffett sendiri mengangkat Benjamin Graham sebagai salah seorang lagenda dalam dunia pelaburan saham.

Jom kita kenali mahaguru pelaburan saham ini dengan lebih dekat.

Lahir Pada Tahun 1894 Di London

Beliau terkenal sebagai pelabur terkenal dari Amerika Syarikat, tetapi sebenarnya beliau lahir di London, UK. Dan Graham mengajar analisa sekuriti di Universiti Colombia dan Universiti California, Los Angeles. Beliau turut menulis sebuah buku berjudul Security Analysis pada 1934. Di samping menjadi seorang pengarang dan seorang pensyarah Universiti, Graham mempunyai sebuah syarikat pelaburan yang diberi nama Graham-Newman.

Kejayaan dalam pasaran saham membolehkan Graham bersara sebagai seorang jutawan. Beliau percaya bahawa pelaburan saham memerlukan kesabaran dan kerja kuat. Beliau menekankan bahawa kejayaan tidak dapat dicapai dalam tempoh yang singkat.

Menurut Graham, saham-saham mempunyai nilai-nilainya yang sebenar ataupun dikenali sebagai nilai intrinsik. Disebabkan saham mempunyai nilai intrinsik ini, maka kita perlulah memiliki saham yang mempunyai perolehan yang baik dan aset yang teguh.

Beliau menasihatkan pelabur untuk membeli saham-saham pada harga lebih rendah daripada nilai sebenarnya, dan menjualkan saham-saham tersebut apabila harganya sudah melebihi nilai sebenar.

Pelaburan Saham Untuk Jangka Masa Panjang

Beliau percaya bahawa sesuatu strategi pasaran saham yang baik memerlukan kesabaran. Oleh itu, beliau tidak begitu senang dengan apa-apa strategi yang menyatakan atau berjanji untuk menghasilkan pulangan pelaburan RM1 juta secara semalaman.

Beliau juga percaya bahawa pasaran saham adalah berisiko tinggi dan oleh itu adalah penting untuk tidak kehilangan wang. Jika anda dapat memperoleh keuntungan yang sedikit setiap tahun, itu sudah memadai kerana dalam jangka masa panjang wang yang diperolehi tadi akan akan berganda-ganda. Apa yang penting ialah keuntungan tersebut perlulah konsisten.

Beliau tidak suka untuk melakukan urusniaga secara kerap kerana ini akan mengurangkan keuntungan disebabkan oleh pembayaran yuran kepada broker dalam bentuk komisyen. Di Malaysia, ia dikenali sebagai Brokerage Fee.

Beliau tidak gemar dengan nasihat-nasihat yang dikeluarkan oleh broker saham dalam bentuk artikel yang diterbitkan dalam newsletter mereka atau dengan nasihat-nasihat yang diberikan dalam akhbar.

Ini kerana beliau percaya bahawa kebanyakan mereka yang dianggap pakar dalam bidang pelaburan memang kenal antara satu sama lain dan mereka ini bertukar-tukar maklumat secara bersendiri atau secara awam melalui surat khabar atau newsletter broker saham. Kalau sekarang, banyak Blog dan Group Telegram pula yang memberi Buy Call.

Cari Saham Di Bawah Nilai

Akibatnya, tiada seorang pun yang yang akan mendapat pulangan lebihan berbanding dengan pulangan purata pasaran secara umumnya. Menurut Graham, seseorang pelabur itu perlu menentukan saham-saham yang di bawah nilai. Ini boleh dilakukan dengan cara mengira nilai intrinsik sesuatu saham.

Tak tahu nak kira nilai sesebuah saham? Boleh baca 40 Saham Di Bawah Nilai di Bursa Malaysia.

Untuk mendapat keuntungan sebenar di pasaran, saham yang dijual tersebut perlulah naik melebihi nilai intrinsiknya. Dalam melakukan ini, seseorang itu perlulah mempunyai kesabaran. Ini kerana saham-saham yang di bawah nilai tidak akan meningkat harga secara tiba-tiba, tetapi akhirnya ia akan naik juga.

Graham menyatakan bahawa setiap pelabur perlu menganggap pelaburan saham sebagai perkongsian perniagaan dengan rakan kongsi yang bernama pasaran. Kadang-kadang pasaran tadi akan menjadi sangat optimistik dan beliau ingin membeli bahagian anda pada apa-apa sahaja harga yang anda kehendaki.

Pada masa yang lain pula pasaran ini akan menjadi sangat pesimistik dan beliau tidak sanggup untuk menjual bahagian beliau dalam perkongsian tersebut pada apa-apa harga yang anda tawarkan.

Oleh itu, masa yang terbaik untuk menjual saham anda ialah pada beliau berada dalam keadaan optimistik dan dan membeli semula apabila beliau berada dalam keadaan pesimistik.

Rujukan: Menyelami Dasar Lautan Saham oleh Othman Yong

Boleh Juga Guna Screener iSaham Berdasarkan Defensive Investing

Selain daripada itu, boleh ikuti langkah berikut untuk mendapatkan screener yang berdasarkan kriteria ditetapkan oleh Benjamin Graham:

1. Layari laman web iSaham, klik pada Screeners -> List All Screeners

2. Di sebelah kiri, klik Defensive Investing Screener

3. Keluar senarai-senarai syarikat yang memenuhi kriteria, dan buatlah pilihan masing-masing

 

 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend