Kenali Pemilik-Pemilik Telco di Malaysia. Bukan Semua ‘Milik Kita’

#1. Digi

Harga saham pada 30 Ogos; RM4.84

5 pemegang saham terbesar Digi:

  1. Telenor Asia Pte Ltd 49.00%
  2. Employees Provident Fund (EPF) 13.54%
  3. Permodalan Nasional Berhad (PNB) 10.77%
  4. Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) 5.31%
  5. Public Mutual Berhad 2.83%

Jadi jangan sangka Digi tu milik Malaysia ya. Telenor Asia adalah anak syarikat Telenor Group, syarikat telekomunikasi multinasional milik kerajaan Norway yang beribu pejabat di Fornebu di Bærum, dekat dengan Oslo.

Keuntungan bersih syarikat:

  • Tahun 2016 – 1.6 bilion
  • Tahun 2015 – 1.7 bilion
  • Tahun 2014 – 2.0 bilion
Pergerakan Harga Saham
Harga 31 Disember Perubahan Perubahan (%)
2014 6.16
2015 5.4 -0.76 -12%
2016 4.83 -0.57 -11%
2017 4.84 (30 Ogos) 0.01 0.2%

#2. Maxis Berhad

Harga saham pada 30 Ogos; RM5.78

5 pemegang saham terbesar Maxis:

  1. Binariang GSM Sdn Bhd 62.42%
  2. Permodalan Nasional Berhad (PNB) 10.51%
  3. Employees Provident Fund (EPF) 10.50%
  4. Public Mutual Berhad 1.67%
  5. Lembaga Tabung Haji 1.65%

Semua orang tahu Maxis adalah milik taikun Tan Sri Ananda Krishnan melalui syarikat yang dikuasainya, Binariang GSM Sdn Bhd. Tan Sri Ananda Krishnan baru-baru ini dikehendaki oleh pihak berkuasa India (CBI) berkenaan skandal Maxis-Aircel.

Keuntungan bersih syarikat:

  • Tahun 2016 – 2.0 bilion
  • Tahun 2015 – 1.7 bilion
  • Tahun 2014 – 1.7 bilion

#3. Axiata Group Berhad (Celcom)

Harga saham pada 30 Ogos; RM4.93

5 pemegang saham terbesar Axiata:

  1. Khazanah Nasional Berhad 37.47%
  2. Permodalan Nasional Berhad (PNB) 17.75%
  3. Employees Provident Fund (EPF) 16.24%
  4. Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) 3.47%
  5. Public Mutual Berhad 2.94%

Keuntungan bersih syarikat:

  • Tahun 2016 – 657 juta
  • Tahun 2015 – 2.6 bilion
  • Tahun 2014 – 2.3 bilion

#4. TIME dotCom Berhad

Harga saham pada 30 Ogos; RM9.90

5 pemegang saham terbesar TIME:

  1. Pulau Kapas Ventures Sdn Bhd 30.47%
  2. Khazanah Nasional Berhad 11.23%
  3. Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)10.30%
  4. Public Mutual Berhad 8.21%
  5. Employees Provident Fund (EPF) 4.95%

Keuntungan bersih syarikat:

  • Tahun 2016 – 766 juta
  • Tahun 2015 – 682 juta
  • Tahun 2014 – 596 juta
Pergerakan Harga Saham
Harga 31 Disember Perubahan (RM) Perubahan (%)
2014 3.49
2015 5.48 1.99 57%
2016 7.87 2.39 43%
2017 9.90 (30 Ogos) 2.03 26%

#5. Telekom Malaysia Berhad (TM)

Harga saham pada 30 Ogos; RM6.43

5 pemegang saham terbesar Telekom:

  1. Khazanah Nasional Berhad 26.21%
  2. Permodalan Nasional Berhad (PNB) 21.63%
  3. Employees Provident Fund (EPF) 17.71%
  4. Public Mutual Berhad 5.45%
  5. Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) 4.1%

Keuntungan bersih syarikat:

  • Tahun 2016 – 613 juta
  • Tahun 2015 – 591 juta
  • Tahun 2014 – 842 juta
Pergerakan Harga Saham
Harga 31 Disember Perubahan Perubahan (%)
2014 6.85
2015 6.78 -0.07 -1%
2016 5.95 -0.83 -12%
2017 6.43 (30 Ogos) 0.48 8%

#6. Webe

Telco terbaru iaitu Webe (Webe Digital Sdn Bhd) adalah anak syarikat milik Telekom Malaysia (82%), Green Packet Berhad (13.2%) dan SK Telecom Co Ltd (4.8%).

#7. U-Mobile

U-Mobile pula khabarnya bakal tersenarai di Bursa Malaysia. Pemegang saham utama U-Mobile adalah Straits Mobile Investments Pte Ltd (49%) milik Temasek Holdings dari Singapura, diikuti oleh U Telemedia Sdn Bhd (21.46%) milik Tan Sri Vincent Tan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (15%) dan Magnum Bhd (6.33%).

Orang Biasa Pun Boleh Beli Saham Telco

Minat dalam industri Telco ni? Kita pun boleh jadi sebahagian dari bisnes ni. Macam mana? Beli lah saham-saham syarikat yang korang minat ni dekat Bursa Malaysia. Saham syarikat Digi, Maxis, Axiata Group & TIME dotCom Berhad adalah patuh syariah.

Mesti mahal harga saham dorang ni? Mahal?….Isk, tak mahal mana pun. Mahal lagi harga iPhone.

Contohnya harga saham Digi baru RM4.84. Minima perlu beli hanya 100 unit. RM4.84 x 100 baru RM484 (tak termasuk brokerage fee dan GST). Modal tak sampai RM500 dah boleh jadi pemegang saham Digi.

Fuh…tak bangga ke ada saham Digi? Kalau Digi buat Annual General Meeting (AGM) dekat hotel-hotel 5 star, korang boleh pergi. Silap haribulan macam-macam free gift boleh dapat. Itu antara kelebihan pemegang saham yang ramai tak tahu.

Ini hanya contoh, kami tak suruh beli pun saham Digi. Saham Time dotCom lagi nampak mengancam..eh! Kena buat kajian lagi bagus ke tak bagus saham-saham syarikat telco untuk pelaburan jangka panjang. Macam mana nak tahu? Kenalah belajar ilmunya.

Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Komen

komen