Nak untung melabur 6.75% setahun atau 6.21% seminggu?

Ramai mengharapkan dividen ASB cecah 7.5% dan bonus 0.25-0.50 sen. Siapa sangka, diumumkan dividen 6.75% dan bonus 0.50 sen sahaja.

Bersabarlah. Anda tak rugi, cuma anda tak untung banyak.

Inilah pelaburan yang kita bagi pada orang lain yang uruskan, untung pun orang lain yang tentukan.

Berbeza dengan melabur di pasaran saham, ada harga turun naik, masa harga turun kita pakat beli, masa naik kita pakat jual. Nak untung berapa ikut ‘suka kita’.

Baca contoh yang diberikan oleh Tuan Hj Mohd Asri, Mentor Pelaburan Saham di Facebook page beliau tentang bagaimana contoh buat keuntungan di pasaran saham.

.

Seminggu yang lalu (9/12/2016) Fattah Amin (bukan nama sebenar) seorang pekerja di sebuah syarikat O&G membuat keputusan membeli saham syarikat AWC Berhad.

Ya, syarikat ini tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia & PATUH SYARIAH.

Saham patuh syariah di bursa
Gambar yang tuan tuan lihat adalah contoh paparan di smartphone semasa jual beli saham. Ya, Fattah Amin jual beli saham guna Samsung Galaxy je, senang.

“Tak faham la haji….dia tulis jawa.”

Ok, saya cuba permudahkan:

1. Qty on Hand = unit saham yang dibeli
Dalam contoh ini Fattah Amin membeli 10,000 unit saham AWC

2. Avg Price = harga saham semasa diBELI
Dalam contoh ini Fattah Amin membeli saham AWC pada harga RM0.885

3. Last = harga saham semasa diJUAL
Dalam contoh ini Fattah Amin menjual saham AWC pada harga RM0.94 (harga hari ini – 10:18 pagi, 19/12/2016)

4. Cost$ = Modal yang digunakan untuk membeli saham
Dalam contoh ini Fattah Amin membeli saham AWC pada harga RM0.885 sebanyak 10,000 unit. Maka modal yang diguna adalah RM 0.885 x 10,000 = RM 8,850

5. Market$ = Jumlah yang diterima selepas menjual saham
Dalam contoh ini Fattah Amin jual semua 10,000 unit saham AWC pada harga RM0.94. Maka selepas jual beliau dapat RM 0.94 x 10,000 = RM 9,400

6. Unrealized P/L $ = Keuntungan yang diperoleh
Dalam contoh ini Fattah Amin dapat untung RM 550 (RM9,400 – RM8,850)

7. Unrealized P/L % = Pulangan yang diperoleh ( bahasa jawanya ROI )
Dalam contoh ini Fattah Amin dapat untung 6.21% dalam masa seminggu selepas menjual saham AWC.

Cara kira :
UNTUNG / MODAL X 100
550 / 8,850 X 100 = 6.21%

Nota : Tahukah anda harga saham AWC pada bulan Jan 2016 hanya RM 0.37? Sekarang dah RM 0.94. Wowww…Pulangan lebih 100% dalam masa setahun?! Skim cepat kaya pun tak boleh cari makan kalau macam ni.

Semua maklumat tentang syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia boleh diperolehi secara percuma di www.bursamarketplace.com dan www.bursamalaysia.com

Selepas menjual saham AWC Berhad, Fattah Amin meneruskan kehidupan makan gaji sambil-sambil mencari saham syarikat lain yang berpotensi memberi pulangan yang baik. Maklumlah ada lebih 600 syarikat patuh syariah yang tersenarai, bukan setakat AWC Berhad.

Beliau tidak perlu tunggu setahun untuk rasa dividen 6-7%.

Beliau memilih untuk melabur di pasaran saham Bursa Malaysia, jadi suka hati beliau nak untung setiap minggu…setiap bulan atau setiap hari.

Duit dia. Untung pun duit dia, rugi pun duit dia…

Kesimpulan

Pelaburan mesti ada untung dan ada yang rugi. Contoh ni memang nampak cantik, dengar seronok. Nak tahu dengan lebih lanjut kena cuba alaminya sendiri.

Bila kita dah buat keputusan untuk melabur maknanya minda kita dah bersedia untuk menerima keuntungan dan kerugian.

Nak belajar lebih lanjut tentang pelaburan saham bersama ikon Bursa Malaysia? Boleh intai Facebook page Tuan Hj Mohd Asri

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend