Kenapa Seminar Saham Mamat Ni Selalu Penuh?

Buang tebiat agaknya orang kita. Sana sini cerita pasal saham. Bila cerita Petron Malaysia dapat kontrak bekal minyak kereta kerajaan, terus topik pasal pemilikan syarikat menjadi trending. Baguslah kalau ramai dah tahu yang Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd tersenarai di Bursa Malaysia dengan harga RM8. Saham mereka patuh syariah tau.

Kalau nak jadi pemegang saham Petron Malaysia perlu modal dalam RM800 sebab minima kena beli 100 unit.


Ops, kali ini kami bukan nak cerita pasal saham syarikat Petron Malaysia.

Kali ini kami nak cerita pasal seorang mamat ni. Kami pelik sebab seminar saham mamat tu selalu penuh.

Mamat yang kami maksudkan adalah Tuan Haji Mohd Asri Ahmad (THMA). Kalau dalam industri seminar pelaburan, beliaulah “guru besar”nya.

Jom kita tengok dulu biodata beliau seperti berikut:

Berusia 40 tahun dan berkelulusan dalam bidang Diploma Analisa Pelaburan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana dalam bidang (Kewangan) dari Univeristi Putra, Malaysia serta Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun.

Pada tahun 2016, beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMarketPlace (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Perkembangan terkini, UiTM juga serius memastikan para mahasiswa mereka juga celik pelaburan saham.

Gambar di atas adalah sesi MoA dengan UiTM Cawangan Johor. Melalui perjanjian ini pihak Asri Ahmad Academy akan berkongsi ilmu dan kaedah dalam selok belok pengurusan saham kepada para mahasiswa yang berada di dalam Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan (BM 251) – UiTM News.

Laman Web: Asri Ahmad Academy
Facebook: Mohd Asri & Asri Ahmad Academy

So, Kenapa Seminar Saham THMA Selalu Penuh?

Sumber gambar : Asri Ahmad Academy

Tuuuudia, sampai bersila.

Ingatkan area KL atau Lembah Klang je penuh, seminar nun di Kota Bharu pun penuh!

Krew-krew Majalah Labur biasanya ‘dipaksa’ untuk pergi ke seminar-seminar saham anjuran pelbagai speaker untuk menambah ilmu. Tapi seminar Tuan Hj Mohd Asri ni ada beberapa krew yang pernah pergi sampai 2-3 kali.

Ini adalah berdasarkan analisa kami sendiri. Banyak sebab mengapa seminar beliau sentiasa ditunggu dan dinanti ramai. Antara sebabnya adalah:

1. Seorang Yang Trusted

Memang tak dinafikan, bila kita nak berguru ni, penting untuk kita lihat latarbelakang dan pencapaian guru tersebut. Macam THMA sendiri, dari segi bidang pengajian pun ada, dari segi sijil pun ada, dari segi pengalaman pun ada, dari segi pengiktirafan pihak berautoriti (Bursa Malaysia) pun cukup.

Pengalaman beliau dalam dunia untung rugi saham pula sudah masuk tahun ke 21.

2. Orang Pertama Buat Seminar Saham ‘Pecah Panggung’

THMA merupakan nama yang cukup gah dalam industri pelaburan saham tempatan. Ini kerana beliau merupakan speaker pertama yang membuat seminar saham dalam skala yang besar.

Dewan buat majlis kahwin yang boleh muatkan 1-2 ribu orang pun selamba je penuh.

Kali pertama seminar beliau dibuat secara besar-besaran adalah semasa di Pusat Islam pada tahun 2016. Masa tu adalah anjuran Asri Ahmad Academy, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bursa Malaysia, BIMB Securities dan Koperasi Remisier Bumiputra.

Artikel penuh: ‘Lubuk Emas’ Ditinggalkan Umat Islam
Baca juga pengalaman orang lain : Seminar Labur Saham Mega

Seminar Berani Melabur awal tahun 2018 tempoh hari pula dirasmikan sendiri oleh CEO Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan. ‘Otai’ dalam Kewangan Islam, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar juga turut hadir sebagai speaker.

3. Seminar Macam Konsert

Sumber gambar : Asri Ahmad Academy

Seminar beliau akan sentiasa dilengkapi dengan sistem audio visual yang canggih, lampu berwarna-warni, skrin LED yang besar gedabak, sound system yang meletup-letup; barulah semangat nak belajar.

Mereka yang duduk di depan atau belakang pastinya akan dapat limpahan ‘tenaga’ dari speaker. Kalau ada yang tertidur juga semasa seminar, tak tahulah nak cakap apa.

4. Ajar Yang Patuh Syariah Saja

Dekat pasaran saham tu ada macam-macam jenis produk. Ada yang halal dan tak halal. Dalam mana-mana kelas atau seminar yang THMA anjurkan, pastinya beliau akan ajar yang Syariah-Compliant sahaja.

Kita bukan nak untung di atas dunia semata-mata, tetapi keberkatan yang diperolehi dapat juga kita membayar zakat dan menolong mereka yang memerlukan.

5. Ikhlas Dari Hati

Banyak pengalaman pahit yang dikongsi bersama dengan peserta seminar. Paling sadis cerita bagaimana beliau pernah rugi teruk zaman dotCom dulu. Sebab tu beliau selalu pesan, jangan jangan jangan sesekali berhutang untuk melabur. Sebaliknya gunakan duit lebihan yang sanggup kita rugi 100%.

Nasihat ini memang sangat berguna, sekurang-kurangnya kalau pelaburan tadi rugi (harga saham jatuh), kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.

6. Marketing Yang Power

Perasan tak bila sedang skrol Facebook, mesti ternampak iklan THMA? Bila marketing berulang kali lalu kat newsfeed, akhirnya ‘tertekan’, lepas tu ‘terlike’ page, ‘terpergi’ pula seminar. Kemudian ‘terbuka mata’ dengan apa yang disampaikan oleh THMA, dan akhirnya ‘terbuka’ akaun CDS dan berjaya buat duit di pasaran saham (kami la antaranya tu).

Cuba follow Facebook beliau, posting-posting yang dikongsi di situ pun ‘premium-premium’ belaka.

7. Jadi Buah Mulut

Ribu-ribu orang kot dah pergi seminar beliau.

Kalau yang berpuas hati pasti akan buka mulut dan ‘hasut’ isteri, suami, kawan, jiran dan kawan sepejabat supaya pergi dengar juga. Itu belum kira lagi mereka yang berjaya praktikkan dan buat duit selepas pulang dari seminar. Ini pun kami rasa menjadi salah satu faktor mengapa seminar beliau sentiasa penuh.

Orang kita ni skeptikal, selalu ingat seminar-seminar ‘murah’ (RM30 tu kira murah la kan?) ni preview saja.

8. Orang Kita Muak Dengan Skim Cepat Kaya

Asyik-asyik berita di surat khabar paparkan benda-benda negatif seperti mangsa penipuan skim cepat kaya. Dah sampai masa media menonjolkan sisi pelaburan yang betul pula.

Kalau asyik tunjuk yang negatif tak boleh juga. Tunjuklah sama benda yang positif.

Ni sampai ada yang kata melabur saham di Bursa Malaysia pun skim cepat kaya. Jadi apabila masyarakat melihat ada pilihan pelaburan yang sah dan boleh buat duit seperti ini pastinya mereka tak lepaskan peluang untuk belajar dan terlibat.

Kau kata orang kita tak minat pada ilmu? Habis yang datang penuhkan seminar THMA tu bukan orang kita ke?

9. Lahirkan Ramai Protege Untuk ‘Pass’ Baton

Disebabkan usaha THMA untuk memandaikan masyarakat khususnya orang Melayu tentang betapa bagusnya pelaburan saham ni, beliau telah berjaya melahirkan ramai anak murid (protege) yang hebat-hebat. Bila kita tak kedekut ilmu ni, lagi ramai pakar dalam dunia saham akan lahir dan mengikut jejak langkah beliau.

Kesemua mereka membawa mesej yang sama, seolah-olah menyambut baton dalam usaha berdakwah tentang kelebihan dunia pasaran saham patuh syariah ni. Di antara yang anda boleh follow adalah Master Yus, Roslinah Laikoi, Jaz Jamaludin, Iqbal IliasAidil Syukri dan ramai lagi.

Tuan Haji Asri Ahmad Adalah Satu Dalam Sejuta

Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang.

Sekarang dah tahu kan mengapa seminar saham mamat ni asyik penuh?

Walaupun setiap kali THMA buat program dan beribu orang datang, tetapi statistik kata masih tak sampai 5% Bumiputera yang terlibat aktif dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. Sedih kan?

Insha Allah lain kali kami buka cerita pasal speaker saham yang lain pula.

Kalau ada duit lebihan tetapi tak berapa nak berkembang jadi 10% hingga 30% setahun atau tak sampai setahun kami syorkan untuk hadir simposium ini.

Belajarlah dari pagi sampai ke malam.
Belajar sampai lebam.
Belajar dari orang yang betul.

Simposium ini dibarisi ahli-ahli panel yang hebat-hebat, sudah pasti ianya juga bakal pecah panggung. CEO Bursa Malaysia ada, pusat zakat ada, Pengarah DNEX Bhd ada, sifu-sifu Technical Analysis ada, ustaz-ustaz terkenal pun ada juga. Fuh, ustaz pun sempat melabur saham?

Korang tak minat saham Petron? Tak apa, boleh pilih 694 saham patuh syariah yang lain. Dah peram saham Nestle? Saham F&N? Saham Tenaga Nasional?

What, belum?

Tak perlu tunggu duit dalam bank ada RM100,000 baru nak mula, ada RM1,000 pun dah boleh mula melabur. Eh, RM100 pun boleh la bro.

Kalau belum cepat rebut peluang untuk hadiri majlis ilmu yang cukup hebat ini. Kirim salam dekat mamat ni tau. Daftar sekarang di sini!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend