Kerugian Syarikat Kraft Menyebabkan Berkshire Hathaway Hilang $4.3 Bilion Hanya Dalam Masa Satu Hari

Dunia pelaburan merupakan perniagaan yang mampu berikan pulangan yang lumayan, tetapi mampu juga memberikan kerugian yang berganda. Walaupun sehebat mana seseorang itu dapat menganalisa pasaran saham, kerugian didalam pasaran tetap juga akan berlaku. Perkara ini adalah perkara yang normal di dalam dunia pelaburan saham.

Kejatuhan harga saham syarikat Kraft Heinz secara drastik mengejutkan ramai pelabur dan memberi impak negatif kepada Syarikat Berkshire Hathaway

Sumber: Trading View

Berkshire Hathaway juga tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan yang sama. Warren Buffett yang dikenali sebagai Oracle of Omaha kerana kemampuannya untuk melabur dalam sesebuah syarikat dengan memberikan pulangan yang lumayan pada masa hadapan, terpaksa akur dengan kerugian besar tersebut.

Kraft Heinz dibelinya pada tahun 2013 bersama dengan sebuah syarikat pelaburan dari Brazil-Amerika yang bernama 3G Capital pada harga $23 billion untuk syarikat Heinz. Pada tahun 2015, mereka bergabung dan membentuk Kraft Heinz dengan nilai perjanjian $36 bilion.

Dengan penggabungan kedua-dua syarikat ini, maka terbentuklah syarikat makanan dan minuman kelima terbesar didunia. Kraft Heinz pernah membida untuk membeli Unilever pada harga $143 billion pada dua tahun lepas untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, tetapi ditolak oleh syarikat terbabit.

Menurut Buffett, beliau telah terlebih bayar untuk memiliki saham syarikat Kraft Heinz. Syarikat ini baru saja mengalami penurunan saham sebanyak 27.5% pada minggu lepas, yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian sebanyak $15.4 bilion yang turut menjejaskan pegangan Syarikat Berkshire Hathaway.

Berkshire Hathaway telah mengalami kerugian sebanyak $4.3 bilion hasil daripada memegang saham Kraft Heinz sebanyak 26.7%. Walaupun syarikat Kraft Heinz mengalami kerugian pada waktu sekarang, Buffett optimis dengan keputusan untuk tidak menjual atau menambah pegangan saham mereka. Ini kerana beliau percaya bahawa syarikat Kraft Heinz masih lagi mempunyai jenama yang kukuh di pasaran Amerika Syarikat dan percaya kepada rakan mereka iatu 3G Capital dalam pengurusan syarikat tersebut.

Kraft Heinz telah mengalami ketidaktentuan dalam harga saham dan masa depan syarikat itu kabur disebabkan perniagaan mereka semakin hari semakin teruk. Faktor yang menyebabkan Kraft Heinz mengalami kerugian scara mendadak pada tahun lepas dan pada tahun ini, adalah disebabkan oleh persaingan dalam pasaran dengan gergasi peruncitan seperti Amazon, Walmart dan Costco yang menjadi pemain industri yang besar dalam penjualan makanan.

Amazon dan Walmart sedang berlumba-lumba untuk menakluk pasaran makanan di Amerika Syariakat. Selain daripada itu, produk makanan yang membuat syarikat ini memndapat kritikan orang ramai adalah produk Jell-O dan Kraft Macaroni & Cheese. Dua produk ini dikatakn tidak dapat memenuhi citarasa rakyat Amerika sendiri.

Produk makanan yang tidak memenuhi selera rakyat Amerika juga menjadi salah satu faktor kemerosotan jualan produk Syarikat Kraft Heinz

Kesedaran rakyat Amerika juga semakin hari semakin meningkat terhadap tahap kesihatan mereka. Mereka telah beralih kepada makanan berbentuk organik berbanding dengan makan yang diproses sejuk beku. Tidak hairanlah syarikat gergasi Amazon telah membeli syarikat Whole Foods dengan transaksi pembelian sebanyak $13.7 bilion.

Pesaing kepada Kraft Heinz juga tidak mahu ketinggalan terhadap makanan berbentuk organik dengan membeli syarikat yang berteraskan bahan organik. General Mills (GIS) telah membeli Annie’s pada tahun 2014. Hersheys pula membeli SkinnyPop yang membuat makanan ringan berteraskan organik pada tahun 2017.

Kos operasi untuk pengangkutan dan harga komoditi turut meningkat dan menambah lagi beban syarikat ini, ditambah dengan kos untuk pembungkusan yang meningkat, sekaligus menaikkan kos pengeluaran syarikat.

Makanan berteraskan sumber organik menjadi pilihan rakyat Amerika untuk kekal sihat

Selain itu juga, pengurusan pihak 3G Capital telah menggunakan keadah strategi The Equity Firm  setelah bergabung pada tahun 2015. Kaedah ini adalah dengan mengawal semua urusan syarikat, memecat eksekutif yang kurang memberi impak kepada syarikat dan mengurangkan kos operasi dengan mendadak. Teknik ini berjaya membuatkan syarikat Kraft Heinz mendapatkan keuntungan, tetapi ianya hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.

Kesan daripada mengurangkan kos operasi secara mendadak, mereka terlepas pandang untuk membuat pelaburan terhadap R&D serta menambahbaik produk keluaran mereka untuk orang ramai. Mereka juga kurang peka dengan citarasa rakyat Amerika sendiri. Dengan kerugian yang berterusan, pihak SEC telah mengambil langkah untuk menyiasat akaun syarikat tebabit yang dikhuatiri terlibat dengan unsur penipuan.

Sumber Rujukan: What went wrong at Kraft Heinz

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend