Kali Ini Kami Huraikan Maksud Kesalahan Insider Trading

Mesti biasa dengar orang sebut pasal insider trading kan? Insider trading ni merujuk kepada urusniaga saham yang berlaku apabila seseorang melalui kedudukannya atau pun melalui orang lain yang memiliki maklumat berkenaan sesebuah syarikat yang boleh mendatangkan kesan kepada harga saham syarikat tersebut.

Ianya boleh berlaku sama ada melalui pembelian atau penjualan saham syarikat yang boleh mendatangkan keuntungan atau dengan tujuan untuk mengurangkan kerugian.

Biasanya ia dilakukan oleh seseorang yang berkepentingan seperti memiliki jumlah saham yang banyak dalam syarikat tersebut. Dengan adanya maklumat awal, beliau bertindak untuk menambah bilangan saham atau menjual sebilangan besar atau semua saham pegangannya.

Maklumat awal inilah yang kita panggil maklumat dalaman atau insider trading.

Maklumat Boleh Datang Dalam Banyak Jenis

Contoh maklumat yang boleh menaik dan menurunkan harga saham sesebuah syarikat itu ada berbagai jenis. Ini termasuklah :

  • Pembelian aset sama ada tanah, bangunan ataupun hartanah
  • Penggabungan dengan syarikat lain
  • Pengambilalihan sebuah syarikat lain
  • Pembahagian terbitan hak dan bonus
  • Laporan kerugian kewangan syarikat
  • Kejayaan memperoleh sesuatu kontrak
  • Penyusunan semula syarikat serta banyak lagi

Selain daripada orang dalam syarikat itu sendiri, syarikat audit serta pihak bank yang mempunyai kaitan dengan sesebuah syarikat juga membuatkan mereka berada dalam kategori ‘orang dalam’ syarikat.

Dia mungkin menyangka dirinya bijak apabila dia menggunakan nama orang lain atau menyuruh orang lain membelikan saham itu untuknya. Sebenarnya orang tengah ini juga boleh didakwa atas kesalahan insider trading jika terbukti dia mengambil kesempatan melalui pemilikan maklumat awal tadi.

Contoh :

Syarikat Sapoora bakal dapat kontrak kerajaan berjumlah RM100 juta pada 22 Jan 2018. Individu X yang memiliki maklumat tersebut (mungkin kakitangan syarikat yang menguruskan tender) membeli saham syarikat Sapoora pada pagi 21 Jan 2018 sebelum berita itu diumumkan. Apabila berita mengenai kontrak tersebut diumumkan pada 22 Jan 2018, saham tersebut naik 10% dan individu X menjual saham yang dibeli lebih awal tadi dengan keuntungan 20%.

Jangan Cari Penyakit

Kalau nak tahu kesalahan dagangan orang dalam ni akan didakwa di bawah seksyen 188 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), membawa hukuman mandatori penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

Fuh, semoga dijauhkan.

Pengarah WCT Pernah Didakwa Terlibat Dalam Insider Trading

Baru-baru ini, kes kedua yang berjaya disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi melibatkan co-founder juga Pengarah WCT Holdings Berhad iaitu Chan Soon Huat. Dia didapati bersalah kerana melanggar Seksyen 188(2)(a) Capital Markets and Services Act 2007 apabila melupuskan 2.41 juta unit saham dan 1.24 unit waran WCT diantara 30 Dis 2008 hingga 5 Jan 2009.

Pihak pendakwa iaitu Suruhanjaya Sekuriti berjaya membuktikan bahawa Chan mempunyai maklumat dalaman dan mengambil kesempatan untuk menjual saham miliknya sebelum berita pembatalan kontrak untuk membina Nad Al Sheba Dubai Racecourse di UAE diwar-warkan kepada umum.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais mengarahkan Chan untuk membayar denda sebanyak RM3.24 juta serta penalti tambahan sebanyak RM500,000 kepada Suruhanya Sekuriti.

Sekarang dah tahu apa itu insider trading dan kesalahan yang dilakukan serta hukuman berat yang dikenakan?

Maka benarlah kata-kata pujangga, “Buy on rumours, Sell on news”.

Siapa yang faham, fahamlah.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend