Khazanah Jual 40 Juta Saham Dalam BDO Unibank Inc Filipina Bernilai RM415 Juta

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menjual 40 juta sahamnya dalam syarikat perbankan yang berpangkalan di Filipina, BDO Unibank Inc, pada harga 133 peso (RM10) sesaham.

Sumber rapat yang dipetik Bloomberg berkata, sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu akan memperoleh 5.32 bilion peso (RM415 juta) daripada penjualan sahamnya itu.

Katanya, harga jualan itu adalah 5.4 peratus lebih rendah daripada harga penutup saham firma itu semalam.

Data Bloomberg juga menunjukkan transaksi itu bersamaan dengan 0.9 peratus saham BDO yang belum selesai.

Khazanah bagaimanapun enggan menjawab persoalan mengenai perkara ini.

Sumber: BH Online

Kalau diikutkan Laporan Tahunan Khazanah pada tahun 2017, mereka memiliki sejumlah 3.9% pegangan saham dalam BDO Unibank Inc yang disenaraikan di pasaran saham Filipina.

Tapi bukan itu saja syarikat perkhidmatan kewangan yang dimiliki Khazanah, banyak lagi seperti berikut:

– *CIMB Group – 27.3%

– *IDFC Limited – 9.5%

– Avicennia Capital – 100%

– Sun Life Malaysia Assurance – 49% Dimiliki oleh Avicennia Capital

– Sun Life Malaysia Takaful – 49% Dimiliki oleh Avicennia Capital

– Abicadem Sigorta – 100% Dimiliki oleh Avicennia Capital

– ACR Capital Holdings – 24%

– Jadwa Investment – 10.3%

– Bank Muamalat – 30%

– ValueCAP – 33.3%

– Fajr Capital – 19.1%

– WeLab – 11.5%

– *BDO Unibank Inc – 3.9%

* Syarikat Public-Listed

Sumber: The Khazanah Report 2017

Mengenai BDO Unibank Inc

Sumber: The Philippine Stock Exchange

Carta Harga Saham BDO Unibank Inc

Sumber: The Philippine Stock Exchange

Kalau dilihat pada pergerakan carta bagi tempoh setahun, nampak seperti downtrend.

Harga Saham BDO Unibank Inc Bagi 30 Hari Kebelakangan

Sumber: The Philippine Stock Exchange

Kalau ianya dijual pada harga 133 peso, maknanya ianya dibuat pada harga diskaun. Untung pembeli dapat harga lelong.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend