PM Umum Berita Baik Untuk Pelabur Saham di Bursa Malaysia

Berita baik untuk pelabur-pelabur saham dan bakal-bakal pelabur saham di Bursa Malaysia!

Baru-baru ini Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada acara World Capital Market Symposium 2018 (WCMS 2018) yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur; telah hadir untuk memberikan Ucaptama (keynote address).

Sumber: WorldCapitalMarketsSymposium.org

Perhimpunan para ilmuan dan cendekiawan dunia pasaran modal ini turut membariskan:

  • Jin Liqun, Presiden & Pengerusi, Asian Infrastructure Investment Bank
  • Sir David Tweedie, Pengerusi, International Valuation Standards Council dan Bekas Pengerusi, International Accounting Standards Board
  • Douglas Flint, Bekas Pengerusi Kumpulan, HSBC
  • Dato’ Sri Nazir Razak, Pengerusi, CIMB Group
  • Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Amanie Group

Dan berikut merupakan sebahagian daripada teks ucapan Perdana Menteri kita yang menyentuh perihal pelabur saham di Malaysia:

Sumber: NajibRazak.com

Nampak panjang bukan? Tapi yang penting yang perlu kita ambil kira sebagai pelabur runcit adalah:

1. Duti Setem Untuk Syarikat-Syarikat Small Cap Dan Mid Cap Dikecualikan Selama 3 Tahun Bermula Mac 2018

Jimat sedikit daripada segi kos untuk jual beli saham di maka market capitalization berada di bawah RM1 bilion

2. Syarat-Syarat Margin Financing Akan Dilonggarkan

Tetapi kita sebagai pelabur Islam yang melabur dalam syarikat patuh Syariah dan yang mempunyai akaun CDS Islamik disarankan guna duit sendiri untuk melabur. Takut jatuh haram pula pelaburan kita

3. Intraday Short Selling Akan Dibenarkan

Kalau ikut definisi, kita jual beli saham atas angin (pinjam daripada broker) dan samada saham itu naik atau turun pada hari yang kita beli tersebut – kita wajib menjualnya semula kepada broker. Macam tak patuh Syariah, tapi kita tunggu keputusan daripada Majlis Penasihat Syariah berkenaan hal ini.

4. Kategori Pelabur Baru Yang Dikenali Sebagai ‘Trading Specialists’ Akan Diperkenalkan

Kurang pasti apakah yang dimaksudkan dengan Trading Specialist ini, kalau ada nanti kami update.

5. Program Insentif Berdasarkan Volume Akan Diperkenalkan

Rasanya program ini akan menggalakkan kita membeli saham dalam volume yang lebih tinggi. Mungkin dapat rebat atau diskaun sebab kita beli secara pukal, barangkali konsep sama seperti kita beli air sekarton lebih murah daripada kita beli air sebotol

6. Pelabur Baru Akan Dikecualikan Daripada Bayaran Trading Dan Clearing Selama 6 Bulan

Buat pelabur baru, anda dapat jimat sedikit daripada segi kos jual beli saham. Tapi adakah pelabur baru mengikut MyKad yang berdaftar dengan Bursa Malaysia atau pelabur yang baru buat akaun CDS yang baru? Sama-sama kita tunggu garis panduan tersebut.

7. Pelabur Global Kini Lebih Mudah Beli Saham Di Singapura

Berita ini baik buat pelabur-pelabur yang baru nak berjinak-jinak dengan saham global, mulakan dulu dengan trading di Bursa Singapura yang dikenali sebagai Singapore Exchange (SGX).

Mula Melabur Hari Ini

Dengan pengumuman terbaru ini, semuanya pasti menggembirakan pelabur-pelabur di Bursa Malaysia. Dapat jimat sedikit daripada segi kos jual beli saham dan lepas ni beli saham secara pukal pun dapat diskaun.

Dalam keadaan pasaran yang tengah downtrend, sudah pasti berita baik ini dapat menceriakan kembali suasana dan mengembalikan keyakinan pelabur.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend