Kisah Lelaki Yang Menandingi Kekayaan Bill Gates

Bill Gates, siapa yang tidak mengenali public figure tersohor ini. Ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan beliau lebih kurang $103.7 bilion. Beliau juga merupakan di antara manusia terkaya dunia, seorang usahawan terkenal yang berkait rapat dengan revolusi komputer. Beliau sering dikritik kerana taktik perniagaannya, yang dianggap anti-competitive (anti-persaingan).

Sejak dari tahun 1987, Bill Gates telah tersenarai ke dalam senarai individu terkaya dunia Forbes, dan Forbes juga boleh ditakrifkan sebagai indeks pengukur kekayaan seseorang.

Siapakah Individu Yang Mampu Menyaingi Kekayaan Bill Gates?

Pada suatu hari, seseorang telah bertanyakan kepada beliau mengenai ‘siapakah individu yang mampu mengalahkan kekayaan yang dimilikinya?’ Bill Gates dengan bersahaja berkata, beliau memang pernah mengenali seseorang yang mampu mengalahkan aset kekayaan yang dimilikinya, dan individu tersebut beliau kenali sebelum mencapai status jutawan.

Menurut Bill Gates, ketika beliau masih belum kaya dan terkenal; beliau berada di lapangan terbang New York dan teringin untuk membaca suratkhabar. Beliau melihat seorang peniaga sedang menjual suratkhabar, namun Bill Gates tidak mempunyai tukaran wang kecil untuk digunakan membelinya dan demikian juga dengan peniaga tersebut.

Walaubagaimanapun beliau mengutarakan pendapat kepada peniaga kecil itu, agar dia meminjam sebentar suratkhabar tersebut dan berjanji akan memulangkannya apabila habis membacanya. Lalu peniaga tersebut memberi jawapan yang tidak pernah beliau fikirkan, peniaga tersebut telah memberinya secara percuma.

Perkara Yang Sama Berulang

Secara kebetulan selepas 2 ke 3 bulan berikutnya, Bill Gates berada di lapangan terbang yang sama dan melalui situasi yang sama. Beliau ingin membeli surat khabar, namun dia dan peniaga tersebut tidak mempunyai tukaran wang kecil.

Kemudiannya peniaga tersebut menawarkan suratkhabar tersebut secara percuma seperti sebelum ini. Namun begitu, pada kali ini Bill Gates terpaksa menolak, dengan alasan beliau tidak dapat menerimanya; kerana sudah 2 kali beliau ditawarkan suratkahbar secara percuma.

Walaubagaimanapun, peniaga tersebut dengan rendah hati mengatakan, beliau berbesar hati memberinya secara percuma, kerana sekeping suratkhabar tersebut tidak akan membuat beliau miskin; dan ianya terkandung dalam hasil keuntungan peniaga tersebut pada hari itu. Bill Gates dengan senang hati menerimanya.

Nak Jumpa Peniaga Tersebut Semula

Selepas peristiwa tersebut berlalu selama 19 tahun, Bill Gates yang dahulu kini sudah berubah. Beliau mula dikenali seluruh dunia dan hasil kekayaan beliau sangat melimpah-ruah. Lalu nostalgia mengenai perkara tersebut terlintas semula di fikiran beliau.

Dengan pantas Bill Gates mengumpul maklumat selama sebulan lebih untuk mencari semula peniaga tersebut, lalu menjemputnya untuk menjadi tetamu istimewa beliau. Ketika bertemu semula dengan peniaga tersebut Bill Gates menanyakan soalan ‘Adakah kamu mengenali saya?’. Peniaga tersebut menjawab, ‘Ya kamu adalah Bill Gates, bilionaire terkenal’.

Lalu Bill Gates bertanya semula ‘Adakah kamu ingat, kamu pernah berikan saya suratkhabar percuma?’ Peniaga tersebut menjawab ‘Ya saya ingat, sebanyak dua kali saya telah berikan’.

Disebabkan hati budiman peniaga tersebut, Bill Gates ingin menghargainya dengan menawarkan peniaga tersebut peluang membuat apa saja permintaan dalam kehidupannya; dan Bill Gates akan berjanji akan menunaikannya. Tahukah anda apa yang berlaku selepas itu?

Sungguh Terharu Dengan Seorang Peniaga Kecil

Peniaga tersebut menjawab dengan kata-kata yang tidak pernah beliau bayangkan, ‘Bagaimana saya mampu menerima pelawaan anda, sedangkan saya hanya beri suratkhabar tersebut ketika saya dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa, kemudian anda berjanji menunaikan permintaan impian saya, sepanjang hayat yang jauh lebih bernilai daripada sekeping suratkhabar ?’

Disebabkan kata-kata inilah beliau baru sedar bahawa, peniaga tersebut jauh lebih kaya berbanding dengan semua yang beliau miliki, kerana peniaga tersebut memberi sesuatu dalam keadaan dia sendiri tidak mempunyai apa-apa. Sedangkan beliau sendiri, cuba memberi sesuatu apabila dia sudah menjadi seorang yang kaya-raya.

Pengajaran daripada kisah ini, seseorang tidak perlukan kekayaan untuk membantu orang lain. Selagi kita ikhlas dan mampu untuk membantu orang yang memerlukan, itu adalah lebih besar nilainya berbanding nilai kekayaan.

Kami yakin, rakyat Malaysia masih ramai yang berhati budiman seperti peniaga ini. Semoga ianya mampu membantu kita untuk lebih berinspirasi dan berhati budiman untuk membantu lebih ramai orang di masa akan datang.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend