“Bro, kasi tips sikit nak beli saham apa?” Soalan ini buat saya fed up!

Soalan paling ramai tanya; Saham apa nak beli? Saham apa nak beli? Saham apa nak beli?

“Sifuuuu, ada lebih 676 saham patuh syariah dalam Bursa Malaysia tu..nak beli saham mana ni?”

Soalan ini memang sentiasa buat saya fed up!

Bayangkan kita nak beli sebuah smartphone baru. Apa yang kita buat?

  1. Cari model yang kita suka.
  2. Tanya kawan-kawan yang pakai model sama.
  3. Baca pelbagai reviu tentang smartphone tersebut.
  4. Kadang-kadang siap buat solat istikharah dulu.
  5. Bila nak beli, belek smartphone tu lama-lama sampai puas hati.
  6. Bila nak beli, tanya macam-macam soalan dekat salesman.
  7. Bila betul-betul puas hati baru beli.

Proses ini yang biasa kita buat. Jarang kita jumpa orang yang nampak smartphone dia suka, terus beli time-time tu juga.

Tetapi bila nak beli saham….Sesedap rasa masuk dalam group WhatsApp tanya saham mana yang ‘hot’ atau yang nak naik. Dapat tips, terus login trading platform > tekan butang “buy”.

Amboi amboi amboi…

Ramai suka cari jalan mudah tanya saham apa nak dibeli. Sampai bila nak jadi pak turut?

Penyakit meminta-minta saham apa yang nak dibeli dari orang lain ini bahaya. Selepas minta tips saham apa nak beli, mereka akan minta pula tips bila nak jual saham tu.

Amboi amboi amboi…

Dan ia tidak akan berakhir di situ…..

Mereka yang ada penyakit ini biasanya ingat melabur saham ni syaratnya perlu ada Akaun CDS saja. Siap saja akaun boleh terus terjun beli.

Penyakit sebegini ubatnya adalah kena pergi berguru. Kena belajar dulu selok belok dunia pelaburan saham. Kena belajar strategi nak kenal saham apa boleh dibeli (fundamental analysis), tahu bila nak beli dan bila nak jual (technical analysis).

Melabur saham bukan melibatkan jual beli saham saja. Melabur saham bermaksud kita meletakkan duit di dalam syarikat yang kita yakin mempunyai masa depan yang cerah. Kita beli saham syarikat itu sebab kita FAHAM, bukannya sebab ada sifu saham suap “BUY CALL” suruh beli saham yang mana.

FAHAM?

Komen

komen