Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja

Akaun CDS hong-leong

Apa Itu Akaun CDS

Akaun CDS adalah akaun yang dibuka dengan Bursa Malaysia dan merupakan tempat ‘menyimpan’ saham-saham yang dibeli.

Dulu, apabila beli saham, pelabur akan diberi sijil yang mengandungi maklumat berkaitan saham-saham yang dibeli. Sekarang, sijil seperti itu tidak wujud lagi, sebaliknya semua maklumat disimpan secara elektronik menerusi akaun CDS.

Akaun CDS boleh dibuka oleh individu berumur 18 tahun ke atas dan juga oleh syarikat, persatuan, pemegang amanah dan badan berkanun.

Tahukah anda hanya RM10.60 (termasuk GST) RM10 diperlukan untuk buka akaun saham (CDS)? Jauh lebih murah berbanding nak buka akaun simpanan di bank.

Ada juga syarikat Broker yang menyediakan pembukaan akaun secara PERCUMA.

Betul ke? Ya, betul.

Langkah pertama untuk melibatkan diri dalam pelaburan saham adalah dengan membuka akaun CDS dengan 12 Broker Patuh Syariah yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Broker yang menawarkan perkhidmatan “Islamic Window” merupakan sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Konvensional yang menjalankan aktiviti pelaburan patuh Syariah manakala “Full-fledged” broker adalah sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Islam yang menawarkan perkhidmatan patuh Syariah sepenuhnya.

Kedua-dua “Islamic Window” & “Full-fledged” masih menunjukkan semua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Cuma kalau nak beli saham syarikat tak patuh syariah adalah tidak dibenarkan.

“Boleh tak saya buka lebih dari satu akaun CDS?”
Bukalah sebanyak mana akaun CDS yang kita mahu dari broker-broker yang berlainan.

12 Broker Patuh Syariah

Berikut adalah senarai broker yang menawarkan perkhidmatan “Islamic window” dan “full-fledged”.

1. Affin-Hwang Investment Bank (window)
2. AmInvestment Bank (window)
3. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
4. CIMB Investment Bank (window)
5. Hong Leong Investment Bank (window)
6. Jupiter Securities Sdn Bhd (window)
7. Kenanga Investment Bank (window)
8. Malacca Securities Sdn Bhd (window)
9. Maybank Investment Bank (window)
10. RHB Investment Bank (window)
11. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window) – *Jun 2017
12. Public Investment Bank Bhd  (window) – *Julai 2017

Broker mana yang bagus? Entah, kami pun tak pernah cuba semua.

Nak pilih yang mana satu? Senang saja. Anda pilih la yang:

a. Caj komisyennya rendah
b. Mudah bagi anda menguruskan keluar masuk wang anda
c. Trading Platform yang anda selesa

Dah sedia untuk buka akaun CDS?

Investment Bank dan Broker boleh ditemui hampir di semua negeri kecuali Perlis. Nak mudah walk in terus ke cawangan-cawangan yang berhampiran. Hanya perlu bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank. (Kebanyakan broker tak minta penyata gaji)

Senarai lokasi Broker ada di laman web Bursa Malaysia.

Apabila permohonan buka akaun dah lulus, pihak broker akan menghantar emel pengaktifan akaun yang mengandungi link untuk reset password sebelum boleh log masuk ke Trading Akaun (Trading Platform). Semua transaksi yang berlaku serta duit yang kita masukkan atau deposit akan disimpan dalam akaun ini. Segala untung rugi juga akan direkodkan dalam akaun ini.

Sebagai contoh, ini merupakan printscreen emel yang dihantar oleh Hong Leong Bank Investment.

 

Jika akaun CDS kita tidak aktif untuk tempoh lebih dari 3 tahun, akaun itu akan menjadi dormant & perlu diaktifkan semula.

Baca juga –> Perbezaan Akaun Direct dan Nominee

Jom Buka Akaun CDS

Nak perincian yang lebih, sila rujuk:

Nak buka akaun CDS dengan M+ secara percuma? Sila layari FB iSaham dan hadir seminar yang mereka anjurkan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend