4 jenis kos yang terlibat semasa jual beli saham

Kos Jual Beli Saham

“Kalau kita jual beli saham dekat Bursa tu takde hidden cost ke?”

“Bukanlah hidden cost tetapi memang ada kos-kos lain, sama macam beli rumah”

Seperti membeli rumah, terdapat beberapa kos lain yang terlibat bagi melengkapkan transaksi jual beli saham.

Ramai pelabur yang dah lama dalam pasaran saham pun masih tak tahu kos jual beli saham ni.

Kos-kos lain yang terlibat adalah :

  1. Brokerage Fee
  2. Clearing Fee
  3. SST
  4. Duti Setem.

*Caj SST 2.0 sebanyak 6% akan dikenakan di atas  kos brokerage dan clearing fee

Cuba fahamkan contoh ini:

Anda dah pun tahu yang syarat wajib ketika membeli saham sesuatu syarikat, MINIMA yang perlu dibeli hanyalah 1 lot, bersamaan dengan 100 unit.

Sebagai contoh jika harga saham tersebut berharga RM 0.80 sesaham, maka 100 unit bersamaan dengan RM 80 (RM 0.80 x 100).

Jadi katakan nak beli 1,000 unit, maka RM 0.80 x 100 unit x 10 unit = RM 800

Kos-kos lain pula………

2) Brokerage fee – bayaran kepada broker (berbeza-beza mengikut Broker):

0.42% (Minimum RM 12. Contoh 0.42% adalah contoh fee RHB Investment Bank)

RM 800 x 0.0042 = RM 3.36
…..tetapi RM3.36 tidak melepasi caj minimum RM 12, maka fee yang dikenakan adalah RM 12
(Min caj bergantung kpd Broker)

GST (6%) bagi brokerage fee:
0.06 × RM 3.36 = RM 0.20

Jumlah brokerage fee = RM 12.20

Ada 10 syarikat broker saham yang berbeza, jom tengok Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia.

3) Clearing fee – bayaran kepada Bursa Malaysia:

0.03% (Maksimum RM 200)

RM 800 x 0.0003 = RM 0.24

GST (6%) bagi clearing fee:
0.06 × RM 0.24 = RM 0.01

Jumlah clearing fee = RM 0.25

4) Duti setem:

Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi jual beli saham untuk dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Suratcara pindahmilik saham). RM 1 akan dikenakan bagi setiap transaksi bernilai RM1,000. (Maksimum RM 200)

Bagi contoh ini, caj duti setem yang dikenakan adalah RM 1

5) Jumlah bayaran sebenar yang perlu dibuat:

RM 800 + RM 12.20 + RM 0.25 + RM 1 = RM 813.45

Semasa nak jual saham itu nanti kos-kos yang sama akan dikenakan.

Jangan risau, tidak perlu pening.

Anda tak perlu kira secara manual, semua sistem akan tolong kirakan. Jual beli saham sekarang semuanya online menggunakan trading platform, tidak seperti dulu.

Jom Buka Akaun CDS

Kami ada berkongsi cara-cara untuk buka akaun CDS. Sila baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Nak perincian yang lebih, sila rujuk:

Nak buka akaun CDS dengan CGS-CIMB secara online secara PERCUMA?
Boleh klik > bit.ly/BukaCDS-CGSCIMB dan masukkan kod Remisier: PR1M288

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA