Ikut 5 Langkah Ini Untuk Berjaya Dalam Pelaburan Saham

jenis-jenis pelabur saham

Pelaburan saham ini tidah mudah dan tidak juga sesukar mana. Yang penting anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Jika tidak, semakin tinggilah risiko untuk anda mengalami kerugian.

Antara langkah-langkah untuk berjaya dalam pelaburan saham seperti berikut.

1. Cari Seorang Guru/Mentor

Belajar saham. Trading plan

Sebelum mula melabur wang dalam saham, anda perlu melabur dalam mendapatkan ilmu terlebih dahulu. Ilmu pembelajaran saham sekarang banyak dan mudah diperolehi lagi-lagi zaman internet, semuanya dihujung jari. Boleh juga belajar melalui buku-buku pelaburan yang ada di pasaran.

Walau bagaimanpun, jika anda belajar sendiri atas panduan Mr Google ia merupakan pembelajaran satu hala, akan mengambil masa dan tidak ada sesiapa yang boleh menegur jika anda melakukan kesilapan. Jadi yang terbaik ialah dengan berguru dengan orang yang sememangnya pakar dalam selok belok pelaburan saham.

Kelebihan apabila anda mempunyai guru ialah anda dapat belajar melalui pengalaman mereka. Mereka sudah ada formula khusus dan jalan pintas untuk berjaya.  Ini dapat menjimatkan masa dan mengelakkan wang anda dari rugi besar.

Jemput baca 9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham dan Awas Kelas Atau Seminar Saham Yang Tidak Bertauliah.

2. Jangan Dengar Cakap Orang Melainkan Guru Anda Sahaja

Lain guru pasti lain caranya. Dalam pelaburan saham sendiri ada pelbagai teknik menjana keuntungan melalui scalpel, swing atau long term. Sebaik-baiknya berguru dengan seorang sahaja dalam satu-satu masa supaya anda dapat fokus dan menyesuaikan diri dengan cara mereka.

Ambil masa untuk mengenali sifu atau mentor dalam pelaburan saham sebelum anda membuat keputusan untuk berguru dengan mereka. Jika perlukan panduan untuk memilih cikgu yang sesuai, kami ada sediakan artikel khas untuk anda. Setelah itu, hormati dan patuh pada arahan mereka.

3. Keluar Semua Group Saham

Anda disarankan untuk keluar daripada semua group saham agar dapat fokus kepada pengajaran guru saham anda sahaja. Group saham di sini termasuklah group saham buy call.

Kesilapan newbie ialah mereka tidak tetap pendirian dan mudah terikut-ikut dengan orang lain. Mereka lebih suka untuk masuk mana-mana group saham yang memberikan cadangan kaunter kerana malas nak buat kajian dan nak untung cepat.

Walaupun terdapat banyak group buy call yang ada, anda tidak sepatutnya membuta tuli membeli saham yang dicadangkan tanpa memnuat sebarang kajian terlebih dahulu. Ini kerana kita tidak dapat memastikan tujuan penubuhan group buy call, cara yang mereka gunakan untuk memilih kaunter dan pada harga berapa mereka membeli kaunter.

Kemungkinan besar group yang ada ini adalah sindiket yang telah membeli lebih awal pada harga yang rendah.

4. Buat Kajian Sendiri, Jangan Harapkan Orang Lain Untuk Buatkan

Mungkin anda rasa teruja apabila melihat screenshot untung dari kawan-kawan yang melabur atau berdagang saham di Facebook. Lagi terbakar apabila mereka up status berjaya mendapat pulangan 4 angka dalam masa sehari sahaja. Jadi anda ingat membuat keuntungan ini mesti mudah.

Dan kerana itu ramai orang melingkup.

Sebenarnya tiada jalan pintas dalam pasaran saham. Jika anda memilih objektif sebagai pelabur short term/mid term maka anda perlu banyak belajar dan rajin membuat kajian kerana cabaran terbesar adalah untuk membuat keuntungan secara konsisten.  Walaupun anda mempunyai guru saham atau remisier untuk membantu, tetapi mereka tidak akan memanjakan anda dengan menyuap semuanya dari A-Z.

Buat sendiri Technical Analysis dengan menggunakan trading software. Boleh baca lanjut mengenainya di Bursa Station vs ShareInvestor Station – Yang Mana Satu Untuk Saya?

5. Follow 1 Guru Selama 2 Tahun, Jika Masih Gagal Baru Cari Guru Lain

Bagi para newbies, anda masih belum betul-betul mahir dalam memahami lenggok pelaburan. Jadi adalah lebih baik dan mudah untuk anda mengikuti seorang mentor pelaburan dalam satu-satu masa. Ini kerana setiap mentor pelaburan semestinya mempunyai cara yang berbeza.

Masalah yang sering terjadi apabila sering melompat kelas pelaburan dan bertukar-tukar guru akhirnya pelabur sendiri berasa keliru dengan ilmu yang telah dipelajari dan tidak tahu untuk mempraktikkan ilmu yang mana. Jadi tetapkan dengan siapa anda ingin belajar dan ikut mereka sehingga berjaya.

Tak tahu nak follow siapa? Mulakan dengan follow mereka dalam Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA