Lesen Seorang Dealer Ditarik Balik SC Dan Dikenakan Denda

Kami mendapat maklumat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, bahawa lesen seorang dealer telah ditarik balik oleh SC dan dikenakan denda.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Dealer yang dimaksudkan adalah Tuan Shaiful Nazren bin Kassim yang berkhidmat dengan AmInvestment Bank Berhad.

Perincian kesalahan yang dilakukan beliau adalah seperti berikut:

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

4 Kesalahan Utama Yang Dilakukan

1. Menjalankan aktiviti jual beli bagi tiga (3) klien beliau tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan syarikat beliau

2. Menjalankan aktiviti jual beli yang kerap bagi beberapa orang klien yang mendatangkan keuntungan kepada beliau dalam bentuk brokerage, tetapi telah menyebabkan klien rugi sepanjang tempoh empat tahun

3. Gagal menunaikan permintaan klien, termasuklah arahan untuk mengeluarkan duit daripada akaun, serta persoalan tentang status akaun dan baki akaun

4. Gagal menjalankan tanggungjawab dengan teliti bersama-sama AAM Academy dan Akademi Saham Malaysia, dalam menyebarkan bahan pemasaran yang mengandungi maklumat bahawa pelaburan dalam saham adalah dilindungi modalnya dan dijamin keuntungannya

Siapa Shaiful Nazren?

Sedikit maklumat mengenai beliau:

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Dah lama beliau terlibat dalam dunia saham, sejak tahun 2000 lagi. Beliau turut mengadakan seminar saham percuma.

Nak Belajar Saham, Pastikan Daripada Sumber Yang Betul

Di antara kriteria penting yang harus dilihat daripada cikgu yang mengajar seminar atau kelas saham tersebut ialah:

  1. Ada tak guru tersebut mempunyai lesen Capital Markets Services Representative’s Licence (CMSRL) yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission/SC) Malaysia?
  2. Ada tak beliau menjadi mana-mana ahli persatuan seperti Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) dan CMT Association?
  3. Adakah guru saham tersebut ada sijil yang diiktiraf seperti Certified Financial Technician (CFTe) atau Certified Market Technician (CMT)?
  4. Adakah beliau merupakan seorang remisier, bonus kalau beliau ahli persatuan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)?
  5. Adakah seminar mereka diiktiraf atau disokong oleh badan berautoriti seperti BursaMKTPLC @ Bursa Malaysia?
  6. Ada tak guru tersebut mempunyai kelulusan berkaitan kewangan daripada institusi pengajian tinggi?

Kalau kita pergi ke kelas saham mereka yang berdaftar ni, rasa lebih selamat dan ilmu yang disampaikan adalah daripada sumber yang betul. Sebab itulah kita kena lebih berhati-hati dan Awas Kelas Atau Seminar Saham Yang Tidak Bertauliah.

Kalau tak sempat nak pergi seminar, Jom Belajar Saham Online Dengan Video-Video Termantap.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend