Macam mana nak melabur Saham tanpa modal?

melabur tanpa modal

Betul ke kita boleh beli saham tanpa modal? Kalau ya, bagaimana caranya?

Sebenarnya, melabur atau membeli saham tanpa modal ni hanya betul separuh je. Kita masih perlukan modal, tetapi kita boleh dapatkan fasiliti margin atau pun hutang berdasarkan modal yang kita ada tadi. Bahasa lainnya kita boleh membeli saham syarikat dengan menggunakan wang yang dipinjam dari syarikat broker.

Pening ke pening? Jom kita tengok contoh di bawah :

Ahmad depositkan wang berjumlah RM1,000 ke dalam akaun CDS beliau. Kalau diikutkan, Ahmad hanya boleh membeli saham bernilai RM1,000 je kan?

Tapi dengan adanya fasiliti margin ini, ia membolehkan Ahmad membeli saham sehingga RM3,000 jumlahnya. Ini disebabkan oleh syarikat broker memberikan margin sebanyak 2X (2 kali ganda) kepada Ahmad.

RM1,000 (deposit) + RM2,000 (margin) = RM3,000 jumlah

Maka sedikit sebanyak dapatlah Ahmad menambah lagi portfolio beliau dan menambahkan modal yang dimiliki Ahmad bagi tujuan membeli saham.

Maka kalau Ahmad depositkan RM10,000 ke dalam akaun CDS, syarikat broker boleh beri margin RM20,000; maka Ahmad boleh beli saham sehingga nilainya RM30,000

RM10,000 (deposit) + RM20,000 (margin) = RM30,000 jumlah

Peratusan margin atau berapa tinggi margin yang boleh diberikan, adalah bergantung kepada syarikat broker itu sendiri.

Tapi jangan ingat margin ni boleh pakai sesuka hati tanpa risiko pula ya. Sebab apabila kita terlibat dengan margin, suka atau tidak – selepas 3 hari anda menggunakan margin tersebut, anda perlu bayar semula.

T + 3 = Tarikh Transaksi

Kalau dalam istilah pelaburan saham, kita gunakan T + 3 ini.

Katakan Ahmad depositkan RM1,000 ke dalam akaun CDS beliau, dan kini beliau ada RM3,000 untuk membeli saham. Ahmad beli saham ABC pada hari Isnin dengan jumlah RM3,000, maka T = Isnin.

T + 3 = Khamis, iaitu pada hari Khamis Ahmad perlu menyelesaikan margin tersebut.

Kalau saham ABC naik 10% dalam tempoh 3 hari, maka Ahmad menjualnya dan memperolehi RM3,300. Maka Ahmad melangsaikan margin, di samping memperolehi keuntungan sebanyak RM300, iaitu 30% daripada modal sebenar Ahmad iaitu RM1,000.

Kalau Saham Naik, Cantiklah; Tapi Kalau Harga Saham Jatuh?

Situasi sama, Ahmad depositkan RM1,000 ke dalam akaun CDS beliau, dan kini beliau ada RM3,000 untuk membeli saham. Ahmad beli Saham XYZ pada hari Isnin dengan jumlah RM3,000, maka T = Isnin.

3 hari kemudian, harga saham XYZ jatuh sebanyak 10%, maka Ahmad pun terpaksa menjualnya dan mendapat RM2,700. Setelah menolak margin sebanyak RM2,000, kini Ahmad ada RM700, dan Ahmad telah rugi sebanyak 30% daripada modal sebenarnya RM1,000, walaupun saham hanya jatuh 10%.

Melabur Saham Tanpa Modal Dengan Fasiliti Margin Ni Bagus Ke Tak?

Yang bagusnya, kalau saham yang anda beli naik; anda boleh jual dan bayar balik margin yang anda gunakan; di samping mengaut keuntungan.

Ops..Nanti, fahamkan ini dulu:

Bahasa mudah konsep membeli saham tanpa modal ini dipanggil “margin trading”. Faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku, hukum menggunakan kaedah ini adalah sah-sah haram disebabkan pinjaman Riba. Jika nak juga ‘berhutang’ pastikan anda menggunakan fasiliti yang patuh syariah seperti yang disediakan oleh BIMB Securities. Apa pun, adalah lebih baik melabur menggunakan duit yang kita ada sahaja. Wallahualam.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend