Malaysia Mungkin ‘Hilang’ RM33 Bilion Akibat Terkeluar Daripada Indeks Bon Global

Sudah jatuh ditimpa tangga…

Tak cukup dengan berita Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini, kini Malaysia bakal kehilangan lagi RM33 bilion menurut Maybank Kim Eng. Kenapa?

Bon Malaysia Bakal Keluar Daripada World Government Bond Index (WGBI)

Jika FTSE Russell menggugurkan bon Malaysia daripada World Government Bond Index (WGBI), maka akan berlaku pengeluaran besar-besaran sebanyak $4 bilion USD dalam dana pasif dan tambahan $2-$4 bilion USD dalam dana aktif.

“Ini bermakna risiko pengeluaran dana sebanyak $6-$8 bilion USD, atau RM24-RM33 bilion berdasarkan jangkaan kami,” kata penganalisa Maybank Winson Phoon dan Se Tho Mun Yi.

Keputusan terakhir akan dibuat pada penilaian tahunan yang bakal berlangsung pada September 2019 nanti.

Jika FTSE Russell memutuskan untuk mengeluarkan Malaysia daripada WGBI, jualan dana asing akan tertumpu kepada MGS (Malaysian Government Securities), kerana indeks sekarang tidak termasuk GII (Government Investment Issue).

Namun, penganalisa berpendapatan bahawa risiko bon Malaysia dikeluarkan daripada WGBI dapat diselamatkan, sekiranya berlaku perubahan dasar kerajaan Malaysia bagi memperbaiki tahap aksesibiliti pasaran.

Pada hari Isnin yang lalu, FTSE Russell telah meletakkan Malaysia dalam WGBI di bawah penilaian, berikutan penurunan taraf yang berlaku daripada tahap 2 kepada tahap 1.

Sumber: The Edge Markets

FBMKLCI Mencatatkan Paras Terendah 52-Minggu

Baru semalam FBMKLCI ditutup pada paras 1620.90 mata, paras terendah bagi tempoh setahun yang lalu. Adakah paras sokongan atau support telah bocor, dan indeks akan lebih turun lepas ni?

Sumber: Trading View

Tapi kalau betul Malaysia terkeluar daripada WGBI, maka pasaran saham Malaysia akan turut terkesan sama.

Sama-sama kita nantikan dan doakan yang terbaik untuk negara.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend