Mari Berkenalan Dengan MR DIY Yang Katanya Nak IPO Tahun Ini Bagi Mengumpul RM2.1 Bilion

Bila sebut saja nama MR. D.I.Y ni, mesti semua orang pernah beli barangan daripada kedai mereka kan? Kalau tak pernah beli tu, mesti pernah nampak atau dengar akan nama MR DIY ni punyalah.

Dan menurut kepada berita yang disiarkan Bloomberg yang bertarikh 3 Januari 2019, MR DIY ini sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia bagi mengumpul dana sebanyak $500 juta US Dolar atau bersamaan dengan RM2.1 bilion.

Sekali Imbas MR DIY

Sumber: Laman Web MR DIY

Wow, sedar tak sedar MR DIY kini mempunyai 415 buah kedai di seluruh Malaysia. Mereka menawarkan lebih daripada 20,000 produk berlainan dengan harga yang sangat berpatutan.

Bukan itu sahaja, MR DIY juga mempunyai kedai di serata Asia Tenggara. Di Thailand mereka ada 100 buah kedai, Indonesia pula ada 31 buah kedai. Itu tak termasuk kedai-kedai di Brunei, Singapura dan Filipina.

Asal-Usul MR DIY

Mesti ramai yang tak tahu sejarah MR DIY ni. Kedai pertama mereka dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Julai 2005. Tak tahulah masih wujud atau tidak kedai ini, macam tak pernah nampak je.

Kalau tengok dalam gambar di atas, memang dahulunya MR DIY banyak jual perkakas hardware – tak sama macam sekarang.

Siapa Di Sebalik MR DIY Ni?

MR. D.I.Y. Trading Sdn Bhd

Lot 1851-A & 1851-B, Jalan KPB 6, Kawasan Perindustrian Balakong
43300 Seri Kembangan, Selangor D.E, Malaysia.\
Careline : +603-8961 1338
(8.30 am – 5.30 pm, Isnin – Jumaat)

Tak banyak maklumat yang ada berkenaan MR DIY yang boleh diperolehi di Internet. Apa yang kami dapat tahu ialah Pengarah Urusan mereka bernama Y Y Tan. Dan syarikat MR DIY ini mendapat suntikan dana daripada firma ekuiti persendirian iaitu Creador.

Pengarah Urusan MR DIY, Encik Y Y Tan dengan CEO Creador, Encik Brahmal Vasudevan

Kredit Gambar: NST

Siapa Pula Creador?

 

Sumber: Laman Web Creador

Creador merupakan sebuah firma ekuiti persendirian yang banyak melabur ke dalam syarikat-syarikat berpotensi di Asia.

Ia juga mempunyai pejabat di India, Indonesia dan Mauritius.

Creador Banyak Melabur Dalam Syarikat Malaysia

Sumber: Wikipedia

Creador juga melabur ke dalam Old Town White Coffee, Bonia, GHL Systems, CTOS Data System, ASIAMET Education Group dan 7-Eleven.

Ambil Peluang Beli IPO

Katanya MR DIY merancang untuk mengadakan IPO dalam tahun 2019 ini juga. Sama-sama kita nantikan.

Rebut peluang keemasan untuk beli IPO syarikat yang baru nak disenaraikan, boleh rujuk Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend