Melabur Dalam Saham Maybank Bakal Jadi Halal?

Entiti Bernilai RM20 Bilion Yang Patuh Syariah

Permodalan Nasional Bhd (PNB) memiliki pegangan sebanyak 48 peratus dalam Maybank, kumpulan bank terbesar di Malaysia yang menjadi bank ke-4 terbesar di ASEAN berdasarkan jumlah aset dan bank Islam ke-5 terbesar di dunia.

PNB bercadang untuk membolehkan Maybank menetapkan 20 peratus sahamnya menjadi patuh syariah (Islam) atau i-saham menerusi mekanisme berdasarkan perlindungan.

Tiga Kali Ganda Saiz Bank Islam

Kalau ianya menjadi kenyataan, saiz entiti tersebut akan menjadi tiga kali ganda BIMB Holdings Berhad (Bank Islam) yang merupakan perbankan Islam yang terbesar di Bursa Malaysia.

Bakal Peneraju Pelaburan Patuh Syariah Dalam Sektor Perbankan

Malaysia memang cukup terkenal dengan perbankan Islam, dan jika PNB berjaya ‘memecahkan’ saham induk Maybank, ia akan dikenali sebagai i-saham Maybank.

Kira-kira 25 peratus daripada keuntungan Maybank kini disumbangkan oleh kewangan Islam dan berdasarkan permodalan pasaran bank yang berjumlah RM97 bilion, proses ini akan mewujudkan kelas baharu dalam instrumen pelaburan patuh Syariah.

Kini mereka perlu memikirkan mekanisma bagi ‘memagar’ entiti tersebut daripada unsur riba dan tidak syariah yang lain.

Ini merupakan usaha daripada pengerusi PNB, Tan Sri Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar yang merupakan bekas Presiden & CEO Maybank. Syarikat pengurusan dana itu sedang berbincang dengan beberapa majlis Syariah dan maklum balas yang diterima sangat positif.

Bersama-sama Bangunkan Industri Patuh Syariah Negara

Dengan wujudnya peluang pelaburan patuh syariah yang semakin bertambah di Malaysia, marilah kita sama-sama menikmati pulangannya bersama-sama.

Dah ada peluang sebegini, jangan pula sibuk nak masuk skim cepat kaya atau skim-skim lain yang tak tentu status halal haramnya. Di samping kita untung dengan melabur, ekonomi Islam negara turut berkembang sama.

Sumber berita diambil daripada The Star.

Komen

komen