Ada modal RM100 cukup tak untuk melabur saham?

Berapa Modal Melabur Saham?

“Saya baru saja bekerja 6 bulan, modal tak banyak lagi. Boleh ke saya cuba melabur saham dengan RM100?”

Nak mula melabur di pasaran saham Bursa Malaysia dengan RM 100?.

Memang boleh. Banyak saham patuh syariah yang harganya bawah RM 1, ini bermakna modal permulaan hanyalah RM 100 bagi membeli 1 lot saham syarikat tersebut.

Tapi…lambat la nak kaya.

Jika untung 100% pun, modal tadi baru berkembang jadi RM 200.

Kalau ada modal RM 10,000.
Harga saham naik, dapat untung 30% > dah dapat RM 3 ribu.

Ramai di luar sana tu suka dapat untung cepat serta besar tetapi tidak sanggup keluarkan modal yang besar.

Maaf, melabur dalam pelaburan saham perlu realistik. Kalau ada impian nak menjana kekayaan dalam saham, janganlah kedekut taik idung masin. Mengikut pendapat Pak Teh modal yang sesuai untuk bermula sekurang-kurangnya RM 5,000. Tapi ikut kemampuan. Jangan pinjam duit orang lain sudah!

Pulangan dan keuntungan bergantung kepada modal serta tempoh pegangan anda.

Sebab itu, pentingnya melabur sejak dari usia muda. Janganlah umur dah 40an baru nak mula. Carilah ilmu pelaburan saham terlebih dahulu agar pelaburan anda tidak melebur! Ramai mentor saham di luar sana. Boleh follow ikon Bursa Tuan Hj Mohd Asri di Facebook beliau.

Nah, Pak Teh belanja saham-saham yang bawah RM 1. Bagus tak bagus tu sila kaji sendiri ya.

Saham bawah RM1

Nota kaki : Walau berapa sedikit atau banyak modal yang kita ada, paling penting modal tersebut kita sanggup rugi 100%.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend