Nak Beli Saham Apa?

Soalan popular newbies selalu tanya

Satu soalan yang simple tetapi “susah” nak jawab. Ramai betul tanya soalan ini, terutamanya mereka yang baru buka akaun CDS.

Kalau nak tahu sehingga 22 Mei 2017 terdapat 901 kaunter yang didagangkan di Bursa Malaysia, 676 daripadanya adalah patuh shariah. Fuh, patutlah mereka yang newbie tak tahu nak beli saham apa.

Kalau rajin beli suratkhabar BH boleh belek ruangan Bisnes. Tapi dia senaraikan harga saham untuk semalam la kan. Harga saham yang realtime boleh tengok melalui trading platform masing-masing.

Jadi sebelum bertanya soalan yang sama dekat orang lain, sila berlapang dada dengan penjelasan ini:

#1: – Rambut Sama Hitam Tetapi Objektif Pelaburan Berbeza

Pertama, kita perlu faham bahawa status kewangan serta objektif pelaburan kita pastinya berbeza dengan orang lain.

Individu yang melihat bahawa saham adalah pelaburan jangka panjang akan membeli saham secara berbeza daripada individu yang melihatnya dalam jangka pendek.

Pelabur jangka panjang (investor) perlu memilih saham syarikat yang perniagaannya akan meningkat nilainya dari semasa ke semasa. Sementara itu, pelabur jangka pendek (trader) sangat bergantung kepada kemahiran analisa teknikal untuk memilih saham yang “baik”.

Apa beza investor dengan trader ni? Cuba fahamkan menerusi video dari Tn Hj Mohd Asri ini:

# 2: “Untung Lain-Lain Maaa..”

Jika anda seorang pelabur jangka panjang, anda akan mengukur kejayaan pelaburan anda dengan cara yang berbeza dari seorang pelabur jangka pendek.

Pelabur jangka pendek jarang memegang saham lebih daripada 3 bulan. Mereka mengukur kejayaan mereka berdasarkan perdagangan yang untung. Contohnya, jika ada 10 transaksi yang dibuat, sekurang-kurangnya 7 kena untung. Mereka akan fokus kepada memastikan lebih banyak transaksi yang untung.

Pelabur jangka panjang pula lebih suka peram dan mahu melihat harga saham yang dibeli naik dalam tempoh masa tertentu. Contohnya mereka meletak sasaran meraih pulangan lebih 50% dalam masa setahun.

#3: Saham Sama, Pulangan Berbeza

“Kalau aku kata Tenaga Nasional Bhd adalah saham yang baik untuk dibeli, adakah kau akan beli hari ni?”

“Hmm…Entah”

Sebenarnya walaupun beli saham yang sama, pulangan kita mesti tak sama sebab masa jual kita berbeza. Kalau 10 orang kawan kita beli saham tu pun tak tentu sama pulangannya (baca balik semula point #1). Silap haribulan kawan kita jual untung, kita jual rugi!

Sebab itulah selain bertanya ‘Nak beli saham apa?’, saya percaya kita semua harus bertanya satu lagi soalan iaitu ‘Bila nak beli dan jual saham?’ dahulu sebelum melabur. Ini adalah kerana masa anda masuk dan keluar dari pasaran mempunyai kesan yang besar terhadap pulangan pelaburan kita.

Kesimpulan

Maaflah, posting ini memang tak cakap saham apa patut dibeli sebab tak nak korang jadi pak turut. Individu yang suka minta ‘tips’ saham apa nak beli sebenarnya tidak sesuai melabur saham di Bursa Malaysia sebab tidak mempunyai komitmen untuk membuat research pelaburan sendiri. Individu seperti ini lebih baik melabur dalam unit trust. Sebab unit trust dah ada fund manager yang tolong fikir nak beli saham apa untuk kita.

Boleh baca di sini kalau nak tahu saham macam mana yang bagus untuk dibeli. Selain itu, belajar juga strategi BILA MASA NAK BELI & BILA MASA NAK JUAL.

Cara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Follow Tutorial Ini

Komen

komen