Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety

Kebiasaannya pelabur menggunakan pelbagai pendekatan yang menawarkan keuntungan pada jangka masa yang panjang, namun seringkali terdedah dengan risiko kerugian. Hari ini, jom kita tengok bagaimana pelabur-pelabur tersohor menggunakan konsep margin of safety sebagai satu cara yang bijak.

Menurut kata-kata emas Warren Buffet:

 Jika ada sesuatu yang saya boleh nasihatkan kepada anda, ialah dengan membaca buku The Intelligent Investor daripada Benjamin Graham. Jika anda perlu membaca 1 bab, maka bacalah bab ke-20 buku tersebut

Penggunaan Margin of Safety: 

Dalam bahasa mudahnya, kita mestilah amalkan cara yang paling selamat dan berpotensi tinggi untuk mencipta keuntungan yang tinggi. Contoh yang paling mudah adalah dengan Buy Low, Sell High.

Lihat sejarah kejatuhan harga saham Apple semasa berlakunya tech bubble:

Jika kita perhatikan, sangat mustahil untuk kita melabur jika melihat kejatuhan seperti itu, lagi-lagi jika didorong oleh perasaan seperti “Siapa yang mahu membeli jika saham syarikat akan ke arah bankrap?’’. Namun jika kita perhalusi, membeli ketika harga diskaun juga akan mengurangkan risiko dan memaksimakan keuntungan anda.

Bayangkan jika kita beli ketika itu, selepas beberapa tahun dah mampu memperolehi keuntungan yang berganda.

Lebih-lebih lagi ketika kita amalkan falsafah pelaburan Value Investing, keuntungan yang dijana dan dimaksimakan seperti Warren Buffet.

Namun, pelaburan saham tidak semudah buy dan sell, ini kerana mindset juga penting. Perlu kita miliki pemikiran dan psikologi yang baik untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya. Tidak bermakna bila harga saham jatuh 80% atau 90%, kita boleh beli sesuka hati.

Dalam erti kata lain, kita beli pada harga diskaun, di mana harga saham dah betul-betul berada di lantai dan sukar untuk ke bawah lagi.

Baca Buka Margin of Safety

Di antara buku yang boleh kita baca untuk fahami konsep penggunaan margin of safety dengan lebih mendalam, ialah buku Margin Of Safety daripada Seth A. Klarman.

Sebelum mengakhiri perkongsian artikel kali ini, suka sekiranya kami berkongsi satu kisah bagaimana Warren Buffet belajar daripada kesilapan yang beliau lakukan ketika mula-mula berkecimpung sebagai seorang pelabur.  

Ketika beliau berumur 11 tahun, beliau telah berkongsi dengan kakaknya untuk membeli 3 unit sebuah saham. Sebulan selepas mereka memiliki saham tersebut, ia mengalami kejatuhan daripada $38.25 ke $27. Apabila saham tersebut baik pulih dari kejatuhan iaitu di paras harga $40, beliau telah menjual saham tersebut dan memiliki keuntungan sebanyak $5.25.

Selepas beliau menjual saham tersebut, harga saham itu terus meningkat naik melebihi paras $200 sesaham. Jika beliau menahan untuk menjual saham tersebut mungkin keuntungan yang beliau akan raih akan melebihi $500.

Tapi bak kata pepatah, kalau dah rezeki tu tak ke mana. Yang penting kita dah untung, selebihnya keuntungan orang lain pula,

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA