Nilai Saham Microsoft Mengatasi Apple Buat Pertama Kali Dalam Tempoh 9 Tahun

Microsoft dan Apple merupakan dua syarikat teknologi yang tidak asing lagi bagi rakyat di negara ini. Sedar atau tidak sedar kita menggunakan produk dari kedua buah syarikat ini sudah sekian lama. Kedua-dua buah syarikat ini sudah berusia 40 tahun, dan memainkan peranan penting dalam memancukan industri teknologi dalam bidang perkomputeran.

Selain daripada itu juga, dua buah syarikat ini bersaing rapat di antara satu sama lain dalam membangunkan produk yang berteknologi tinggi untuk pelanggan mereka.

Microsoft telah diasaskan oleh Bill Gate bersama dengan rakannya Paul Allen pada tahun 1975 di Albuquerque, New Mexico, manakala Apple diasaskan oleh mendiang Steve Jobs bersama rakanya yang bernama Steve Wozniak di Sillicon Valley California pada tahun 1976.

Kedua-dua syarikat ini diasaskan ketika era perkomputeran baru bermula untuk dikomersialkan dan dapat diguna oleh orang ramai. Sebelum era ini,kebanyakan komputer hanya khusus untuk syarikat yang besar sahaja kerana kos operasi yang sangat mahal.

Apple dan Microsoft mempunyai model perniagaan yang berbeza walaupun mengeluarkan produk yang sama iatu komputer. Model peniagaan Microsoft adalah tertumpu kepada mengeluarkan lesen perisian komputer kepada pengeluar syarikat komputer yang lain seperti IBM, Dell, HP, Acer dan Lenovo manakala Apple pula mengeluarkan komputer dan perisiannya di bawah jenama syarikat itu sendiri.

Model perniagaan yang berbeza ini menyebabkan perkembangan diantara kedua syarikat ini turut berbeza. Microsoft berkembang secara drastik dari tahun ke tahun kerana syarikat terbabit telah memonopoli perisian komputer dan berbeza pula dengan syarikat Apple yang mengalami turun naik disebabkan produk yang ditawarkan tidak memenuhi kehendak pasaran pada ketika itu.

Jadi tidak hairanlah pada dekad 1990-an, Microsoft berkembang jauh meninggalkan Apple.Paling malang pada tahun 1997, Apple hampir-hampir diisytiharkan bankrap.

Pada masa itu Steve Jobs telah kembali dan dilantik sebagai CEO sementara bagi memulihkan masalah kewangan yang melanda Apple. Manakala Microsoft telah menjadi syarikat perisian komputer secara tunggal dan mendominasi perisian komputer pada ketika itu.

Hampir 90% komputer yang ada di dunia pada ketika itu menggunakan perisian yang dikeluarkan oleh Microsoft. Pada masa ini juga Steve Jobs telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Microsoft yang mana telah merubah hala tuju syarikat Apple.

Langkah pertama yang diambil oleh Steve Jobs ketika kembali kepada Apple adalah menstruktur semula bahagian operasi syarikat terbabit dengan memperkecilkan bahagian operasi dengan fokus kepada bahagian yang memberi keuntungan kepada syarikat sahaja.

Produk yang pertama yang menggegarkan pasaran adalah iPod, sejenis pemain MP3 yang boleh meyimpan 1,000 buah lagu dalam kotak bersaiz kecil. Kemunculan iPod di pasaran dunia telah menggugat pemain muzik MP3 yang lain dan pastinya yang terasa adalah syarikat Sony, yang mana pada masa itu telah mendominasi pasaran dunia melalui Sony Walkman. Pada masa yang sama, Microsoft telah memfokuskan kepada permainan konsol yang yang diberi nama Xbox untuk bersaing dengan konsol permainan dari Sony iaitu PlayStation.

Detik kebangkitan Apple bermula pada tahun 2007 apabila syarikat berkenaan telah merubah hala tuju perniagaan yang mana dari menjadi pengeluar komputer dan komputer riba, kepada menjadi pengeluar telefon pintar. Pada tahun itu, nilai Microsoft adalah $291 bilion USD manakala Apple hanya $72 bilion USD.

Kejayaan yang merubah syarikat Apple menjadi gergasi teknologi adalah dengan memperkenal telefon pintar yang diberi nama iPhone yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. Ianya telah mengubah lanskap dunia melalui teknologi yang ditawarkan.

Dengan wujudnya skrin sentuh, ia berjaya menarik minat orang ramai untuk menggunakan telefon pintar keluaran Apple. Dengan pengenalan iPhone, saham Apple mula meningkat dan naik dari setahun ke setahun.

Dengan rangkaian produk yang berasakan komputer, telefon pintar dan tablet, Apple benar-benar berada dalam kelasnya yang tersendiri. Ramai pengguna menyukai telefon pintar Apple kerana ia kelihatan lebih ekskusif berbanding dengan telefon daripada pesaing yang lain.

Pada masa itu, Microsoft telah bekerjasama dengan Nokia untuk mengeluarkan telefon pintar tetapi malangnya tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Pada tahun 2010, buat pertama kali dalam sejarah, Apple telah memintas Syarikat Microsoft daripada segi nilai syarikat sejak pertama kali di bawah pengurusan mendiang Steve Jobs.

Pada tahun 2014, Microsoft telah melantik seorang CEO yang baru iaitu Satya Nadella. Dengan adanya CEO ini, hala tuju dan model bisnes syarikat telah berubah. Microsoft telah mengubah model perniagaan lamanya, daripada menjual perisian komputer dan pembekal komputer kepada model perniagaan yang berteraskan perkhidmatan. Mereka mula menawarkan perkhidmatan simpanan awan yang diberi nama AZURE. Microsoft tidak dapat bersaing dengan Apple dalam bidang telefon pintar, kerana ketinggalan sangat jauh kebelakang dengan syarikat Apple.

Pada bulan November tahun lepas, syarikat Microsoft telah berjaya memintas Apple daripada segi Market Capitalization. Model perniagaan perkhidmatan awan dari Microsoft benar-benar memberi impak positif terhadap perkembangan perniagaan syarikat Microsoft. Ia mungkin telah mengambil masa yang agak lama iaitu 9 tahun, tetapi akhirnya mereka berjaya juga.

Apple merupakan syarikat pertama yang mencapai nilai $1 trilion USD pada 2 Ogos 2018 dan kini kedua-kedua syarikat ini berada dalam lingkungan $800 bilion USD.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA