Nak buka akaun saham (CDS)? Ini Perbezaan Akaun Direct dan Nominee

Buka Akuan CDS

“Semangat sangat nak melabur saham tu, akaun saham dah buka ke belum bro?”

Kita tidak boleh jual beli saham tanpa akaun CDS. CDS adalah singkatan daripada Central Depository Service atau Bursa Malaysia Depository. Namun nama CDS masih digunapakai secara meluas hingga ke hari ini.

Dulu, apabila beli saham, pelabur akan diberi sijil yang mengandungi maklumat berkaitan saham-saham yang dibeli.

Sekarang, sijil seperti itu tidak wujud lagi, sebaliknya semua maklumat disimpan secara elektronik menerusi akaun CDS.

“Nak buka akaun CDS dekat mana?”

Buka akaun CDS di Bank-Bank Pelaburan (Investment Bank) atau syarikat Broker. Boleh dapatkan senarai lengkap beserta alamat di sini.

Akaun CDS merupakan akaun yang boleh dibuka oleh setiap individu berumur 18 tahun ke atas. Kosnya cuma RM10.60 sahaja (termasuk GST). Syarikat broker yang baik hati akan menanggung yuran ini.

Akaun CDS ini tiada yuran tahunan atau bulanan. Boleh guna platform saham secara percuma (dari komputer, smartphone & tablet) dari mana jua.

Semasa ke pejabat Syarikat Broker / Investment Bank, bawa 2 dokumen ini bersama:

1) 7 salinan kad pengenalan
2) 3 salinan penyata bank (baki dalam bank tak penting). Boleh juga print dari CIMB Clicks atau Maybank2U anda dan dapatkan cop pengesahan dari bank.

Terdapat 2 jenis akaun CDS:

1. Direct CDS

Akaun ini akan berdaftar atas nama anda. Bermaksud, nama anda sendiri yang akan berdaftar dalam daftar pemegang saham syarikat yang anda labur.

Antara kelebihan akaun direct CDS adalah

  • Anda layak untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan setahun sekali
  • Dividen daripada saham tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda (tanpa ada nominees charges)
  • Laporan tahunan kewangan syarikat (annual report) akan dihantar ke alamat anda
  • Anda layak untuk memohon IPO (initial public offering)

2. Nominees CDS

  • Akaun ini tidak didaftarkan atas nama anda sebaliknya menjadikan syarikat broker sebagai wakil anda.
  • Akaun CDS nominees ini boleh digunakan untuk transaksi jual beli saham tetapi ia tidak boleh digunakan untuk memohon IPO Awam, IPO di MITI & ESOS.

Senarai Syarikat Broker Yang Menawarkan Akaun CDS Patuh Shariah

Terdapat 16 broker yang menawarkan akaun CDS patuh Shariah di Bursa Malaysia, sehingga Disember 2020. Sumber : Bursa Malaysia

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
  2. Alliance Investment Bank Berhad
  3. AmInvestment Bank Berhad
  4. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged. Pejabat mereka hanya di Kuala Lumpur)
  5. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
  6. Hong Leong Investment Bank
  7. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
  8. Kenanga Investment Bank Berhad
  9. Malacca Securities Sdn Bhd
  10. Maybank Investment Bank Berhad (boleh aktifkan di maybank2u)
  11. MIDF Amanah Investment Bank Berhad (window)
  12. Public Investment Bank Berhad (window)
  13. RHB Investment Bank Berhad (window)
  14. TA Securities Holdings Berhad (window)
  15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (window)
  16. KAF Equities Sdn Bhd (window)

Soalan-soalan yang biasa ditanya:

Soalan :  Bolehkah saya buka lebih dari 1 akaun CDS?
Jawapan :  Ya. Anda boleh buka lebih dari 1 akaun dengan bank pelaburan / syarikat broker berlainan.

Soalan : Akaun CDS ni ada kos-kos lain ke?
Jawapan : Tiada kos-kos lain seperti yuran tahunan atau bulanan yang dikenakan.

Soalan : Apa benda pula akaun trading?
Jawapan : Ramai yang keliru antara akaun trading dengan akaun CDS. CDS bertindak sebagai tempat menyimpan jumlah saham dalam unit. Trading akaun pula bertindak sebagai platform yang digunakan untuk membeli dan menjual saham. Tanpa akaun trading, anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi. Selalunya akaun ini akan dibuka bersama semasa membuka akaun CDS.

Nak perincian yang lebih, sila rujuk:

Nak buka akaun CDS dengan CGS-CIMB secara online? Boleh klik > bit.ly/BukaCDS-CGSCIMB-Online

Previous ArticleNext Article

Dumb Money Vs Smart Money Dalam Pelaburan Saham

“Nak melabur saham mestilah tunggu Buy Call, baru boleh untung!”

Anda yang sedang melabur saham secara individu atau runcit, apa anda rasa jika anda sebenarnya dilabel sebagai ‘bodoh’ dalam dunia pelaburan saham ini? 

Jika anda ‘bodoh’, jadi siapa yang pandai sangat dalam pelaburan saham ini? Yang ‘cerdik’ ini ialah mereka yang datangnya dari industri atau lebih dikenali sebagai pelabur institusi. 

Marah dengan label yang diberikan? Bertenang, kerana label ini diberikan oleh pihak media kewangan di Wall Street yang menggambarkan perbezaan aliran tunai kedalam pasaran saham daripada pelabur individu dan aliran tunai daripada pelabur institusi. 

Kenapa Pelabur Runcit Dilabel ‘Dumb‘?

Jangan kecil hati, istilah ini diberikan hanya kerana pelabur runcit tidak mempunyai masa, akses kepada maklumat pasaran yang terhad dan juga kurang kesungguhan mengkaji laporan kewangan syarikat ketika membuat keputusan pelaburan.  

Pelabur runcit juga membuat kajian tentang saham syarikat secara individu dan tidak memiliki kumpulan penyelidik yang dedikasi memuat kajian dan mendapatkan maklumat. 

Oleh sebab ini, aliran tunai daripada pelabur runcit ke dalam pelaburan saham dilabel sebagai aliran tunai ‘bodoh’.

Tetapi mari kita semak semula, sampai hari ini kita masih jumpa pelabur-pelabur runcit yang membeli dan menjual saham dengan mengharapkan ‘buy call’. Malah ‘group‘ yang menawarkan perkhidmatan ‘buy call’ ini laris dilanggan. 

Banyak juga kisah pelabur rugi besar sebab beli saham yang naik ketika di puncak dan akhirnya menangis di bucu katil akibat kerugian. 

Belum cerita mereka yang ditipu (scam) dengan pelaburan yang tidak wujud. 

Jumlahnya bukan sedikit, ramai sebenarnya. Jadi cuba jawab soalan ini, adakah pelaburan seperti ini bijak? 

Pelabur Institusi Pula Bijak Sangat Ke?

Sumber: Investopedia

Pelabur institusi yang dilabel ‘Smart Money’ bijak sangat ke? Boleh buat keuntungan beratus peratus ke?

Jawapannya tidak juga, pernah sahaja pelabur institusi dan pengurus dana membuat keputusan yang salah yang mengakibatkan kerugian kepada organisasi mereka. Yang sampai melingkup pun ada!

Tetapi apa yang mereka ada dan pelabur runcit tiada, ialah mereka ada kelebihan (unfair advantage) untuk mendapatkan maklumat pasaran, kumpulan penganalisis pasaran berdedikasi dan berpengalaman yang cakna tentang apa yang terjadi dalam pasaran. Ini menjadikan mereka membuat keputusan pelaburan yang maklum.

Pelabur Runcit Hari Ini Semakin Bijak

Dengan usaha yang berterusan daripada pihak yang terlibat, banyak kelas dan sesi pembelajaran saham yang diadakan khas untuk pelabur runcit supaya melabur dengan ilmu

Walaupun mungkin pelabur runcit tidak mendapat maklumat sehebat pelabur institusi, tetapi kajian yang dibuat memadai untuk mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham ini.

Nak berjaya dalam pelaburan saham ini tiada jalan mudah. Pengalaman dan usaha yang tidak putus di samping ketekunan menuntut serta menambah ilmu pelaburan akan menjadikan anda pelabur yang berjaya. 

Semoga berjaya!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!