Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran saham. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian.

Apabila saham disenaraikan di pasaran Bursa, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut

  1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  1. Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telah pun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian. 

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.

  1. Saham Yang Disimpan Selepas Setahun (bagi pelabur jangka panjang)

Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga terendah saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:

= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%Pengiraan Zakat Saham

= RM55,000 x 2.5%
= RM1,375

  1. Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Tahun (bagi pedagang jangka pendek)

Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

Pengiraan Zakat SahamSumber Rujukan: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Zakat Selangor

= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM20,000 x 2.5%
= RM500

Belajar Kira Zakat Saham Sendiri & Bayar Online

Walaupun kita hanya baru untung sedikit, perlu sekiranya kita belajar untuk mengira zakat saham hari ini. Boleh guna Kalkulator Zakat Saham yang dibangunkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.

Kerana setiap daripada rezeki dan keuntungan yang kita perolehi, ada bahagian orang lain di dalamnya. Maka rajin-rajinlah bayar zakat agar hidup kita bertambah berkat.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend