Panduan Ringkas Apa Nak Buat Bila Harga Saham Jatuh

“Adoi, jatuh pulak harga saham aku!”

Mereka yang melabur untuk jangka masa pendek atau sederhana biasanya akan aktif melihat pergerakan harga saham.

Apa nak buat bila saham yang kita beli di Bursa Malaysia sedang ‘rugi’? Contohnya minggu lepas beli harga RM1, hari ini harganya jatuh menjadi RM0.90.

Kita belum jual pun lagi, jadi sebenarnya belum rugi, baru rugi atas kertas (walaupun sekarang dah tak pakai kertas). Orang Jawa panggil benda ni unrealised loss.

Turun naik harga dalam pasaran saham itu biasa. Kalau saham tu tidak berlaku pergerakan harga, maka itu pula namanya tidak ada liquidity. Logiknya susahlah nak jual saham tu kalau tak ada orang minat nak beli nanti.

Apa yang patut kita buat ? Apa pilihan yang kita ada?

  • Tunggu dan lihat?
  • Jual?
  • Beli lagi saham yang sama?

1. Tunggu

Benda pertama patut buat adalah cuba baca berita-berita yang terkini. Ada tak sebarang pengumuman tentang / berkaitan syarikat? Kalau tak ada langsung, jadi tak perlu buat apa-apa, tunggu saja dulu.

Kalau dalam Analisa Teknikal, carta harga saham tu perlu lukis satu garisan yang dinamakan sebagai Trendline, selagi masih dalam trend, layankan saja dulu. Tapi kalau harga jatuh daripada garisan tersebut, tak payah tanya lagi, selamatkan dulu modal yang ada.

Part yang ini memang kena belajar untuk faham.

2. Jual

Sama juga, cuba baca berita-berita yang terkini. Ada tak sebarang pengumuman tentang / berkaitan syarikat?

Contohnya katakan ada pengumuman dari Kesatuan Eropah akan banned import produk sawit dari Malaysia, maka kalau kita ada beli saham syarikat berkaitan sawit mungkin boleh pertimbangkan untuk jual saham tadi.

3. Beli lagi

Pelik ni, dah la harga saham tu dah jatuh, kenapa nak beli lagi?

Contohnya katakan syarikat umumkan berjaya buat keuntungan. Esoknya harga saham tu naik, tetapi lusa harga saham tu jatuh. Itu mungkin disebabkan ramai yang jual sebab nak buat untung.

Harga sedang murah, kenapa tak nak beli lagi?

Contoh lain;

Mungkin tiada sebarang pengumuman negatif dari syarikat tetapi disebabkan musim pilihanraya dah dekat, banyak saham jatuh sebab ramai pakat jual. Jadi kalau ada duit lebih, boleh juga beli lagi saham tu.

Kunci utama dalam pelaburan saham adalah sabar dan tenang. Yang paling penting jangan tamak dan berbalik kepada apakah matlamat pelaburan kita.

9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend