Papan Utama, Papan Ace & LEAP di Bursa Malaysia

Bursa Malaysia Lancar Papan LEAP Untuk Pelabur Sofistikated

Dulu di Bursa Malaysia (nama lamanya Kuala Lumpur Stock Exchange) ada 3 papan (terjemahan dari perkataan board).

Main Board, Second Board dan MESDAQ. Pada tahun 2009 Main Board dan Second Board digabungkan menjadi Main Market (Papan Utama). MESDAQ pula ditukar menjadi Papan ACE (‘Access, Certainty, Efficiency’).

Papan ACE tersenarai syarikat-syarikat teknologi yang bermodal kecil manakala Papan Utama adalah tempat penyenaraian syarikat-syarikat ‘gergasi’ dengan modal yang lebih besar. Pengasingan ini bertujuan tak lain tak bukan bagi menjadikan pasaran saham Malaysia menarik pelbagai jenis pelabur.

Papan Utama (Main Market) – 805 Syarikat

Contoh syarikat yang tersenarai:

  • AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
  • DRB-HICOM BERHAD
  • FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
  • KPJ HEALTHCARE BERHAD
  • MY E.G. SERVICES BERHAD
  • POS MALAYSIA BERHAD
  • TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Papan ACE – 115 Syarikat

Contoh syarikat yang tersenarai:

  • IFCA MSC BERHAD
  • FOCUS POINT HOLDINGS BERHAD
  • PERAK TRANSIT BERHAD
  • XOX BHD

Terbaru pada 15 Jun 2017 yang lalu telah dilancarkan pula Papan LEAP.

Apa Itu Papan/Pasaran LEAP?

Papan LEAP adalah papan ketiga di Bursa Malaysia dan merupakan alternatif kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk mendapatkan dana. Ia mengumpulkan SME yang berpotensi, perantara-perantara dan pelabur sofistikated yang layak di dalam sebuah platform bagi membangunkan pasaran yang kondusif untuk mendapatkan dana.

Makna Di Sebalik LEAP

L – Leading

E – Enterpreneur

A – Accelerated

P – Platform

Tujuan LEAP Diwujudkan

  • Membekalkan SME dan syarikat-syarikat lain akses yang lebih besar untuk mendapatkan dana menerusi pasaran modal
  • Hanya boleh diakses oleh pelabur sofistikated

Siapa Itu Pelabur Sofistikated?

Mereka ini merupakan Pelabur Berpendapatan Tinggi (High Net Worth Investors atau HNWI). Mereka ini mempunyai aset tiga juta ringgit dan ke atas, tidak termasuk rumah utama mereka; mempunyai pendapatan RM300,000 setahun peribadi atau pendapatan bersama pasangan sebanyak RM400,000 setahun.

Senang cerita, orang ‘have-have’ sahaja yang termasuk dalam golongan ini.

Senarai Syarikat Yang Berpotensi Disenaraikan Dalam Papan LEAP

Syarikat-syarikat tersebut adalah Cloudaron Pte Ltd, Agrofresh International Group Sdn Bhd, Red Ideas Holdings Sdn Bhd, Polymer Link Sdn Bhd, Trustgate Bhd, Accent Wellness Global Sdn Bhd, East West One Group Sdn Bhd, Macfeam Sdn Bhd, Upstream Downstream Process & Services Sdn Bhd, ProEight Sdn Bhd dan Safetyware Sdn Bhd.

Sumber : The Star

Rakan Strategik Papan LEAP

Nak Senaraikan Bisnes SME Anda di Bursa Malaysia?

Boleh layari laman web Bursa Malaysia di bawah:

http://www.bursamalaysia.com/market/leap/

Komen

komen