Pelaburan Saham Bukan Hanya Untuk Orang Kaya

Ada banyak sebab mengapa orang kita (Bumiputera) tidak mahu terlibat dengan pelaburan saham. Di antara ALASAN utama yang sering diberikan adalah:

  • Saham ni haram
  • Saham ni banyak benda nak kena belajar
  • Saham ni boleh buat kita muflis
  • Saham ni untuk orang kaya-kaya je

Percayalah bahawa semua di atas adalah alasan semata-mata.

Yang kata saham tu haram, pergi baca Bursa Malaysia-i dan Pelaburan Patuh Syariah. Malaysia merupakan platform pelaburan patuh Syariah sepenuhnya yang pertama di dunia, dan 76% saham yang ada di Bursa Malaysia pula adalah patuh Syariah!

Yang kata saham ni susah, banyak benda nak kena belajar pula; ilmu nak gandakan wang takde susah mana. Seminar ada, buku ada, video ada, e-book ada; yang percuma ada yang berbayar ada. Bagi mereka yang rasa cukup dengan pulangan dividen 6-8% setahun, tak perlu susah payah nak belajar. Tapi kalau rasa nak pulangan 6-8% sebulan, kenalah usaha sikit.

Saham memang boleh buat kita muflis….. kalau kita takde ilmu. Orang beli tu, kita ikut beli. Orang bagi tips konon saham ni nak naik, kita pun follow. Kesudahannya, kita yang merana. Kajian takde, main ikut je cakap orang. Memang kita sedia maklum bahawa pelaburan saham adalah ‘High Risk, High Return’. InsyaAllah dengan ilmu, kita boleh kurangkan risiko dan tingkatkan pulangan.

Untuk menjawab perihal saham ni untuk orang kaya-kaya, jom kita dengar perkongsian daripada Puan Nor Akmar (Nor Kema) seperti berikut:

Bermula Dengan Sikap Dan Mentaliti Yang Betul

Seringkali kita dimomokkan bahawa jika mahu melabur di pasaran saham memerlukan duit bertingkat-tingkat dan kena hadiri kelas harga beribu-ribu baru boleh jadi pelabur yang berjaya. Persepsi itu SANGAT menjengkelkan saya kerana realitinya bukanlah sesukar itu. Sesiapa sahaja boleh bermula dan berjaya jika mempunyai sikap dan mentaliti yang betul.

Mari saya beritahu anda sebabnya:

1. Bukan Asal Orang Kaya

Ramai pelabur tersohor serata dunia datang daripada latar belakang keluarga susah dan bermula ketika tiada apa-apa. Contoh yang paling terkenal, Warren Buffet bermula dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan seperti menjadi penjual surat khabar sehingga mula melakukan pelaburan pertamanya dalam pelaburan saham.

Malah, kali pertama beliau hanya berjaya mendapat keuntungan yang amat sedikit. Namun, beliau meneruskan minatnya sehingga beliau menjadi pelabur paling berjaya pada abad ini.

Contoh lain, George Soros dan Peter Lynch juga bukan orang senang. Mereka BERMULA dan KONSISTEN dalam belajar, Malah, Dan Zanger dan Jesse Livermore juga datang dari latar belakang yang sederhana.

Jadi, TIADA ALASAN, tidak kira anda dari keluarga yang kaya, sederhana, miskin, bekerja sebagai jururawat, cikgu, orang kampung atau apa sahaja. Kita semua boleh bermula dan terlibat dalam pelaburan saham.

2. Yuran Permulaan Buka Akaun Hanya RM10.00

Ya, buka akaun CDS (Central Depository System) hanya RM10.00. Apabila sudah membuka akaun, anda akan di berikan platform atas talian yang boleh digunakan secara percuma. Pelbagai kemudahan daripada harga ‘realtime’, kemudahan melihat carta beserta pelbagai indicator dan oscillator, senarai pemegang saham dan penyata kewangan syarikat. Semuanya diberi secara PERCUMA!

Hanya dengan yuran RM10 beserta beberapa dokumen seperti kad pengenalan, penyata kewangan dari bank dan slip gaji, anda sudah boleh belajar mengenai platform. Selain daripada itu, semasa anda membuka akaun dengan remisier atau dealer representative, mereka sudah boleh menjadi tempat rujukan untuk mengetahui serba sedikit asas cara menggunakan platform berkenaan.

Cara nak guna trading platform pun lebih mudah daripada menggunakan Facebook atau Instagram. Kata kuncinya, kena RAJIN.

3. Keuntungan Pelbagai Sumber

Selain daripada mendapat keuntungan dari kenaikan harga saham yang tiada had – ianya bergantung kepada kemahiran individu. Pelabur saham juga boleh mendapat untung daripada pemberian dividen dan saham hak. Malah, bagi pelabur yang kesuntukan masa, boleh sahaja memberi tumpuan kepada saham baru iaitu IPO (Initial Public Offering) dan pemberian saham khas bumiputera di MITI.

Fakta: Hampir 80% saham baru (IPO) yang disenaraikan di Bursa Malaysia naik pada hari pertama! Ada juga beberapa produk lain di Bursa Malaysia yang mungkin menepati selera masing-masing seperti Exchange Traded Fund (ETF), Sukuk, EMAS dan saham jenis campuran.

Buat pengetahuan semua pembaca, jika anda rasa pilihan pelaburan saham di Bursa Malaysia sedikit. Tahukah anda bahawa anda juga kini boleh membeli saham luar negara seperti Indonesia, Amerika Syarikat, London, Thailand, Hong Kong dan lain-lain juga menerusi akaun CDS yang telah dibuka tadi. Jadi, inilah peluang anda menjadi pemegang saham FACEBOOK, AMAZON, NVIDIA, Louis Vuitton, Lamborghini, BOEING, dan banyak lagi. Tiada alasan untuk tidak membuka akaun CDS dan mula melabur!

4. Banyaknya Saham Yang Halal Dan Patuh Shariah

Kita sebagai umat Islam, wajib untuk kita pilih yang halal. Daripada sejumlah 900 lebih syarikat yang di senaraikan di Bursa Malaysia, 76% daripadanya adalah saham patuh shariah. Analisis, penelitian dan kata putus penentuan saham ini ini telah dilakukan oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) yang terdiri daripada mereka yang arif dalam bidang kewangan islam.

Jadi, tiada ragu-ragu untuk membuat pelaburan dan mandapat keuntungan dari jalan yang halal dan toyyiban, Insha Allah. Malah, senarai ini akan dikemaskini setiap 6 bulan, ia merupakan peluang untuk anda sendiri juga mengemaskini portfolio pelaburan masing-masing.

PS : Saham luar negara pun banyak yang patuh shariah, anda boleh semak status shariah di Ideal Ratings.

5. Boleh Dilakukan Di Mana Sahaja, Asalkan Ada Internet Dan Telefon

Selain menggunakan laptop, kebanyakan broker juga sudah menyediakan aplikasi untuk memudahkan para pelabur memantau dan terus membeli dan menjual menggunakan telefon pintar masing-masing. Oleh itu, ia amat memudahkan kehidupan para pelabur dan pedagang saham untuk melakukan transaksi di mana jua mereka berada.

Kita boleh trade sementara tunggu anak balik sekolah, tengah memasak, masa rehat di pejabat dan lain-lain. Tanpa mengganggu banyak rutin harian dan pekerjaan masing-masing.

6. Modal Minima

1 lot adalah bersamaan dengan 100 unit. Anda boleh membeli saham dengan minima 1 lot. Nilai minima saham ada yang semurah RM0.05, ada saham yang berharga RM140.00 seunit. Bergantung kepada diri sendiri berapa banyak modal permulaan yang ingin di peruntukkan. Contoh, jika modal anda anda RM1,000.00, boleh mula beli saham yang baik dengan harga yang munasabah berdasarkan modal tadi.

Cuma saya dengan rendah hati ingin menasihati pelabur dengan bermula dengan wang lebihan, jangan sesekali menggunakan wang pinjaman atau duit yang di perlukan untuk kegunaan seharian termasuk makan pakai atau sekolah anak. Hal ini kerana, terdapat risiko yang perlu di hadapi oleh setiap pelabur.

Nah, tiada satu sebab pun kata anda perlu jadi orang kaya atau pandai ekonomi untuk melabur atau berdagang saham di Bursa Malaysia. Nak atau taknak saja. Mahu atau tidak mahu saja. Tepuk dada tanya poket dan hati, bersediakah kita?

Nak kick start untuk belajar saham pun ada caranya. Lepas buka akaun CDS. Boleh mula mencari ilmu dengan cara yang paling kos efektif dan mengikut kesesuaian masa anda iaitu dengan membaca buku berkaitan saham.

Buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham (PLPS) merupakan buku pertama yang harus anda miliki sebelum melangkah lebih jauh mengenai saham. Ia menerangkan dengan terperinci ilmu asas mengenai warrant, call warrant, IPO, MITI, asas teknikal, fundamental analisis dan banyak lagi.

Candlestick Petunjuk Dagangan (CPD) pula adalah untuk persediaan anda belajar mengkaji carta berpandukan candlestick bersama teknik lain seperti oscillator, indicator, Fibonacci dan chart pattern.

Jadi anda boleh mengkaji sendiri saham yang anda boleh beli dan jual berdasarkan chart yang anda kaji itu tadi.

Kedua-dua buku tersebut di tulis dalam Bahasa melayu dan amat mudah di fahami. Untuk mendapatkan naskah tersebut, boleh hubungi 016-9367477 (WhatsApp/Call/SMS) dengan kod MAJALAHLABUR untuk mendapatkan promosi terbaru.

Selamat melabur semua!

Biodata Penulis

  • Nor Akmar, MSTA, CFTe
  • Certified Technical Analyst (MSTA) with the Society of Technical Analyst (United Kingdom)
  • Certified Financial Technician (CFTe) with the International Federation of Technical Analyst (IFTA)
  • Full member of the Malaysian Association of Technical Analysis (MATA)
  • Remisier di CIMB Investment Bank
  • AJK Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Untuk membuka akaun CDS bersama penulis, boleh hubungi pembantu beliau di 013-9085669 – Encik Azli. Group WhatsApp percuma juga disediakan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend