Pengenalan Kepada Bursa Marketplace, Tools Saham Percuma

Bursa Marketplace merupakan satu platform percuma yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia untuk membantu para pelabur mendapatkan maklumat dan tools berguna sebelum membuat pembelian dan penjualan sesuatu kaunter.

Farhana A Omar seorang remisier dari Maybank Investment berkongsi di laman Facebook beliau mengenai ciri- ciri istimewa yang terdapat dalam Bursa Market Place ini.

THE MKT

Anda boleh mengguna aplikasi untuk menganalisa saham berdasarkan jumlah dagangan, pergerakan harga, perkembangan terkini dan bayaran dividen. Untuk memudahkan analisa anda, berikut adalah aplikasi yang disediakan dan fungsinya:

  1. Analyst Consensus

Ini menghubungkait analisa dari penganalisis profesional dan rumusan untuk membantu anda mendapatkan pandangan yang lebih jelas bagaimana prestasi syarikat pada masa akan datang.

  1. Stock Screener

Direka untuk membantu pedagang saham bagi menyelaraskan strategi pelaburan mereka dengan kriteria yang bersesuaian. Penyelarasan ini berdasarkan beberapa parameter kewangan seperti permodalan pasaran, harga saham, perkembangan pendapatan, dividen serta ratio harga saham: pendapatan.

  1. Alpha Factor

Alpha Factor merupakan aplikasi kuantitatif yang disediakan oleh Standard & Poor’s untuk menjejak momentum harga, penilaian, trend perkembangan, kecekapan modal dan kualiti pendapatan. Kelima-lima faktor ini digunakan untuk memberi kedudukan syarikat dari 1-5. Dengan parameter ini, anda dapat menilai kualiti dan asas sesebuah syarikat.

  1. Heat Maps

Pantau prestasi pasaran dan kedudukan prestasi terbaik dan juga terburuk berdasarkan lima kategori berbeza iaitu Kebolehuntungan, Had Pasaran, Peratusan Pergerakan Harga, Aktiviti dan juga Pergerakan Harga Mutlak.

  1. Daily Espresso

Platform ini memaparkan pandangan penganalisa professional dan memadankannya dengan algoritma Alpha Factor untuk menganalisa perkembangan pasaran saham. Ia akan menunjukkan samada statistik pasaran menyokong analisa dari penganalisa. Jika anda baru bermula, platform ini amat sesuai untuk anda kerana penjelasannya ringkas dan mudah difahami.

LEARN

Kompilasi informasi asas menunjukkan bagaimana untuk menggunakan platform dan aplikasi di laman web ini, bahan latihan dan juga video. Halaman ini sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan dan pelbagai produk pelaburan di Bursa Malaysia.

BROKERS

Senarai 21 bank dan syarikat pelaburan di Malaysia untuk anda pilih bagi memulakan pelaburan di Bursa Malaysia. Semua laporan dan artikel berkaitan turut dilaporkan disini.

Syarikat broker yang menawarkan perkhidmatan berkaitan jual beli saham
Syarikat broker yang menawarkan perkhidmatan jual beli futures (pasaran hadapan)

MY MKT

Halaman ini membolehkan anda menguruskan dan mengakses portfolio pelaburan. Anda hanya perlu mendaftar akaun di Bursa Market Place untuk mendapatkan akses penuh laman web ini.

Kredit: Farhana A Omar

Nak Mula Melabur Saham, Boleh Paper Trade Dulu

Kalau rasa keberatan untuk menggunakan modal sendiri untuk mulakan langkah dalam melabur saham di Bursa Malaysia, kami juga ada membuat guide mengenai Cara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Follow Tutorial Ini.

Jadilah pelabur saham yang bijak!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend