Pengenalan Kepada Perdagangan Algoritma (Algorithm Trading)

*Ini adalah bacaan berat yang sesuai untuk mereka yang aktif berdagang saham

Bombastik sungguh. Pasti ramai yang tak pernah dengar terma Perdagangan Algoritma atau Algorithm Trading ni kan? Kalau nak tahu ianya telah digunakan sejak zaman 1980’an lagi di Amerika Syarikat. Jom kita berkenalan dengan Perdagangan Algoritma ini.

Merujuk kepada laman web Investopedia, definisi Algorithm Trading adalah:

Algorithmic trading, also referred to as algo trading and black box trading, is a trading system that utilizes advanced and complex mathematical models and formulas to make high-speed decisions and transactions in the financial markets. Algorithmic trading involves the use of fast computer programs and complex algorithms to create and determine trading strategies for optimal returns.

Weh, Ada Definisi Yang Lebih Mudah Tak?

Untuk itu, jom kita dengar daripada pakar Perdagangan Algoritma iaitu Tuan Firdaus Majid yang merupakan Founder & CEO syarikat Althea Quant.

Algoritma ini jika dikenali dengan nama lain adalah *“RESEPI”*. Contoh, jika saya ingin membuat kek, saya perlu tahu:

1) Apakah itu kek?

2) Nak kek perisa apa?

3) Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek.

4) Langkah-langkah TEPAT untuk membuat kek.

Contoh dalam Perdagangan Algoritma pula ialah:

 Entry

 Exit

 Bahan-bahan yang diperlukan

 Langkah-langkah TEPAT untuk membina Sistem Perdagangan

Dengan adanya resepi ini dan telah di-automasi, para pedagang menarik nafas lega kerana *FAKTOR KESILAPAN MANUSIA* itu dapat dikurangkan.

Setelah mengenal pasti apakah itu Algoritma. Langkah seterusnya adalah untuk mengenali ciri-ciri sebuah Algoritma itu.

Jadi apakah kriteria suatu Algoritma? Dan kenapa perlu kita tahu kriteria ini.

5 Kriteria Perdagangan Algoritma

Dengan mengetahui kriteria ini, para pelabur dapat membezakan di antara sesuatu sistem perdagangan tersebut sama ada ia adalah sejenis algoritma atau tidak.

1. Input

Untuk input, data yang diperlukan adalah harga pembukaan, penutup, harga terendah dan harga tertinggi bagi setiap sesi dagangan. Selain daripada itu, data fundamental, sentimen dan juga data-data lain juga boleh digunakan

2. Output

Setelah Input diproses, output yang akan dikeluarkan adalah isyarat untuk membeli dan menjual, atau lebih dikenali juga sebagai Buy Signal dan Sell Signal.

3. Terang 

Strategi algoritma perlulah jelas supaya komputer dapat menganalisa kod tersebut.

4. Sempurna

Mempunyai langkah yang terhad dan proses yang berulang-ulang untuk menjadikannya sempurna

5. Keberkesanan

Ianya boleh dilakukan menggunakan pensel dan kertas sahaja, dan boleh juga dilaksanakan

Ini adalah kriteria secara general untuk mengenal pasti samada sesuatu proses itu adalah satu algoritma. Jika ia adalah algoritma, nescaya ia boleh diprogramkan untuk mendapat kesan yang memberangsangkan.

Sumber Rujukan: FB Firdaus Majid

Kalau nak tahu, Tuan Firdaus Majid adalah merupakan TImbalan Presiden bagi Malaysian Association of Technical Analysts (MATA). Senang cerita, ramai pakar-pakar Technical Analyst bernaung di bawah persatuan MATA ini.

Kalau nak tahu lebih mendalam tentang Perdagangan Algoritma ini, boleh bersama-sama dengan beliau untuk mendapat hands-on experience dan bagaimana ianya boleh membantu kita sebagai seorang pelabur – tidak kira trader mahu pun investor.

Apa yang akan dirungkaikan pada hari tersebut:

Objektif Anda sebagai “Traders” dan “Investors”

  • “Boleh Rempit Tak?”
  • “Boleh Hold Berapa Lama?”
  • “Nak Hold untuk 3 bulan?”
  • Definisi Linggo Trader
  • Rempit
  • Intraday
  • T4
  • Swing
  • Long Term

Teknik yang akan dikaji:

  • Prestasi Sistem Dagangan Legenda “Turtle” di Bursa Malaysia
  • Signal Asas Turtle Trading
  • Analisis UNTUNG RUGI Sistem Turtle
  • Menilai KESTABILAN Sistem Turtle

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend