Perbezaan Akaun CDS Islamik dan Konvensional

Kami percaya buat masa ini anda sudah mengetahui bahawa akaun CDS adalah perkara wajib ada sebelum boleh memulakan aktiviti jual beli saham. Kalau masih belum buka akaun CDS, boleh baca tutorial yang disediakan:

Tapi tahukah anda akaun CDS juga ada yang konvensional dan Islamik, sama seperti sistem perbankan?

Melalui laman web Bursa Malaysia, setakat Januari 2017, dilaporkan terdapat 11 institusi yang menawarkan akaun patuh syariah sama ada yang berstatus “full-fledged” atau “window basis”. Hanya BIMB Securities Sdn Bhd sahaja yang berstatus “full-fledged” iaitu syarikat broker yang 100% diiktiraf Islamik manakala yang selebihnya menawarkan kedua-dua perkhidmatan Islamik dan konvensional.

Untuk membuka akaun CDS Islamik, anda boleh pilih broker pilihan dan terus ‘walk-in’ ke cawangan mereka. Setahu kami, masih belum ada pilihan untuk buka secara online. Jangan lupa untuk cakap yang anda inginkan CDS Islamik.

Boleh juga semak senarai syarikat broker saham patuh shariah di Bursa Malaysia-i.

Kalau nak buka akaun dengan BIMB Securities, mereka hanya mempunyai satu cawangan sahaja iaitu di Menara Multi Purpose yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, margin financing yang ditawarkan oleh mereka adalah berasaskan kontrak Murabahah di mana syarikat akan membeli saham yang dikehendaki pelanggan dan segera menjual kepada pelanggan semula pada ‘marked-up price’ dan dibayar dalam tempoh yang dipersetujui.

Wajib Pilih CDS Islamik

Dah tau perbezaan di antara akaun CDS Islamik dan CDS konvensional, kita sebagai umat Islam wajib pilih CDS Islamik. Takut terjebak pula dengan riba, jadi tiada pilihan melainkan untuk membuka akaun dan berdagang menggunakan akaun CDS Islamik sahaja.

Boleh juga tengok Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia.

Jom Buka Akaun CDS

Kami ada berkongsi cara-cara untuk buka akaun CDS. Sila baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Nak buka akaun CDS dengan M+ secara percuma? Sila layari FB iSaham dan hadir seminar yang mereka anjurkan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Artikel yang menarik, banyak manfaat. Yang paling penting, kita sendiri kena master cara baca maklumat2 yang ada di platform cds yang kita dah buka tu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend