Perbezaan Antara Investor Dan Trader

Bagi yang masih baru dalam pasaran saham dan sedang mencari strategi pelaburan yang sesuai, anda terlebih dahulu perlu mengenal pasti sama ada anda dalam kategori investor atau trader. Untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai ini, kami kongsikan tulisan daripada Empayar Saham.

Hakikatnya, sama ada investor ataupun trader, kedua-duanya sama dari satu segi – kedua-duanya merupakan pelabur saham dan kedua-duanya menjana keuntungan melalui pasaran saham. Juga, tak kisah sama ada investor atau trader, walau apa pun cara yang digunakan, cara meraih keuntungan tetap sama iaitu melalui perbezaan harga yang terhasil selepas harga jualan menjadi lebih besar dari harga belian.

Walau bagaimana pun, pasaran saham ini sebenarnya sangat luas sehinggakan terdapat bermacam-macam cara untuk meraih keuntungan dari pasaran saham. Pelabur saham di dalam market pula mempunyai pelbagai karektor berdasarkan sikap masing-masing. Disebabkan kepelbagaian ini, pelabur-pelabur saham boleh dipecahkan kepada 2 golongan paling umum – investor dan trader.

Secara umumnya, investor dan trader sebenarnya berbeza dari segi pendekatan masing-masing dalam bagaimana cara untuk meraih keuntungan dari pasaran saham. Namun, bagi Admin, secara khususnya perbezaan antara investor dan trader boleh dibahagikan kepada 5 bahagian.

  1. Pendekatan pelaburan
  2. Tempoh pelaburan
  3. Risiko pelaburan
  4. Pendapatan pelaburan
  5. Modal pelaburan

PENDEKATAN PELABURAN

Pendekatan pelaburan bermaksud bagaimana cara yang digunakan untuk menjana keuntungan dari pasaran saham. Bagi investor, teori mereka ialah value syarikat bergerak seiring dengan harga sahamnya. Apabila value syarikat semakin meningkat hasil dari perkembangan bisnes, ia akan menyebabkan semakin ramai pelabur menaruh keyakinan terhadap syarikat tersebut. Ini menyebabkan semakin ramai yang membeli saham syarikat dan inilah yang menyebabkan harga saham syarikat ikut meningkat secara seiringan.

Untuk mengenalpasti value syarikat, investor menggunakan analisis fundamental. Analisis fundamental ialah analisis yang memeriksa syarikat melalui 3 perspektif utama,

  1. Asas fundamental syarikat
  2. Prospek bisnes syarikat
  3. Nilai intrinsik syarikat

Asas fundamental syarikat diperiksa untuk melihat adakah keadaan syarikat tersebut masih kukuh atau tidak. Prospek bisnes syarikat pula untuk melihat adakah ada kemungkinan untuk syarikat terus bertumbuh pada masa akan datang. Nilai intrinsik syarikat pula digunakan untuk melihat apakah value syarikat tersebut dan dibandingkan dengan harga saham semasa. Jika value syarikat < harga saham – saham sedang murah. Jika sebaliknya, saham sedang mahal.

Bagi trader pula, teori mereka ialah sentimen market yang menggerakkan harga saham. Apabila sentimen baik meningkat hasil dari good news, ia akan menyebabkan price naik, dan begitu jugalah sebaliknya.

Trader akan seboleh mungkin cuba meletakkan posisi mereka sebelum harga saham bergerak. Untuk mengenalpasti stock-stock yang harga sahamnya akan naik, para trader akan menggunakan analisis yang dikenali sebagai analisis teknikal. Analisis teknikal ialah analisis yang menumpukan perhatian kepada pattern pergerakan price dan volume semata-mata.

TEMPOH PELABURAN

Tempoh pelaburan merujuk kepada berapa lama saham tersebut dipegang sebelum dijual untuk mendapat keuntungan. Bagi investor, tempoh pelaburan mereka sangat panjang kerana investor akan memegang saham-saham mereka selama mungkin. Mereka akan hanya menjual sekiranya mereka mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada fundamental syarikat. Mereka tidak pedulikan tentang pergerakan harga saham.

Bagi trader, tempoh pelaburan mereka sangat pendek kerana mereka akan hanya memegang saham mereka selagi harga saham bergerak ke atas. Namun, sebaik harga saham jatuh saja, mereka akan melepaskan pegangan saham mereka. Mereka tidak pedulikan fundamental syarikat dan akan menjual saham mereka walaupun fundamental syarikat masih elok.

RISIKO PELABURAN

Investor dan trader juga berbeza dari segi risiko yang terpaksa dialami sebelum profit. Bagi investor, risikonya jauh lebih rendah kerana apabila investor memegang saham mereka selama mungkin, risiko pelaburan akan disebarkan menjadi lebih rendah. Oleh itu, investing lebih sesuai kepada mereka yang mempunyai risk appetite yang rendah.

Bagi trader pula, risikonya jauh lebih tinggi kerana apabila tempoh mereka memegang saham sangat singkat, risiko pelaburan kurang disebarkan dan menyebabkan risiko itu sendiri menjadi semakin tinggi. Oleh itu, trade lebih sesuai kepada mereka yang mempunyai risk appetite yang tinggi.

PENDAPATAN PELABURAN

Di dalam dunia saham, pendapatan saham boleh datang dari 2 cara.

  1. Capital appreciation
  2. Dividend income

Di dalam capital appreciation, jumlah keseluruhan modal anda akan meningkat setelah anda beroleh keuntungan. Namun, jika anda melaburkan semula setiap keuntungan yang anda dapat, jumlah keseluruhan modal anda akan meningkat secara exponential akibat dari kesan compounding. Kedua-dua investor dan trader menikmati capital appreciation.

Di dalam dividend income pula, anda mengambil kesempatan menjana income hasil dari pembayaran dividen syarikat kepada anda. Ia seolah-olah anda mendapat bonus. Dividen pula akan dibayar pada masa-masa tertentu yang diumumkan syarikat. Oleh itu, jika anda pegang saham anda pada tempoh yang secukupnya, anda akan dapat dividen. Oleh kerana untuk memegang saham sehingga cukup tempoh pembayaran dividen seterusnya memerlukan anda untuk memegang saham selama mungkin, dividend income hanya boleh dinikmati oleh investor. Inilah kelebihan investor berbanding trader.

Dari segi jumlah pendapatan pula, investor kebiasaannya menikmati pulangan 20% ke atas dalam masa setahun. Namun, trader pula mampu mencapai pulangan 20% dalam masa sehari! Tak hairanlah orang kita ramai jadi trader kerana pulangan yang pantas dan tinggi.

Kelihatannya trader lebih baik berbanding investor pada jangka masa pendek. Namun, pada jangka masa panjang, investor lah yang seringkali menjadi jutawan. Ini kerana risiko pelaburan yang lebih rendah serta investor boleh menikmati pendapatan melalui capital appreciation dan dividend income, berbanding trader hanya menikmati capital appreciation sahaja.

MODAL PELABURAN

Kebiasaannya, investor mempunyai modal yang besar berbanding trader yang mempunyai modal yang jauh lebih kecil. Modal yang besar diperlukan memandangkan tempoh pelaburan yang panjang, pulangan yang signifikan hanya boleh dicapai apabila modal itu sendiri besar.

Bagi trader pula, dengan modal yang kecil, pilihan yang mereka ada untuk menyaingi pendapatan yang diperolehi investor ialah dengan trade kerana melalui trade, mereka mampu mengatasi pulangan yang dinikmati investor pada jangka masa pendek.

KESIMPULAN

Investing memberikan anda lebih peluang untuk mencapai status jutawan kerana risiko yang rendah di samping investor mampu memperoleh pendapatan melalui capital appreciation dan dividend income. Namun, kelemahan investing ialah anda perlu menunggu lebih lama dan pada masa sama, anda perlukan modal yang besar.

Malangnya, kelemahan investing juga merupakan kelemahan yang sama orang kita. Orang kita kurang kesabaran untuk menunggu pulangan yang lebih baik dan sukakan kepada quick profit. Pada masa sama, orang kita juga sering kekurangan modal. Inilah antara punca kenapa begitu ramai orang kita yang menjadi trader, walaupun trade itu sendiri mempunyai risiko yang tinggi.

Kredit: Empayar Saham

Tak Kisah Investor Atau Trader, Ilmu Pelaburan Saham Yang Penting

Sama ada kita merupakan seorang investor atau trader, ilmu berkenaan pelaburan saham adalah sangat penting. Bagi yang baru nak berjinak-jinak tu, boleh baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia. Tapi langkah anda akan terbantut, kalau tiada akaun CDS iaitu akaun yang membenarkan anda jual beli saham di Bursa Malaysia. Jemput baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Lepas tu kena buat Fundamental Analysis pula untuk tahu saham apa yang boleh dibeli dan Technical Analysis untuk tahu masa terbaik untuk beli saham tersebut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend