Perbezaan Brokerage Fee Kalau Remisier Tolong Buatkan

Umum tahu bahawa setiap daripada kita yang mempunyai akaun CDS dengan mana-mana broker atau Investment Bank, pastinya kita ada remisier kita sendiri.

Siapakah Remisier?

Remisier bermaksud seorang ejen berlesen daripada syarikat broker yang menjadi perantara di antara pelabur saham dengan syarikat broker. Beliau turut menerima komisen bagi setiap transaksi yang dikendalikan beliau. Seorang remisier perlu memegang lesen perwakilan yang membenarkan beliau berinteraksi dengan pelanggan dan berdagang saham.

Pendapatan remisier pula bergantung kepada komisen bagi setiap transaksi dagangannya. Nisbah komisen adalah 50% untuk remisier dan 50% untuk syarikat broker saham bagi setiap dagangan. Lebih banyak urusniaga yang dilaksanakan oleh klien, lebih banyak komisen yang mereka dapat.

Siapa Pula Broker?

Broker adalah sebuah institusi kewangan yang berlesen dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Dan setiap dealer atau remisier akan bekerja di bawah satu broker atau institusi kewangan ini.

Kos Yang Terlibat Dalam Jual Beli Saham

Manakala setiap kali kita hendak jual beli saham ni, ada beberapa kos yang terlibat seperti berikut:

  1. Brokerage Fee
  2. Clearing Fee
  3. Duti Setem

Kami ada buat Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia.

Ada Bezakah Dekat Kos Kalau Jual Beli Sendiri vs Remisier ‘Tolong’ Jual Beli Untuk Kita?

Mestilah ada, kita tengok contoh seperti di bawah untuk tahu perbezaannya.

1. Maybank Investment Bank

Sumber: Maybank Investment Bank

Kita ambil contoh pelaburan bernilai RM10,000:

Buat sendiri (Online) = RM10,000 x 0.42% = RM42

Remisier buatkan (Offline) = RM10,000 x 0.60% = RM60

Perbezaan = RM18

Kita ambil contoh pelaburan bernilai RM150,000 pula:

Buat sendiri (Online) = RM150,000 x 0.21% = RM315

Remisier buatkan (Offline) = RM150,000 x 0.30% = RM450

Perbezaan = RM135

2. BIMB Securities (Bank Islam)

Sumber: BIMB Securities

Kita ambil contoh pelaburan bernilai RM10,000:

Buat sendiri (Online) = RM10,000 x 0.30% = RM30

Remisier buatkan (Offline) = RM10,000 x 0.60% = RM60

Perbezaan = RM30

Kita ambil contoh pelaburan bernilai RM150,000 pula:

Buat sendiri (Online) = RM150,000 x 0.20% = RM300

Remisier buatkan (Offline) = RM150,000 x 0.30% = RM450

Perbezaan = RM150

3. AmInvestment Bank

Sumber: AmInvestment Bank – fail PDF

Kita ambil contoh pelaburan bernilai RM10,000:

Buat sendiri (Online) = RM10,000 x 0.035% = RM3.5, minima RM6

Remisier buatkan (Offline) = RM10,000 x 0.60% = RM60

Perbezaan = RM54

Kita ambil contoh pelaburan bernilai RM150,000 pula:

Buat sendiri (Online) = RM150,000 x 0.035% = RM52.50

Remisier buatkan (Offline) = RM150,000 x 0.60% = RM900

Perbezaan = RM847.50

Mudah Sangat Guna Trading Platform

Setiap broker pastinya akan mempunyai online trading platform masing-masing. Boleh gunakan komputer untuk mengaksesnya menggunakan browser, atau boleh download aplikasi telefon pintar.

Jimat pun jimat, senang pun senang. Tapi tak semua pandai guna, sebab itu masih ramai yang masih perlukan khidmat bantuan remisier.

Trading Platform Menggunakan Browser

Trading Platform Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Sumber gambar : Alumni Asri Ahmad Academy

Baca lagi:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend