Perginya John Clifton “Jack” Bogle, Seorang Pelabur Lagenda Yang Merubah Falsafah Pelaburan Dalam Pasaran Saham

John Clifton Bogle merupakan seorang pelabur lagenda yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau dikenali dalam industri pelaburan sebagai pengasas kepada indeks fund di Amerika Syarikat. Indeks fund merupakan salah satu sistem yang digunapakai oleh institusi pelaburan untuk orang ramai yang ingin membeli pelbagai saham syarikat-syarikat besar dengan modal yang kecil.

Lahir Di Zaman Kemelesetan Ekonomi ‘The Great Depression’

John C. Bogle yang juga dikenali dengan nama Jack, telah dilahirkan pada tahun 1929 di Montclair, New Jersey. Pada tahun kelahirannya,ia merupakan zaman kemelesetan yang paling besar dalam sejarah Amerika, yang juga dikenali sebagai The Great Depression.

Oleh sebab kemelesetan ekonomi, keluarga Jack terpaksa menjual rumah mereka demi kelangsungan hidup. Pada usia 10 tahun, Jack terpaksa berkerja untuk menampung kehidupan beliau dan keluarganya. Ayahnya menjadi seorang kaki botol akibat daripada tekanan hidup disebabkan oleh kemelesetan ekonomi.

Jack semasa kecil bekerja sebagai penujal aiskrim dan surat khabar

Pada usia remaja, beliau terpilih untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Pada mulanya, ibunya menolak tawaran tersebut kerana tidak mampu untuk membayar yuran pengajianya di sekolah tersebut. Bapa saudaranya telah berusaha membantu Jack untuk mendapatkan biasiswa di atas kecermelangan Jack didalam bidang akedemik dan sukan.

Selepas tamat pengajian di sekolah tersebut, beliau telah melanjutkan pelajaran di Princeton University dalam jurusan ekonomi. Semasa di universiti, beliau tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana mutual fund berfungsi. Beliau membuat satu tesis berkaitan dengan mutual fund dan mendapat A+ dalam kajian tesis tersebut semasa tahun akhir pengajian.

Selepas tamat pengajian pada tahun 1951, Jack memulakan kerjayanya di sebuah instutusi kewangan The Wellington Fund. Beliau berkerja sebagai seorang pegawai admin di bawah selian  Walter L. Morgan yang juga merupakan mentornya. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi pembantu pengurus pada tahun 1955 kerana kecermerlangan beliau dalam pelaburan.

Jack bersama dengan mentornya, Walter L. Morgan yang banyak membentuk falsafah pelaburan Jack

Setelah beberapa tahun kerja di sana, tahun 1965 menyaksikan Jack telah dilantik sebagai timbalan pengerusi The Wellington Fund. Setahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai CEO pula.

Temui Kegagalan Tetapi Tidak Berputus Asa

Namun, pada tahun 1972-1973 di mana keadaan ekonomi mengucup, beliau telah dilucutkan daripada jawatan CEO kerana tersilap percaturan dalam pelaburan yang mengakibatkan firma kewangan di bawah jagaannya mengalami kerugian yang begitu besar.

Daripada kesilapan itulah, beliau telah belajar sesuatu yang sangat bermakna dalam hidupnya.

Setelah dipecat daripada jawatan CEO, pada tahun 1975 pula beliau telah memulakan satu syarikat pelaburan baru yang diberi nama The Vanguard Group dengan nilai pelaburan sebanyak $1.8 billion USD. Nama Vanguard dipilih sempena dengan nama sebuah kapal perang British di bawah pimpinan laksamana Lord Nelson yang berjaya menewaskan pemimpin agung Perancis iatu Napoleon Bonaparte.

Napoleon merupakan pemimpin yang sukar ditewaskan didalam peperangan dan Lord Nelson berjaya menewaskanya ketika peperangan Cape Trafalgar, Sepanyol.

Jack bersama logo Syarikat Vanguard yang merupakan simbol kekuatan dalam mengharungi onak duri dalam pasaran saham

Maka Tertubuhlah The Vanguard Group

Jack ingin menyampaikan mesej kepada para pelabur bahawa tidak mustahil suatu hari nanti The Vanguard Group akan menjadi syarikat pelaburan yang terbesar di dunia dan dapat menewaskan mana-mana syarikat pelaburan yang telah lama wujud.

Jack memperkenalkan pelaburan indeks fund yang pertama di dunia melalui The Vanguard Group ini. Objektif utama penubuhan The Vanguard Group adalah untuk memperjuangkan golongan berpendapatan rendah untuk melabur dalam institusi kewangan, terutamanya pelaburan saham dengan mengurangkan kadar kerugian wang pelaburan.

Dengan Yuran Pelaburan Yang Termurah

Yuran yang dikenakan untuk perkhidmatan beliau adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan syarikat pelaburan yang lain. Indeks fund merupakan sebuah sistem di mana pelabur yang berpendapatan rendah boleh membeli pelbagai saham melalui syarikat pelaburan yang menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kos servis yang murah.

Pelaburan yang dijalankan oleh syarikat yang mengamalkan sistem indeks fund akan mengurangkan kos kehilangan wang semasa wang dilaburkan. Ini kerana syarikat pelaburan yang mengamalkan konsep indeks fund akan membeli saham dalam pelbagai sektor. Jika saham sesuatu sektor itu mengalami kerugian, saham sektor lain akan menampung kerugian tersebut.

Ini kerana kebiasannya syarikat pelaburan yang mengamalkan sistem indeks fund akan membeli saham yang berada dalam indeks S&P500 atau Dow Jones. S&P500 merupakan penanda aras nilai syarikat 500 terbesar di Amerika syarikat. Selain daripada itu, S&P500 mewakili 70% ekonomi Amerika Syarikat.

Kesihatan Yang Tidak Berapa Elok Menyebabkan Beliau Terpaksa Bersara

Beliau bersara daripada jawatan CEO The Vanguard Group pada tahun 1999 setelah kesihatan tidak mengizinkanya. Beliau diserang sebanyak 6 kali serangan jantung sepanjang hidupnya. Serangan jantung yang pertama yang dihadapinya adalah ketika usianya hanyalah 30 tahun.

Pada usia 37,doktor menasihatkanya supaya bersara daripada bidang yang diceburi tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerja di dalam bidang yang diminatinya. Beliau menjalankan pembedahan pemindahan jantung pada tahun 1996. Setelah bersara beliau menjadi penganalisis kewangan pula untuk The Vanguard.

Beliau juga seorang yang aktif dalam penulisan selepas bersara. Terdapat lebih daripada 10 buah buku yang telah ditulis beliau berkenaan dengan pasaran dan pelaburan saham.

Di antaranya adalah Bogle on Mutual Funds: New Perspectives for the Intelligent Investor ,One Man’s Quest to Transform the Mutual Fund Industry,Common Sense on Mutual Funds: New Imperatives for the Intelligent Investor ,John Bogle on Investing: The First 50 Years, Character Counts: The Creation and Building of The Vanguard Group, The Battle for the Soul of Capitalism, The Little Book of Common Sense Investing, Enough: True Measure of Money, Business, and Life,Common Sense on Mutual Funds, Don’t Count On It!, Reflections on Investment Illusions, Capitalism, “Mutual” Funds, Indexing, Entrepreneurship,Idealism, and Heroes.

Jack  patut berbangga dengan legasi Syarikat Vanguard yang ditinggalkanya kerana banyak membantu pelabur untuk menguruskan wang pelaburan dengan yuran yang paling sedikit

Sepanjang hidupnya, beliau telah menerima pelbagai anugerah kerana jasanya termasuklah daripada majalah FORTUNE yang menamakan beliau sebagai 4 pelabur terhebat pada abad ke 20 tahun 1999. Majalah TIME juga memasukkan namanya di dalam senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia pada tahun 2004.

Warren Buffett kagum dengan sumbangan yang dilakukan oleh Jack terhadap golongan berpendapatan rendah di Amerika dengan mengelarkanya sebagai HERO untuk mereka dan untuknya juga. Hal ini dinyatakan ketika perjumpaan tahunan Berkshire Hathaway di Omaha pada tahun 2017, seperti yang terkandung dalam surat tahunan perjumpaan shareholder.

Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

Pada 16 Januari 2019 yang lalu, beliau telah menghembuskan nafas terakhir ketika usianya mencecah 89 tahun. Beliau meninggal akibat komplikasi penyakit kanser yang dihidapinya.

Walaupun beliau meninggal dunia bukan sebagai seorang bilionaire (sesuatu yang sangat janggal bagi bekas CEO firma pelaburan di Amerika Syarikat), beliau patut berbangga dengan pencapaian The Vanguard Group. Kini mereka merupakan syarikat mutual fund terbesar d idunia dengan nilai asst pelaburan sebanyak $5 trillon dolar USD.

Sumber Rujukan Utama:

  1. https://successstory.com/people/john-bogle
  2. https://about.vanguard.com/who-we-are/a-remarkable-history/founder-Jack-Bogle-tribute/
  3. https://www.youtube.com/watch?v=XievFMEBZKo

Sumber Rujukan Kedua:

  1. http://www.philly.com/business/john-bogle-dead-vanguard-obituary-20190116.html
  2. https://www.marketscreener.com/business-leaders/John-Bogle-183/biography/
  3. https://www.businessinsider.my/warren-buffett-praises-vanguards-jack-bogle-in-annual-letter-2017-2/?r=US&IR=T
  4. https://www.nytimes.com/2019/01/16/business/vanguard-jack-bogle-death.html
  5. http://www.philly.com/philly/business/20161101_John_Bogle_invented_the_index_fund_and_founded_Vanguard.html

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend