7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia

Faktor mempengaruhi harga saham

Turun naik harga saham di Bursa Malaysia itu perkara biasa.

Saya tak pandai teka saham mana harganya naik esok, lusa. Saya juga tak pandai teka mana yang jatuh. Maklumlah bukan ahli nujum.

Jadi, saya cuma melihat prestasi bisnes sesebuah syarikat secara tahunan. Sesuai dengan diri saya yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi (boleh tunggu lama untuk peroleh untung). Sebagai pelabur saham, kuasa mengawal turun naik harga saham yang anda beli adalah terhad kerana ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran.

Berikut adalah beberapa faktor tersebut.

 

#1. Permintaan Pasaran

 

Semakin ramai pelabur yang membeli saham tersebut maka semakin meningkatlah juga harga saham tersebut dan begitulah sebaliknya.

 

#2. Faktor Politik

Ia bukan sahaja boleh terpengaruh akibat daripada ketidakstabilan politik malahan ia juga boleh berlaku apabila sesebuah negara itu bertukar parti kerajaan selepas pilihanraya kerana lain parti yang memerintah, lain juga polisi dan ideologi yang akan diperkenalkan. Begitu juga bagaimana hubungan sesebuah kerajaan itu dengan kerajaan yang lain juga boleh mempengaruhi harga saham tempatan.

 

#3. Kestabilan Ekonomi

Negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dapat menarik lebih ramai para pelabur asing untuk melabur dalam pasaran saham. Pelabur asing juga akan berminat memulakan perniagaan baru di negara tersebut, sekaligus akan meningkatkan pengeluaran, jualan dan harga saham tempatan.

 

#5. Profil Syarikat

Syarikat yang mempunyai reputasi, pengalaman serta rekod pengurusan yang baik sudah semestinya akan dapat memenangi hati para pelabur untuk membeli saham mereka.

 

#5. Pemberian Dividen atau Bonus

Biasanya pengumuman pemberian dividen akan dibuat beberapa hari sebelum ia diberikan kepada para pemegang saham dan ini akan menarik perhatian para pelabur yang lain untuk membeli unit saham syarikat tersebut. Ini akan menyebabkan harga saham itu juga meningkat tetapi ada juga yang sebaliknya apabila nilai dividen yang ditawarkan tidak seperti yang dijangkakan oleh para pelabur.

 

#6. Khabar Angin

Khabar angin ni boleh jadi berita yang keluar di media utama, forum-forum atau komuniti media sosial.

Contoh 1:

Desas desus kononnya Bank Negara akan turunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) atau orang faham dengan istilah interest rate, cuba lihat harga saham-saham berkaitan syarikat pemaju hartanah, harganya pasti akan naik sebab pelabur berebut membeli saham mereka sebab tahu industri hartanah pasti akan lebih rancak (lebih untung kepada syarikat).

Contoh 2:

Kesediaan usahawan Pengasas dan Pe­ngerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma untuk menjadi peneroka awal Digital Free Trade Zone (DFTZ) di Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada pelabur dengan syarikat tempatan manakah beliau bakal bekerjasama. Harga saham-saham syarikat berkaitan teknologi telah menerima tempiasnya. Rujuk sini.

#7. Scam

Scam atau penipuan dalam pasaran saham boleh berlaku apabila undang-undang tidak dipatuhi oleh syarikat yang menjual saham dan ini akan mengakibatkan para pelabur hilang keyakinan lalu ramai akan menjual saham mereka kerana panik. Kesalahan iini biasanya akan didakwa di bawah Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007

Contoh:

1 Jun 2010 – Syarikat XYZ sedang alami masalah dalaman. Mereka gagal laporkan prestasi kewangan pada masa yang ditetapkan. Harga saham merosot menjadi 11 sen.

2 Jun 2010 – Datuk A sebenarnya ada maklumat Syarikat XYZ yang tidak boleh didapati secara umum atau bahasa mudahnya maklumat dalaman. Maklumat tu berhubung pelanggan terbesar Syarikat XYZ telah muflis.

2 Jun 2010 – Datuk A membeli sejumlah besar saham syarikat XYZ yang sedang berada pada harga yang murah, secara tak langsung menjadi antara pemegang saham terbesar dan kemudian dengan selamba kata “Syarikat ni OK, saya dah semak, tiada sebarang masalah”. Kenyataan Datuk A ni telah mendorong orang lain membeli saham syarikat itu.

2 Jun 2010 – Harga saham Syarikat XYZ melonjak naik menjadi 26 sen. Datuk A akan untung besar jika jual semua saham Syarikat XYZ.

9 Jun 2010 – Datuk A jual semua saham Syarikat XYZ.

10 Jun 2010 – Akibat panik, ramai pelabur lain mula menjual saham mereka. Harga saham Syarikat XYZ merudum ke 6 sen.

 

Kesimpulannya ilmu pelaburan saham itu penting supaya anda tahu bila masa yang sesuai nak beli dan jual.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dumb Money Vs Smart Money Dalam Pelaburan Saham

“Nak melabur saham mestilah tunggu Buy Call, baru boleh untung!”

Anda yang sedang melabur saham secara individu atau runcit, apa anda rasa jika anda sebenarnya dilabel sebagai ‘bodoh’ dalam dunia pelaburan saham ini? 

Jika anda ‘bodoh’, jadi siapa yang pandai sangat dalam pelaburan saham ini? Yang ‘cerdik’ ini ialah mereka yang datangnya dari industri atau lebih dikenali sebagai pelabur institusi. 

Marah dengan label yang diberikan? Bertenang, kerana label ini diberikan oleh pihak media kewangan di Wall Street yang menggambarkan perbezaan aliran tunai kedalam pasaran saham daripada pelabur individu dan aliran tunai daripada pelabur institusi. 

Kenapa Pelabur Runcit Dilabel ‘Dumb‘?

Jangan kecil hati, istilah ini diberikan hanya kerana pelabur runcit tidak mempunyai masa, akses kepada maklumat pasaran yang terhad dan juga kurang kesungguhan mengkaji laporan kewangan syarikat ketika membuat keputusan pelaburan.  

Pelabur runcit juga membuat kajian tentang saham syarikat secara individu dan tidak memiliki kumpulan penyelidik yang dedikasi memuat kajian dan mendapatkan maklumat. 

Oleh sebab ini, aliran tunai daripada pelabur runcit ke dalam pelaburan saham dilabel sebagai aliran tunai ‘bodoh’.

Tetapi mari kita semak semula, sampai hari ini kita masih jumpa pelabur-pelabur runcit yang membeli dan menjual saham dengan mengharapkan ‘buy call’. Malah ‘group‘ yang menawarkan perkhidmatan ‘buy call’ ini laris dilanggan. 

Banyak juga kisah pelabur rugi besar sebab beli saham yang naik ketika di puncak dan akhirnya menangis di bucu katil akibat kerugian. 

Belum cerita mereka yang ditipu (scam) dengan pelaburan yang tidak wujud. 

Jumlahnya bukan sedikit, ramai sebenarnya. Jadi cuba jawab soalan ini, adakah pelaburan seperti ini bijak? 

Pelabur Institusi Pula Bijak Sangat Ke?

Sumber: Investopedia

Pelabur institusi yang dilabel ‘Smart Money’ bijak sangat ke? Boleh buat keuntungan beratus peratus ke?

Jawapannya tidak juga, pernah sahaja pelabur institusi dan pengurus dana membuat keputusan yang salah yang mengakibatkan kerugian kepada organisasi mereka. Yang sampai melingkup pun ada!

Tetapi apa yang mereka ada dan pelabur runcit tiada, ialah mereka ada kelebihan (unfair advantage) untuk mendapatkan maklumat pasaran, kumpulan penganalisis pasaran berdedikasi dan berpengalaman yang cakna tentang apa yang terjadi dalam pasaran. Ini menjadikan mereka membuat keputusan pelaburan yang maklum.

Pelabur Runcit Hari Ini Semakin Bijak

Dengan usaha yang berterusan daripada pihak yang terlibat, banyak kelas dan sesi pembelajaran saham yang diadakan khas untuk pelabur runcit supaya melabur dengan ilmu

Walaupun mungkin pelabur runcit tidak mendapat maklumat sehebat pelabur institusi, tetapi kajian yang dibuat memadai untuk mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham ini.

Nak berjaya dalam pelaburan saham ini tiada jalan mudah. Pengalaman dan usaha yang tidak putus di samping ketekunan menuntut serta menambah ilmu pelaburan akan menjadikan anda pelabur yang berjaya. 

Semoga berjaya!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!