Pernah Dengar Teori Castle In The Air? Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pelabur Amatur

Teori ini diperkenalkan oleh seorang economist dan pelabur yang berjaya iaitu John Maynard Keynes dan mula terkenal pada tahun 1936. Menurut beliau, seorang pelabur profesional lebih gemar menumpukan perhatian kepada momentum kenaikan harga, bukannya meramal atau menganggarkan nilai kenaikan semasa dan akan datang.

Namun yang demikian, pelabur amatur lebih ramai dan cenderung untuk melabur berdasarkan ramalan, harapan serta perasaan optimis mereka terhadap paras harga saham yang akan terus meningkat naik disebabkan nilainya yang berharga.

Bukankah Ini Kelihatan Seperti The Castle In The Air?

Secara umumnya, kita ketahui bahawa 90 daripada 100 orang pelabur (Investor) atau pedagang (Trader) adalah daripada kalangan mereka yang gagal. Setiap minit akan hadir seorang pelabur yang membeli saham atau apa jua bentuk instrumen pelaburan, ketika harga sudah berada di paras yang terlalu tinggi.

Mereka akan sanggup melabur dengan harapan orang lain akan bertindak sama seperti apa yang mereka lakukan. Memang benar tidak salah anda membeli 3 kali ganda daripada nilai yang sepatutnya berbanding orang lain yang sanggup melabur ketika harga 5 kali ganda daripada anda lakukan, tetapi berwaspadalah. Sekiranya benda ini berterusan, instrumen pelaburan tersebut akan berada di landasan Bubble. 

Beza Pelabur Profesional VS Pelabur Amatur

Menurut beliau, para pelabur profesional lebih banyak menghabiskan masa bekerja di firma atau institusi besar yang lain dan mereka banyak menilai sejauh mana pelaburan mereka berada dalam kedudukan yang salah semasa membeli sesuatu saham. Tetapi pelabur amatur menghabiskan masa minima 30 minit setiap pagi untuk membuat keseluruhan analisis dengan hanya berada di atas katil.

Ketika Keynes membuat kaedah pelaburan ini, beliau telah memperoleh keuntungan berjuta-juta Pound untuk akaunnya yang meningkat sepuluh kali ganda.

Semasa era The Great Depression di mana Keynes mendapat kemasyhurannya, kebanyakan orang lebih menumpukan kepada ideanya untuk merangsang ekonomi dan agak sukar untuk sesiapa sahaja membina The Castle In The Air ketika kejatuhan berlaku.

Walaubagaimanapun, dalam bukunya yang bertajuk The General of Employment, Interest and Money, Keynes ada menerangkan kepentingan teori ini sebagai satu bentuk harapan untuk kenaikan dalam pelaburan saham.

Tiada Yang Pasti Dalam Pelaburan Saham

Keynes menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang tahu atau pasti apa yang akan mempengaruhi prospek future earnings dan pembayaran dividen. Hasilnya, kebanyakan orang membuat ramalan jangka panjang berdasarkan kemungkinan yield of an investment yang tidak masuk akal.

Manakala bagi Keynes, beliau telah menggunakan kaedah prinsip-prinsip psikologi dan bukan sekadar membuat penilaian atau jangkaan kewangan terhadap kajian pasaran saham berdasarkan sejarah sebelum ini.

The Castle In The Air Theory bukan sahaja diterima baik oleh orang ramai, tetapi turut disokong kuat dalam dunia kewangan dan komoditi akademik. Robert Shiller, dalam buku tulisan beliau Irrational Exuberance berpendapat bahawa teori ini jelas kelihatan pada letusan Tech Stocks Bubble 1990-an.

Dan yang terkini fenomena ini boleh dilihat dalam instrumen Cryptocurrency seperti Bitcoin yang berada dalam fasa ‘bubble’ pada tahun 2017 hingga 2018.

Kesimpulanya, para pelabur haruslah berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk mereka dalam melibatkan diri pada dunia pelaburan. The Castle In The Air Theory bukanlah satu masalah, sebaliknya lebih bermanfaat jika anda adalah seorang pelabur yang profesional.

Sumber: Buku ‘A Random Walk Down Wallstreet- by Burton G Malkiel‘

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA